ads

Jumaat, 8 Julai 2011

10 di nabawan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


Aki Sabah: Aduan Rakyat : Isu tanah <b>di Nabawan</b> tertunggak puluhan <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2011 12:04 AM PST

NABAWAN: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Bobbey Suan meminta agar isu tanah tertangguh di daerah ini ditangani dengan segera.

Katanya, isu tanah perlu ditangani secara bijak bagi membolehkan permohonan penduduk yang sudah bertahun-tahun lamanya dapat diproses bagi memastikan tanah berkenaan menjadi hak milik mereka.

"Kita tidak mahu penduduk yang sudah memohon tanah begitu lama tidak mendapat hak pemilikan tanah kerana merekalah penduduk di daerah ini" katanya semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kg. Malinja dekat sini pada Selasa.

Bobbey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan berkata, adalah tidak adil jika penduduk di daerah ini yang sudah memohon tanah begitu lama tidak mendapat hak pemilikan tanah (geran) dan pemohon baru dari luar daerah pula mendapat geran.

Justeru itu katanya, pegawai-pegawai dan pemimpin-pemimpin yang berkaitan di daerah ini perlu mempertahankan hak penduduk di daerah ini.

Dalam hal ini katanya, pegawai-pegawai yang berkaitan perlu menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah bagi memastikan setiap permohonan tanah dapat diteliti dan diputuskan secara bijak.

Dalam masa yang sama Bobbey memberitahu pekan baru Daerah Nabawan akan dibangunkan tidak lama lagi.

Katanya, pekan baru yang berhampiran jalan raya utama Nabawan- Keningau berhadapan dengan Kg Malinja itu akan dibangunkan dengan tersusun dan bersistematik.

"Pembangunan pekan baru itu dirancang dengan baik bagi mengelakkan ia menjadi pekan rojak atau bandar rojak pada masa akan datang seperti yang berlaku di daerah-daerah lain di negeri ini" jelasnya.

Beliau berkata, jabatan-jabatan yang terlibat sudah membuat perancangan dan sebaik sahaja perancangan dan pemaju sudah bersedia membangun pekan baru itu.

Mengenai dengan majlis pemimpin bersama rakyat Bobbey berkata, ia memberi peluang kepada rakyat bertemu dengan pemimpin dengan lebih dekat.

Katanya, majlis seumpama ini memberi ruang kepada rakyat mengemukakan masalah dan isu-isu setempat kepada pemimpin.

Hadir sama Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Nabawan Jubilin Kilan, Ketua Anak Negeri Mukim Pamuntarian Daibol Limbawang dan pemimpin-pemimpin masyarakat di kawasan ini.

Source : New Sabah Times

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved