ads

Jumaat, 29 Julai 2011

10 di lahad datu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


sabahkini.net: SUKAR BUDAYAKAN KEBERSIHAN <b>DI LAHAD DATU</b>

Posted: 27 Jul 2011 06:19 PM PDT


PERIKSA….CHONG sedang memeriksa saluran parit yang tersumbat di belakang Restoran Dovist, Fajar Centre, Lahad Datu.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

SIKAP kurang bertanggungjawab menjaga kebersihan dan suka membuang sampah sarap di merata tempat termasuk ke dalam parit mahupun longkang, merupakan satu tabiat buruk 'haiwan' yang tidak baik dan seharusnya dikikis daripada lubuk hati sanubari seseorang insan yang bernama manusia.

Jadilah rakyat Malaysia dan warga Bandar Lahad Datu yang mempunyai tanggungjawab dalam memulihara kecantikan dan keindahan di setiap sudut bandar ini agar mendapat pujian pelancong asing yang gemar berkunjung ke daerah ini, sekalipun dihuni majoritinya oleh pendatang asing tanpa izin (PATI).

Demikian pandangan telus dan jujur seorang kontraktor binaan yang hanya mahu dikenali sebagai Micheal Chong yang sempat ditemui oleh Sabahkini.Net di lorong belakang Restoran Dovist, Fajar Centre, Jalan Segama, Lahad Datu, kelmarin.

Chong yang menjalankan kontrak penyelenggaraan seluruh longkang dan parit daripada pihak Majlis Daerah Lahad Datu menjelaskan bahawa 70 peratus longkang mahupun parit yang ada di bandar Lahad Datu, termasuk di pekan-pekan kecil lainnya tersumbat dan berbau busuk.

Kata Chong lagi, walaupun kerajaan, khususnya Pejabat Daerah dan Majlis Daerah memainkan peranan penting mengadakan kempen kebersihan untuk menyedarkan kepada masyarakat supaya membudayakan kebersihan dalam kehidupan seharian, namun tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada masyarakat setempat.

Lagipun kata Chong, Pusat Bandar Lahad Datu menjadi tumpuan atau medan niaga PATI daripada negara jiran Filipina yang sukar dikawal oleh pihak berkuasa tempatan kerana perniagaan mereka mendapat sambutan daripada masyarakat tempatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved