ads

Rabu, 6 Julai 2011

10 di kunak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


sabahkini.net: PROJEK &#39;ENJIT-ENJIT SEMUT&#39; <b>DI KUNAK</b>?

Posted: 05 Jul 2011 10:28 AM PDT


Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

JANJI pemimpin Barisan Nasional Silam, termasuk Adun Kunak, Datuk Nilwan Kabang dan Ahli Parlimen Malaysia (Silam) Haji Salleh Kalbi bagaikan janji Kanak-Kanak Tadika ketika menyanyikan lagu "Enjit-Enjit Semut, Siapa Sakit Naik Atas".

Timbalan Ketua Penerangan Pemuda AMK PKR Sabah, Citra Masadi, ketika menghubungi Sabahkini.net menjelaskan bahawa beliau kesal kerana kedua-dua wakil rakyat berkenaan langsung tidak bertanggung jawab dan lebih banyak membuat janji kosong setiap kali melawat kawasan yang tidak mendapat bekalan air paip.

"Apa lagi alasan mereka? Dulu mungkin bekalan air tidak cukup, tetapi sekarang sudah melimpah-limpah tetapi Simpang Empat dan sekitarnya kering kontang dan hanya menerima catuan bekalan air satu jam sahaja setiap hari," kata Citra yang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempercepatkan laporan yang beliau buat terhadap skim bekalan air Kunak kerana meyakini berlaku amalan rasuah.

Jika Wakil Rakyat BN ini masih mempunyai maruah dan bukan menjadi 'Pelacur Politik', sudah pastinya mereka turut merasai penderitaan penduduk di Kunak; apatah lagi mereka telah berjanji pada pilihanraya umum 2008 semua kampung di Kunak akan mempunyai bekalan air paip setelah Loji Bekalan Air di Sungai Kalumpang, Kunak bernilai RM45 juta mula beroperasi awal tahun ini.

Menurut Citra, bekalan air di Kunak sudah cukup untuk menampung keperluan sehingga 2040 kerana 63,000 penduduk Kunak tidak memerlukan begitu banyak air terawat disebabkan Kunak bukanlah kawasan industri berat dan kebanyakan kilang mendapatkan sumber air terus daripada sungai berhampiran.

Memandangkan air terawat hanya untuk kegunaan domestik, Citra tidak faham kenapa Kerajaan mempelawa satu lagi tender iaitu Projek Sistem Bekalan Air Kg. Tingkayu, Kunak, Sabah melalui Tender bernombor KKLW.T.50/2011 yang ditutup pada19 Mei 2011.

Sehubungan itu, Citra mendesak Kementerian Kewangan dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) membatalkan tender 'Enjit-Enjit Semut' berkenaan kerana Bekalan Air Kunak sudah lebih daripada mencukupi, melainkan projek untuk memperkayakan kroni.

"Saya anggar kontrak baru tersebut mungkin berharga antara RM16 juta hingga RM 20 juta kerana berdasarkan nilai kontrak terendah yang ditawarkan ialah RM13.63 juta, manakala yang paling tinggi RM 52.35 juta. Berani saya katakan, kontrak ini dibuat di atas meja sahaja kerana semuanya meletakkan tempoh penyiapan yang sama iaitu 18 bulan dan harga agak ganjil," ujar Citra yang curiga dengan nilai kontrak yang tidak dibulatkan kepada angka genap seolah-olah kontraktor baru dapat sijil PKK kelmarin.

Citra turut menyerahkan senarai harga kontrak yang ditawarkan oleh 30 kontraktor yang menyertai tender berkenaan dan kini dipercayai sedang dalam peringkat pemilihan kontrakor yang berjaya;

1 28/30 13,632,609.50 18 BULAN

2 25/30 14,518,284.00 18 BULAN

3 6/30 15,117,242.40 18 BULAN

4 17/30 15,133,257.60 18 BULAN

5 5/30 15,138,246.10 18 BULAN

6 26/30 15,353,772.60 18 BULAN

7 14/30 15,593,229.30 18 BULAN

8 1/30 15,697,789.00 18 BULAN

9 18/30 15,844,593.00 18 BULAN

10 23/30 16,005,736.00 18 BULAN

11 11/30 16,122,059.00 18 BULAN

12 8/30 16,250,000.00 18 BULAN

13 4/30 16,300,000.00 18 BULAN

14 9/30 16,431,800.00 18 BULAN

15 29/30 16,442,406.60 18 BULAN

16 22/30 16,502,379.00 18 BULAN

17 24/30 16,619,993.00 18 BULAN

18 12/30 16,851,439.60 18 BULAN

19 2/30 16,892,985.26 18 BULAN

20 27/30 16,995,000.00 18 BULAN

21 13/30 17,000,701.00 18 BULAN

22 21/30 17,026,636.00 18 BULAN

23 19/30 17,085,339.70 18 BULAN

24 30/30 18,067,626.59 18 BULAN

25 15/30 18,500,000.00 18 BULAN

26 16/30 18,806,855.00 18 BULAN

27 7/30 20,133,978.50 18 BULAN

28 20/30 23,764,398.00 18 BULAN

29 3/30 23,888,480.00 18 BULAN

30 10/30 52,350,000.00 18 BULAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved