ads

Khamis, 23 Jun 2011

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Lelaki Maut Ditetak Selepas Calar Kenderaan <b>di Tawau</b>

Posted: 03 Jun 2011 10:36 AM PDT

TAWAU, 3 Jun (Bernama) — Gara-gara mencalarkan kenderaan, seorang lelaki maut dipercayai akibat ditetak beberapa kali di bahagian badan dalam satu kejadian di sini pada Selasa lepas.

Ketua Polis Tawau ACP Ibrahim Chin berkata kejadian berlaku kira-kira 10 malam, selepas lelaki berusia lingkungan 30-an itu mencalarkan kenderaan yang diletak di Lorong 9, Taman Semarak, di sini.

Lelaki itu yang dipercayai melakukan vandalisme ke atas dua kenderaan terbabit dikejar oleh seorang lelaki lain menghala ke Lorong 2, yang kemudian bertindak menetaknya, kata Ibrahim kepada Bernama, di sini Jumaat.

Akibat tetakan tersebut, mangsa putus satu jari tangan namun dia masih berupaya melarikan diri sambil dikejar oleh sekumpulan pemuda yang menyedari perbuatannya sebelum itu.

Mangsa kemudian terjatuh dan dipercayai sekali lagi ditetak bertalu-talu sebelum kejadian disedari orang ramai yang menghantarnya ke Hospital Tawau dan disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi.

Sehubungan itu, Ibrahim meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut agar tampil membantu siasatan.

sumber: Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved