ads

Sabtu, 18 Jun 2011

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


On Air <b>di Tawau</b> FM | Puadede.Com

Posted: 17 Jun 2011 07:53 AM PDT

tawaufmkerjayaku

Bukan kali pertama, tapi petang tadi adalah kali kedua aku bersiaran langsung di konti Tawau FM. Motif utama rancangan Kerjayaku itu adalah untuk mengetengahkan aku sebagai penulis blog agar ada pendengar di luar sana mengetahui kewujudan kerjaya ini dan menimba sesuatu melaluinya.

Atau paling tidakpun, menurut abang DJ Tamrin Tawau FM tadi, dapat menjelaskan kepada makcik-makcik di luar sana bahawa berblog adalah kegiatan yang baik untuk anak-anak mereka ceburi… setidak-tidaknya dapatlah menghalang pembaziran masa dengan menghadap Facebook setiap masa.

Perasaan berada di konti Tawau FM? Aku rasa santai sebab layanan abang DJ Tamrin begitu santai, lebih2 lagi dia juga kenalanku. Bezanya, dulu kali pertama aku On Air aku masih di bangku sekolah, head-phone masih mencengkam telinga, yang tadi head-phone di konti agak longgar atau kepalaku kah yang mengecil… (just joke). Nak tahu kisah pertama kali aku on air… ada di sini

Apa soalan yang ditanya semasa on air di Tawau FM tadi?

  • Kenapa aku berblog,
  • apa ciri2 atau kelayakan untuk menjadi seorang penulis blog
  • Bagaimana aku boleh menjana pendapatan dari berblog
  • apa yang aku kisahkan untuk menjana pendapatan itu
  • suka duka menjadi penulis blog
  • perancangan dan harapan di masa akan datang.

Kisah yang terkesan selepasnya.
Sekembalinya dari segala urusan, termasuk urusan di Tawau FM tadi, aku tanya mak aku, dia ada dengar Tawau FM atau tidak… Tidak jawabnya (wuuuu)

Aku terus masuk bilik,  aku duduk sendiri, melihat keadaan bilikku, keadaan mejaku, keadaan desktopku, keadaan monitorku, perhiasan helaian kertas yang menyemakkan mejaku, susunan kotak rokok, gelas2 kosong. Semua ini adalah normal bagi aku… normal bagi aku kerana aku berblog dengan keadaan sebegini. Bukannya duduk di bilik air-cond, ada wangian menyegarkan otak berfikir, tiada kerusi empuk sekadar sebuah bantal yang setiap malam akan aku jadikan alas belakang.

Oh ya satu lagi, masa tidurku tidak tetap, kadang awal kadang terlalu lewat malah pernah juga tidak tidur semalaman. Semua ini kerana aku seorang blogger, seorang yang mencari pendapatan dengan kerja-kerja online walaupun sebenarnya tidaklah selumayan mana. Usaha lebih, markerting ok, akan adalah job untuk aku.

Niatku, aku mahu sepanjang aku berblog akan ada kisah yang boleh memberi "something" untuk dikongsi kebaikannya, setidaknya sebagai pengubat rindu bagi mereka yang merantau di luar sana.

Aku tidak peduli komen yang menyakitkan hati, yang mendownkan stamina mental berblogku kerana aku tahu kamu tidak ada apa yang aku ada :p

More info:

  • Aku bukan berblog di sini semata-mata, wujud lagi beberapa blog untuk memenuhi permintaan iklan online yang lain.
  • Aku tidak bergantung semata-mata dengan pendapatan berblog tapi mengerjakan apa yang orang lain tidak terfikir atau sanggup lakukan… yang penting halal.
  • Aku kaya? Tidak… tapi aku bahagia.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved