ads

Rabu, 29 Jun 2011

10 di tambunan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tambunan - Google Blog Search


SABAH DAP: <b>Tambunan</b> telah membuktikan yang terdapat banyakmasalah <b>...</b>

Posted: 26 Jun 2011 07:54 PM PDT

Tambunan perlu perhatian

Lawatan dari DAP Kota Kinabalu Sabah MP, Hiew King Cheu, Timbalan Pengerusi Edward Ewol Mujie dan ahli-ahli ke pendalaman kampung-kampung di Tambunan telah membuktikan yang terdapat banyakmasalah dari aspek pembangunan, infrastruktur, pertanian, perindustrian, sosial dan juga hal-hal kebajikan.

Dalam kenyataan Edward selepas lawatan di Tambunan berkata, terdapat banyak perkarayang boleh dibuat untuk memperbaiki pelbagai aspek dan hal-hal yang timbul di pendalaman dan kampong-kampung yang dipinggirkan ini. Dia telah memberi contoh semasa berjalan di pecan Tambunan iaitu mereka telah diberitahu dan menerima banyak aduan dari penduduk di sini tentang banyak perkara yang boleh mengancam kehidupan penduduk di sana. Edward berfikir, sepatutnya penduduk disana tidak seharusnya menghadapi masalah kerana Daerah tersebut adalah daerah yang telah lama dipegang oleh orang lama politik iaitu Tan Sri Datuk Joseph Pairin Kitingan. Dia berkata anda tidak akan tahu keadaan sebenar selagi anda tidak melawat tempat tersebut dan bertanya sendiri kepada penduduk di sana tentang masalah yang mereka hadapi.

Kita telah menerima aduan tentang tiada pembangunan, tiada pembukaan industri, sawah padi tidak produktif dan tanpa system pemparitan yang terkini dan moden, jalan kampung yang teruk, sekolah kampong tidak mendapat perhatian, kadar pengangguran yang tinggi, tiada pembangunan industry, adalah sangat susah untuk menampung kehidupan terutamanya golongan remajayang berpindah keluar, dan sebagainya.

Apabila MP KK Hiew memberi ucapan di bus stop mini, orang ramai berkumpul untuk mendengar dan meminta suratkhabar "roket" dan VCD-VCD DAP. Ramai orang menghargai lawatan MP KK dan mereka berharap kumpulan DAP akan kembali ke Tambunan lagiuntuk lawatan yang serupa untuk meringankan mereka tentang isu semasa di dalam negara, terutamanya arah politik negara. Mereka berkata mereka tidak pernah mendapat peluang mendengar ucapan dari parti pembangkang dan masih terlalu banyak yang mereka tidak tahu dan ingin memahami dengan lebih mendalam lagi.

Selepas mendengar Hiew bercakap tentang masalah yang dihadapi oleh golongan remaja yang berkerja di Singapura dan semenanjung, seorang lelaki muda dalam lingkungan 30an dari kampung di Tambunan dengan segera berkata dia akan membatalkan rancangan memohon untuk berkerja di sana dan dia akan terus memotong pokok getah di lading getah nya yang sebesar 10 ekar yang boleh mencapai sehingga RM 1200 sebulan dengan mudah. Edward memberitahu orang ramai supaya jangan mudah tertipu dengan kata-kata manis agensi pekerjaan ini dan banyak agensi-agensi ini tidak mempunyai lessen yang sah.

Seorang penduduk kampung mengadu kepada kerajaan tentang jalan teruk di tempatnya dan meminta agar jalan tersebut di turap, tetapi jawapan mengejutkan ialah, "anda bernasip baik mempunyai sebuah jalan, jangan minta jalan tersebut di turap!". 

Kumpulan itu kemudiannya memandu ke kampung terpencil iaitu Kg. Kaigaran dimana keadaan jalan disitu sangat teruk. Ia hanya 15 km dan kerajaan masih tidak dapat menurap jalan tersebut. Kumpulan itu dihentikan oleh penduduk kampung yang berlalu di situ dan mereka mengajukan kekecewaan dan aduan mereka. Apabila mereka sampai di S.K. Kaigaran, mereka menyedari yang jalan sekolah itu dan pintu masuk jalan tersebut dalam keadaan yang sangat teruk, seperti tidak pernah diselenggarakan lansung.bagaimana keadaan sebegitu teruk boleh terjadi di sebuah kampung yang hanya 15 km dari pecan Tambunan sahaja?

Dari : Edward Ewol Mujie, Timbalan Pengerusi DAP Sabah, merangkap Ketua Kerajaan Tempatan dan Biro Perumahan             

Full Feed Generated by
Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved