ads

Khamis, 30 Jun 2011

10 di semporna - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


KEPERLUAN <b>SEMPORNA</b> SEBAGAI HUB PERLANCONGAN SERANTAU <b>...</b>

Posted: 30 Jun 2011 09:38 PM PDT

Menurut Datuk Ainal Fatah seorang pengamal undang-undang, Semporna walaupun amat terkenal dengan produk pelancongan tetapi sehingga kini, langsung tiada golongan bumiputera daripada Semporna itu yang merebut peluang mendapatkan kuota penyelaman di Pulau Sipadan untuk membolehkan mereka menerokai industri berkenaan. Semporna adalah syurga kepada pelancong sama ada daripada dalam atau luar negara, keindahan flora dan fauna serta khazanah lautnya amat bernilai tetapi ia tidak dioptimumkan serta potensinya  amat luas.  Menurut beliau lagi, ekopelancongan merupakan produk pelancongan yang berasaskan alam semulajadi seperti pulau, pantai, sungai, flora dan fauna. Semporna merupakan antara destinasi ekopelancongan yang terkenal kerana mempunyai sumber semulajadi yang mampu menarik ramai kemasukan pelancong. Ekopelancongan di Malaysia telah meningkat sealiran dengan tren pelancongan antarabangsa.

Jika dilihat dari segi aspek positif, industri pelancongan antara industri yang sangat berpotensi sebagai salah satu sumber pendapatan kepada kerajaan negeri, seterusnya kepada sumber pendapatan negara. Langkah bijak kerajaan dalam memberi tumpuan yang besar terhadap industri pelancongan ini dengan menyediakan pelbagai langkah, selain usaha yang diambil dalam meningkatkan kemudahan dan pelbagai jenis aktiviti pelancongan di negara ini merupakan langkah bijak yang harus mendapat pengiktirafan semua pihak. Lembaga Pelancongan Sabah, sebagai contoh, telah berjaya menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Sabah sehingga sub-sektor pengangkutan, runcit, perhotelan, dan gerai makan seperti restoran telah menyumbang sekitar 21 peratus daripada 50.9 peratus sumbangan sektor perkhidmatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2001 untuk negeri Sabah (SGS, 1995; dan STB, 2008). Pencapaian ini dilihat adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan pencapaian dalam peringkat nasional bagi tahun yang sama.

Pertama, Pertumbuhan Resort. Kewujudan resort seperti Borneo Divers di pulau Mabul, Kapalai, dan sekitarnya termasuk di Semporna telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan di situ. Sebagaimana menurut B. Pirjevic (1989), sektor pekerjaan di hotel tidak memerlukan kemahiran dan kelulusan yang tinggi kerana tersedianya latihan sambil bekerja. Hasil temubual menunjukkan bahawa Borneo Divers, umpamanya, mengupah belia tempatan bekerja di resort tersebut dengan gaji permulaan sekitar RM 300.00 sebulan. Upah tersebut boleh mencecah ke lingkungan RM 700.00 berdasarkan tempoh perkhidmatan dan pengalaman kerja. Penduduk tempatan dari Pulau Sipadan itu sendiri menjadi keutamaan pemilihan pekerja resort.

Peluang pekerjaan di  dalam  sektor  perhotelan umumnya,   jikalau ditunjukkan dalam carta piramid pekerjaan, mempamerkan majoritinya terdiri daripada pekerjaan yang tidak memerlukan kemahiran yang tinggi. Justeru itu, peluang terbuka luas kepada orang ramai untuk terlibat sama. Sungguhpun sarjana-sarjana seperti A. Williams dan G. Shaw (1988:91) pernah mengaitkan pekerja-pekerja dalam sektor perhotelan dengan kenyataan-kenyataan seperti kurang berpelajaran kerana majoriti pekerja dalam sesebuah hotel tidak memerlukan pendidikan yang tinggi, kurang bermotivasi disebabkan bayaran gaji yang tidak seberapa, tidak terlatih kerana tidak memerlukan berkemahiran spesifik mahupun kurang produktif, ia sebenarnya masih memberikan pendapatan yang lumayan kepada penduduk tempatan yang sedia menceburi bidang tersebut.

Kedua,  Perusahaan Pelancongan oleh Anak Tempatan. Pelancongan merupakan suatu aktiviti yang cukup mudah diceburi yang semakin popular dan segelintir menjadikannya sebagai aktiviti masa lapang sahaja untuk memperolehi pendapatan tambahan, khususnya melalui agensi pelancongan, pemandu pelancong, penganjur (promoter) dengan membantu memperkenalkan produk-produk tertentu.

Kewujudan aktiviti pelancongan di sesebuah kawasan sememangnya membawa kepada pertumbuhan dalam pelbagai jenis sektor dalam proses pembangunan di kawasan-kawasan sekitar kepulaun Sipadan secara amnya. Hasil daripada perkembangan aktiviti pelancongan tersebut wujudnya pelbagai sektor perkhidmatan seperti wujudnya rumah-rumah rehat, hotel, servis, perniagaan kraf tangan selain pertumbuhan pusat atau agen-agen pelancongan. Hasil daripada pertumbuhan pelbagai sektor yang berikut, peluang pekerjaan akan berjaya diwujudkan kepada pelbagai lapisan masyarakat. Penduduk tempatan berpeluang memperolehi gaji sekitar RM 300.00 hingga RM 700.00 untuk bekerja di resort di Pulau Mabul misalannya. Penduduk di situ secara teorinya akan bertumpu di sesebuah kawasan yang banyak menawarkan peluang pekerjaan yang banyak. Hasil daripada pertumbuhan pelbagai jenis perkhidmatan yang disediakan tersebut menyebabkan penduduk akan bertumpu di kawasan Sipadan untuk mendapatkan pelbagai peluang pekerjaan dan seterusnya akan menetap di kawasan tersebut walaupun dalam jangka masa pendek atau sementara sahaja. Namun, kesan daripada tumpuan penduduk  tersebut  menyebabkan bilangan penduduk akan bertambah yang akan memberikan kesan kepada kawasan tersebut dari segi kepesatan pertambahan penduduk dan seterusnya akan berkembang dan terus berkembang. Hal ini secara langsung, ia akan mengurangkan kadar pengangguran dan kadar kemiskinan di kawasan tersebut. Secara langsung hal ini akan mengatasi masalah kemiskinan dan pengangguran, walaupun tidak secara total.

Dari segi aktiviti perniagaan pula, terutamanya kepada peniaga-peniaga kraf tangan  ala  tempatan, menarik lebih ramai pengunjung atau pelancong asing dan secara langsung akan memberikan pulangan yang lumayan terhadap peniaga atau pemilik gerai tersebut. Tambahan pula, ruang makan tersebut akan memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk yang berada di kawasan berdekatan. Dan ini sekaligus selaras dengan isitilah melengkapkan setiap negeri dengan pengetahuan intensif tentang industri-industri yang boleh menembusi sektor-sektor seperti perkilangan, agrikultur, dan pelancongan menerusi perkhidmatan yang baik, seterusnya membolehkan setiap sektor tersebut berkembang menjangkaui potensinya yang tersendiri.

Ketiga,  Aktiviti Komersil. Membuka peluang kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS), khususnya aktiviti penjualan hasil kraf tangan yangberkonsepkan hidupan laut. Justeru itu, ia adalah penting untuk pemasar pelancongan memahami dengan lebih baik apa yang membolehkan sesuatu destinasi menjadi tempat untuk percutian, dan bagaimana produk atau perkhidmatan mereka diterima.

Keempat,  Sektor Perkhidmatan. Kemudahan penginapan merupakan medium yang sangat penting kepada sesebuah kawasan yang terkenal dengan pusat pelancongan. Oleh sebab itu, perkhidmatan jenis penginapan turut menjadi keperluan perkhidmatan yang ditawarkan, terutamanya di sekitar pekan Semporna. Perkhidmatan yang disediakan ini adalah bertujuan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelancong yang ingin menyelam di Sipadan terutamanya; bot pelancong yang ulang-alik dari pekan Semporna ke pulau-pulau berdekatan; hotel/ rumah tumpangan untuk memudahkan penginapan para pelancong asing. Hal ini juga lanjutan daripada sosio-budaya di kawasan kajian yang mempunyai sosio-budaya yang sedikit berbeza dengan kawasan lain dan terdapat pusat hiburan seperti pusat karaoke, pub, dan Cafe Lounge yang disediakan kepada para pelancong yang inginkan hiburan pada sebelah malam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved