ads

Khamis, 9 Jun 2011

10 di kunak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


sabahkini.net: SIAPA DALANG TAUKE JUDI <b>DI KUNAK</b>?

Posted: 28 Mar 2011 11:44 PM PDT


Saudara Pengarang,

MERUJUK pada perkara artikel sebelum ini, 'Tauke Judi Masih Kebal Di Kunak' dan dalam siri dua kali ini saya ingin menarik perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail Haji Omar pula setelah edisi sebelum ini yang cuba saya bangkitkan tidak mendapat sebarang tindakan yang boleh meyakinkan rakyat bahawa pihak Polis boleh membendung jenayah dengan begitu berkesan.

Sebagai pembayar cukai, saya agak terkilan apabila ada rakan saya berseloroh mengatakan tauke judi hanya tutup premis sempena sambutan hari Polis sahaja dan selepas itu beroperasi semula kerana mereka 'kebal' seolah-olah ada pertalian khas antara mereka dengan PDRM.

Adakah suatu hari nanti Kerajaan Malaysia terpaksa meminta bantuan FBI untuk membantu PDRM membendung jenayah seumpama ini atau adakah tauke judi di Kunak sudah sama taraf dengan penjenayah tegar seperti yang terdapat di Mexico atau Colombia?

Mereka ini (Tauke Judi) boleh berbuat apa sahaja di Pekan Kunak yang masih mundur ini (saya katakan mundur setelah Pihak Berkuasa Tempatan gagal dalam banyak perkara dan antaranya tidak menyelenggara Tandas Awam walaupun ia telah dibina beberapa tahun lepas).

Atau mungkinkah PDRM hanya berselera menyiasat kes-kes tertentu seperti 'Video Seks' atau 'Kes Liwat' sehinggakan orang ramai merasa tidak selesa dengan fenomena seperti ini dan adakah di masa akan datang daerah Kunak masih selamat untuk di diami kelak sekiranya aktiviti yang tidak bermoral seperti ini sentiasa berleluasa.

Gelaran 'Pekan Koboi High Chapparal' masih kekal milik Kunak setelah tragedy berdarah Skim Pekebun Kecil Tingkayu penjenayah mengamalkan hukum rimba kerana tiada sebarang kekangan drastik daripada pihak berkuasa.

Semoga moga apa yang saya paparkan ini mendapat perhatian Tan Sri agar imej PDRM di masa akan datang, lebih-lebih lagi PDRM telah wujud lebih dari dua abad tetapi bertindak seperti kanak-kanak yang dilahirkan cacat anggota.

'Selamat Hari Polis Yang Ke 204'

Salam Hormat,

CITRA BIN MASADI

Timbalan Ketua Penerangan AMK Negeri Sabah

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved