ads

Jumaat, 10 Jun 2011

10 di kinabatangan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Blog Rasmi LINUS PPD <b>Kinabatangan</b>: MESYUARAT PELAPORAN DAN <b>...</b>

Posted: 03 Jun 2011 07:02 AM PDT

Kepada,
Penyelaras LINUS / Guru LINUS

SK _______________________

SK _______________________

Kinabatangan.

Adalah dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Akademik (LINUS), Pejabat Pelajaran Daerah Kinabatangan akan menyelaras, mengemaskini, menyebarkan maklumat terkini dan memperbaiki segala kelemahan pelaksanaan Saringan 1 & Saringan 4 Program LINUS di peringkat Sekolah bagi memastikan pelaksanaan Saringan akan mencapai KPI 100% bagi tahun 2011. Sehubungan dengan itu, tuan dikehendaki hadir ke mesyuarat tersebut di  atas seperti ketetapan berikut:

Tarikh         : 20 Jun 2011 (Isnin)

Masa           : 08.00 pagi – 05.00 petang

Tempat       : Bilik Mesyuarat, SMK Bukit Garam 2, Kinabatangan

Untuk memastikan kelicinan mesyuarat tersebut, tuan diwajibkan menyediakan dan membawa bersama (Sediakan dalam bentuk hardcopy dan softcopy) maklumat seperti berikut:

- Analisis data pencapaian Saringan 1 & Saringan 4 serta laporan lengkap pencapaian Program LINUS di peringkat sekolah.

- Analisis SWOT dan tindakan susulan Saringan 1 & Saringan 4 di peringkat sekolah.

- Data Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (Murid Linus Tegar).

Kehadiran tuan adalah diwajibkan dan tidak boleh diwakilkan. Kerjasama dan perhatian pihak tuan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan  ucapan terima kasih. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, sila hubungi Encik Amly Bin Ali Amat di talian 088-561881.

Sekian dan harap maklum.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved