ads

Khamis, 30 Jun 2011

10 di keningau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


UMNO Online - Isu Tanah Sabah : UMNO <b>Keningau</b> Sokong Maklum Balas <b>...</b>

Posted: 27 Jun 2011 12:34 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Isu Tanah Sabah : UMNO Keningau Sokong Maklum Balas Positif Kerajaan

KENINGAU, 27  Jun – UMNO Keningau hari ini menyambut baik maklumbalas positif oleh kerajaan berhubung isu tanah Hak  Adat Anak Negeri Sabah (NCR) khususnya dengan pengenalan Geran Komunal Anak Negeri.

Ketua Pemuda UMNO Keningau, Azman Ruslan  berkata kesanggupan kerajaan negeri mendengar maklum balas, kritikan membina dan idea berhubung dua isu berkaitan itu sebenarnya amat sesuai dan disambut baik.

"Seperti kita semua tahu, isu tanah amat sensitif kerana ia membabitkan hak dan masa depan kesejahteraan semua rakyat Sabah," katanya ketika di sini hari ini.

Walaupun, katanya, kerajaan telah berusaha memperjelaskan rasional disebalik pengenalan geran komunal itu, namun ada sebilangan rakyat yang masih belum berpuas hati dan mahu butiran terperinci mengenai kaedah dan kesan terhadap masa depan mereka.

Azman, bekas Ketua Pemuda UMNO Sabah, percaya kebimbangan terhadap pengeluaran geran komunal itu mungkin akibat salah faham dan kekurangan maklumat lengkap.

"Tidak kisah sama ada ketidakpuasan hati mereka disalurkan menerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) atau sebarang badan politik kerana apa yang penting rakyat dapat menyuarakan pandangan mereka," katanya.

Azman berkata demikian ketika merujuk kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman baru-baru ini yang menyambut baik inisiatif Suhakam untuk menjalankan kajian mengenai isu berkaitan NCR.

Musa dipetik sebagai berkata kerajaan negeri terbuka kepada sebarang maklumbalas, kritikan membina dan idea berhubung isu pengenalan geran komunal.

Pada Khamis lalu, Suhakam berkata ramai penerima geran komunal dalam kalangan penduduk luar bandar di Sabah masih tidak arif dengan kaedah pemberian itu.

Pesuruhjaya Suhakam, Jannie Lasimbang dipetik sebagai berkata ketika penduduk secara am menyokong pemberian geran komunal bagi membantu membangunkan kawasan pedalaman dan meningkatkan ekonomi penduduk tetapi pelaksanaan secara tergesa-gesa itu menyebabkan banyak butiran terlepas dari perhatian.

Suhakam telah mengadakan sesi rundingan berhubung Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal dan Asli Sabah di Keningau, Tenom dan Penampang di mana geran komunal menjadi satu isu penting dibangkitkan oleh rakyat.

Sebagai peguam, Azman berkata ramai penduduk luar bandar khususnya di daerah pedalaman Keningau telah meminta nasihat beliau mengenai rasional geran komunal dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada hak dan masa depan penduduk asal Sabah.

"Kebimbangan mereka kebanyakannya berdasarkan tanggapan bahawa geran komunal mungkin tidak melindungi hak dan masa depan mereka kerana dilihat sebagai diluar semangat NCR dan berdasarkan usaha sama dengan syarikat berkaitan kerajaan(GLC) tertentu," katanya.

Katanya adalah baik bahawa kerajaan mengambil sikap responsif terhadap isu tanah kerana langkah itu dapat membantu pemimpin pusat khususnya PerdanaMenteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lebih memahami apa yang sebenarnya berlaku di Sabah.

Kira-kira 1,400 ketua keluarga telah menerima geran komunal bagi tanah meliputi seluas 3,650 hektar yang akan dibangunkan oleh Lembaga Pembangunan Tanah Sabah (SLDB) dengan tanaman kelapa sawit dan tanaman lain bagi membantu penduduk kampung yang miskin di daerah pedalaman.

Berita Bertarikh 27 June 2011 Pada 3:34 PM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved