ads

Sabtu, 10 Mei 2014

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


IPS Anjur Bengkel Penulisan Kreatif <b>di Sandakan</b> - ikatan penulis <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2014 05:33 PM PDT

Dewasa ini, bidang penulisan kreatif semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Penulisan kreatif secara umum ialah pengolahan dan penghasilan karangan, ciptaan, karya dan atau cerita seperti novel, cerpen, drama dan puisi. Sebelum terhasil sesebuah penulisan kreatif, seseorang itu perlu berfikiran kreatif sama ada secara dirangsang, dibimbing atau yang semarak sendiri-sendiri. Penulisan kreatif digarap dengan bahasa yang segar, penyusunan ayat yang indah lagi mencabar, dan berunsur murni.

Sehubungan dengan itu, Ikatan Penulis Sabah (IPS) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah, Sandakan akan menganjurkan Bengkel Penulisan Kreatif pada tarikh dan ketetapan berikut:

Tarikh : 17 Mei, 2014
Tempat: SMK Muhibbah, Sandakan.
Masa : 7.30 pagi-5.00 petang

Bengkel ini terbuka kepada pelajar sekolah menengah dan orang dewasa yang berminat di daerah Sandakan. Sebarang pertanyaan sila hubungi saya melalui talian 0138532837. Borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah sampai kepada saya selewat-lewatnya pada 2 Mei, 2014 atau boleh terus menghantar kepada saya di SK. Sri Tanjung Papat 2, Sandakan pada jam 12.30-5.30 petang. 


10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Penculik <b>di Semporna</b> hubungi keluarga pelancong wanita China

Posted: 06 Apr 2014 04:35 AM PDT



Kumpulan penculik yang menceroboh dan melarikan seorang pelancong China di sebuah resort atas air, Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna, telahpun menghubungi keluarga wanita itu Jumaat lepas.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek mengesahkan perkara itu namun tiada sebarang tuntutan yang dibuat setakat ini.

"Keluarga mangsa itu sendiri diberi peluang bercakap dengan mangsa culik berkenaan melalui telefon. Kedua-dua mangsa berada dalam keadaan sihat dan selamat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, beliau berkata pihak Esscom akan melancarkan operasi pemeriksaan ke atas chalet di pusat peranginan sekitar Semporna dalam masa terdekat bagi memastikan tiada pekerja asing di kawasan Zon Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esszone).

Mohammad berkata Esscom, yang dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan menambah kekuatan aset di Semporna bagi mengawal keadaan di kawasan itu.

"Kita akan menambah sebanyak kira-kira 30% kekuatan aset kita yang membabitkan semua agensi dan digerakkan di perairan kawasan Semporna namun kita tidak mengabaikan soal keselamatan di kawasan lain di Esszone," katanya.

Dalam kejadian pada kira-kira 10.30 malam Rabu lepas, sekumpulan tujuh lelaki bersenjata menceroboh resort berkenaan dan melarikan Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai serta seorang pekerja resort warga Filipina, Marcy Dayawan, 40.

Pada Jumaat lepas, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dilapor berkata polis menahan empat individu, termasuk tiga wanita, bagi membantu siasatan kes penculikan itu. – Bernama, 6 April, 2014. -TheMalaysianInsider

(2 GAMBAR) Inilah Mangsa Penculikan <b>Di Semporna</b> | Terengganu <b>...</b>

Posted: 03 Apr 2014 08:45 AM PDT

Warga China Gao Huayun yang diculik ketika melancong di Semporna.

Bapa kepada pelancong warga China yang diculik di sebuah resort di Semporna, Sabah menghubungi Stesen Radio 'Shanghai People' bagi merayu mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa untuk menyelamatkan anaknya.

Beliau berkata, anak perempuannya, Gao Huayun, 29, bekerja di sebuah firma Jepun dan memperoleh keputusan cemerlang dalam pengajiannya.

Beliau pada Rabu menerima surat daripada sebuah universiti di Britain bagi memaklumkan bahawa anak perempuannya diterima masuk menyertai program Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA).

Mangsa culik Gao Huayun.

Beliau berkata, Gao berkunjung ke Malaysia bersama rakan-rakan sekuliahnya.

Gao dilaporkan diculik pada kira-kira pukul 10.30 malam Rabu apabila sekumpulan lelaki bersenjata menceroboh masuk ke Singamata Reef Resort.

Mereka turut menculik seorang kakitangan resort warga Filipina.

Menurut stesen radio itu, seorang wanita bernama Xu membuat laporan polis di balai polis daerah Yangpu di Shanghai dengan mendakwa bahawa anak perempuannya diculik di Malaysia. – The Star

Lokasi penculikan berlaku di Semporna.

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


47 pendatang asing ditahan <b>di Kota Marudu</b> - I LOVE MARUDU

Posted: 06 May 2014 11:41 PM PDT

Oleh Junaidi Ladjana

1 Mei 2014

Kota Marudu: Seramai 47 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam Ops Cantas Khas di beberapa kawasan kampung di daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Deputi Superintendan Mohd Isa Yusuf berkata, dalam operasi kira-kira jam 3 pagi itu, sebanyak 33 adalah lelaki dan 14 wanita yang berusia 1 hingga 43 tahun ditahan.

"Serbuan dilakukan dibeberapa kawasan kampung iaitu Kampung Taritipan, Senaja, Kebatasan, Rosob Pantai dan Kalipoun di Pitas.

"Pemeriksaan lanjut seramai 43 tangkapan dipercayai berasal dari Filipina dan empat lagi dari Indonesia," katanya.

Menurutnya, semua yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Sumber: Harian Metro

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Kenyataan Akhbar insiden penculikan <b>di Lahad Datu</b> Sabah - Blog <b>...</b>

Posted: 06 May 2014 04:36 AM PDT

Dua daripada penculik berkenaan berpakaian ala tentera serta bertopeng, manakala tiga selebihnya tidak bertopeng, hanya dua daripada mereka bersenjata, dipercayai jenis M-16.

Pihak polis telah memburu kumpulan penculik berkenaan dan berlaku insiden tembak-menembak di perairan berhampiran Pulau Mataking. Walau bagaimanapun, mereka berjaya membolos diri dan menghala ke arah negara jiran.

Pihak polis sedang mempergiatkan usaha untuk mengesan kumpulan terbabit serta membebaskan pengurus syarikat yang diculik.


Seorang Lagi Warga China Di CULIK <b>Di Lahad Datu</b>! | Sentiasa Panas

Posted: 06 May 2014 12:51 AM PDT

Lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik, dekat sini pada kira-kira 2.45 pagi ini, selepas sebulan seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna.
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek yang mengesahkan kejadian itu berkata mangsa dikenali Yang Zai Lin, 34, berasal dari Guangzhao dan telah bekerja di syarikat Wonderful Terrace Sdn Bhd milik warga China dari Hongkong itu selama tiga tahun.

Beliau berkata anggota pasukan keselamatan dan pertahanan Esscom termasuk unit udara dan laut telah berusaha untuk mengejar dan memintas bot yang dinaiki oleh penjenayah tersebut sehingga berlaku kejadian berbalas tembakan berhampiran Pulau Mataking.

"Namun penjenayah tersebut dari selatan Filipina itu berjaya meloloskan diri ke perairan antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan ringkas, di sini Selasa.

Mohammad berkata siasatan awal menunjukkan terdapat 16 pekerja di syarikat ternakan ikan berkenaan, dengan lapan lelaki bangsa Timor memiliki dokumen manakala lapan pekerja bangsa Suluk termasuk seorang wanita tidak mempunyai dokumen yang sah.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Wira Hamza Taib dijangka mengadakan sidang media bagi memberikan butiran penuh berhubung kejadian culik itu petang ini.

Pada 2 April lepas, Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai dan seorang pekerja wanita warga Filipina dikenali sebagai Marcy Dayawan, 40, diculik di Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna oleh sekumpulan tujuh lelaki bersenjata. -Bernama

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


Gaya Peneroka: Kenyataan AQSA SYARIF Berhubung Isu <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2014 10:35 AM PDT


Kenyataan Rasmi
8/4/2014
Kenyataan AQSA SYARIF Berhubung Isu Pengibaran Bendera Israel di Tuaran, Sabah
AQSA SYARIF peka dengan isu bendera Israel yang dikibarkan di Hotel Raintree Beach Resort di Tuaran, Sabah sepertimana yang digembar-gemburkan menerusi portal berita dan laman sosial.
AQSA SYARIF telah mendapatkan maklum-balas daripada pihak pengurusan Raintree Beach Resort berhubung dengan perkara ini. AQSA SYARIF mendapati bahawa isu ini berpunca daripada kelemahan pihak pengurusan resort yang kurang peka dengan sensitiviti masyarakat terhadap konflik Palestin-Israel. Pihak pengurusan resort telah mengakui kesilapan mereka membiarkan bendera Israel ini berkibar di luar pengetahuan mereka sejak Januari 2014 sebelum disedari oleh orang awam semalam (7 April 2014).
AQSA SYARIF menghargai tindakan segera pihak resort menurunkan bendera Israel tersebut sejurus selepas isu ini dibangkitkan. Namun, kami berharap pihak resort akan lebih peka dan sensitif dengan isu seperti ini di masa-masa akan datang.
AQSA SYARIF menyeru seluruh warga masyarakat untuk terus mempertingkatkan kesedaran tentang isu kemanusiaan di Palestin agar hal seperti ini tidak berulang lagi.
Prof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi AQSA SYARIF BERHAD

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


Pusat pengumpulan hasil pertanian akan dibina <b>di Tenom</b> | ACT for <b>...</b>

Posted: 03 May 2014 09:13 PM PDT

RAIME 1TENOM: Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi menegaskan bahawa pusat pengumpulan hasil pertanian bakal diwujudkan di daerah di sini di mana antara lain tujuannya untuk mengelakkan kebergantungan para petani terhadap khidmat orang tengah.

Beliau berkata, pihak kerajaan telah menyedari hakikat itu di mana betapa pentingnya pusat pengumpulan tersebut diwujudkan untuk memudahkan para petani didaerah ini menghantar hasil hasil pertanian mereka seterusnya memasarkannya tanpa penglibatan orang tengah.

" Dengan adanya pusat itu kelak, para petani yang terdiri daripada peladang, penternak dan nelayan disini…mendapat pulangan harga yang berpatutan. Justeru, saya mahu melihat orang orang Tenom mesti mendapat harga yg terbaik, harga yg sepatutnya dan berkualiti, dengan harapan harga produk itu dapat bertahan lama.

" Kita tahu bahawa terdapat permintaan yang tinggi terhadap hasil hasil pertanian didaerah ini seperti buah buahan tempatan yang dilihat lebih berkualiti berbanding dari tempat tempat lain.

"Oleh sebab itu, saya menyatakan di sini dgn kerjasama dan kekuatan yang ada pada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tenom, maka pihak pengurusan dan komitmen Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Sabah yang diterajui oleh pengarah kita, maka kita jadikan sektor pertanian didaerah ini menjadi sektor utama yang mampu menjana ekonomi penduduk setempat sejejar dengan hasrat kerajaan iaitu 'pertanian suatu perniagaan'," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa Group berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat Agung Tahunan kali ke-36 bagi tahun 2014 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tenom di Hotel Perkasa dekat sini pada Sabtu.

Hadir sama, Pengerusi Jemaah Pengarah PPK Tenom OKK David Jani, Pegawai Daerah Madiyem Layappan, AJP Jamawi Jaafar dan ketua ketua jabatan negeri dan Persekutuan.

Terdahulu, Pengarah Lembaga PPS Anita Haji Misuari berkata, beliau mempunyai agenda besar yang diperjuangkan tahun ini antaranya "Jihad Membasmi Orang Tengah" yang juga menjadi petunjuk prestasi utama (KPI) yang harus dicapai selain menangani masalah kenaikan harga barang.

" Dalam kerajaan yang berkaitan dalam hal ini, antara usaha yang dilakukan oleh LPP dengan pihak berkuasa tempatan (Majlis perbandaran dan Majlis2 Daerah) , jabatan dan agensi adalah mewujudkan pusat pusat pengumpulan hasil pertanian di setiap ada pertubuhan Peladang," tegasnya.

RAIME 2Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa dengan kewujudan pusat tersebut dapat memberi kemudahan kepada golongan pengeluar khususnya para penternak, peladang dan nelayan untuk memasarkan sendiri hasil keluaran mereka.

Manakala para pengguna pula dapat menfaat daripada kemudahan itu dimana mereka berpeluang mendapat bekalan secara terus dengan harga yang lebih berpatutan tanpa melibatkan orang tengah, tegasnya.

Kesempatan itu, beliau berpesan agar para peladang memasarkan hasil keluaran mereka terus ke pasar pasar mingguan seperti pasar tani yang dikelolakan oleh FAMA dimana dengan cara demikian dipercayai dapat meningkatkan pendapatan petani sekaligus menolak penindasan orang tengah.

Selain Pengerusi PPK Tenom OKK David Jani yang berjaya mengekalkan jawatannya selama tujuh penggal (14 tahun) berturut turut, seramai 13 orang turut dipilih mewakili PPK Tenom ke Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPN.

Mereka terdiri daripada Jamawi Jaafar, David Jani, Piduman Abd. Majid, Razali Hj. Zamri, Jatil Junggok @ Jack, Amparau Tingkalu, Saran Epui, A. Kassim Othman, Jeffrey Ho, Hamidi Hj. Rithauddin, Sual Umbol, Chong Yau Yin dan Kores Tai

from your own site.

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Kecoh! Penumpang &#39;Terberak&#39; Dalam Bas <b>Di Ranau</b> - Siemens <b>...</b>

Posted: 10 May 2014 09:00 AM PDT


Kelakar pun ada, kasihan pun ada apabila kami membaca perkongsian seorang penumpang bas ekspres menerusi akaun Facebooknya.
Johan A. Delvo yang menaiki bas ekspres berkongsi pengalamannya dan para penumpang bas tersebut yang terpaksa berhenti di Pekan Ranau, Sabah kerana salah seorang daripada mereka 'terbuang' air besar dalam perjalanan.
Ia sekaligus mencetuskan bau busuk sehingga semua mereka keluar daripada bas tersebut untuk mendapatkan udara segar.

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Apa Yang Tersirat: Penculikan Berlaku Lagi <b>Di Semporna</b>

Posted: 02 Apr 2014 08:59 PM PDT

KOTA KINABALU: Seorang warga China berusia 29 tahun dan seorang pekerja resort dari Filipina diculik dari sebuah resort dekat Semporna.

Wanita dari Shanghai yang dikenal pasti sebagai Gao Hua Yun dan pekerja resort warga Filipina berusia 40 tahun itu telah diculik oleh seramai enam lelaki bersenjata yang tidak dikenali kira-kira pukul 10.30 malam Rabu dari resort di Pulau Singgahmata, bersebelahan Pulau Bum-Bum, Semporna.

Pasukan keselamatan Malaysia telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya di sepanjang sempadan laut, selatan Filipina.
Polis Sabah masih belum membuat kenyataan rasmi mengenai kejadian itu.

Walaubagaimanapun, pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek telah mengesahkan penculikan itu.

Maklumat kejadian masih tidak lengkap.

Difahamkan pelancong berkenaan sedang mandi di dalam biliknya apabila kumpulan lelaki bersenjata memaksanya keluar dan menaiki bot mereka.

Masih tidak dapat dipastikan di mana perkerja resort itu berada ketika dia diculik.

Terdapat kira-kira 61 pelancong dari China di resort itu pada masa kejadian.

Salah satu pelancong di resort itu yang merupakan seorang wartawan akhbar dari China melaporkan bahawa ramai pelancong di resort itu berada di bilik mereka ketika kejadian.

Pelancong-pelancong hanya mengetahui perkara itu apabila pihak pengurusan mengarahkan semua tetamu keluar dari bilik mereka selepas polis tiba minit beberapa minit selepas lelaki bersenjata melarikan diri dengan tawanan mereka.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved