ads

Rabu, 19 Mac 2014

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


Dua batalion keselamatan bakal ditempatkan <b>di Kudat</b>-Esscom

Posted: 14 Mar 2014 05:54 AM PDT

sumber utusan
KOTA KINABALU 13 Mac - Kerajaan merancang menempatkan satu
batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) dan satu batalion tentera di Kudat yang
merupakan satu daripada 10 daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek berkata, penubuhan dua batalion itu membuktikan komitmen kerajaan untuk menjaga keamanan dan keselamatan rakyat Sabah, terutama di Esszone.
"Bagi tujuan meningkatkan kawalan keselamatan dan menjamin keamanan penduduk yang tinggal di kawasan pesisir pantai, kerajaan telah bersetuju untuk mewujudkan enam batalion pasukan keselamatan, masing-masing tiga batalion tentera dan PGA.
"Ini bermakna dua batalion iaitu satu batalion PGA dan satu batalion tentera
akan ditempatkan di Kudat yang pasti akan membantu meningkatkan tahap
keselamatan di kawasan ini," katanya.
Beliau berucap dalam majlis perasmian Program Semarak Bersama Esscom yang dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Banggi Datuk Abdul Mijul Unani di Dewan Tun Mustapha Kudat, dekat sini hari ini. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140313/dn_41/Dua-batalion-keselamatan-bakal-ditempatkan-di-Kudat-Esscom#ixzz2vwPpPJLK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


(Gambar) Budak Perempuan Mati Terkena Bola Golf <b>Di Keningau</b> <b>...</b>

Posted: 04 Feb 2014 11:49 PM PST


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun bertarung nyawa hampir 16 jam sebelum disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terkena bola golf di Kelab Golf Keningau kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.40 petang, Sabtu lalu, mangsa dikenali sebagai Alminda Jalimin bekerja sambilan sebagai kedi dikejarkan ke Hospital Keningau, namun dirawat sebagai sebagai pesakit luar sebelum disahkan meninggal dunia di rumahnya di Taman MDK Keningau pada keesokan hari.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Robert Salisip David berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa sedang menarik beg peralatan golf milik seorang pemain di lubang ke-12 di padang berkenaan.

"Tiba-tiba bola golf dilibas seorang pemain dalam jarak sekitar lima hingga enam meter melencong lalu terkena tengkuk kanan mangsa menyebabkannya rebah.

"Akibat kejadian itu, mangsa yang pengsan dikejarkan ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut," katanya.

Menurutnya, sebaik tiba di hospital, mangsa hanya menerima rawatan pesakit luar sebelum dibawa pulang ibu bapanya yang menetap di rumah kongsi.

"Namun, pada jam 11.30 malam, mangsa mengadu sakit kepala selain mengalami muntah-muntah.

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di nabawan</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Mar 2014 09:13 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Dua pesara guru, Paulus Tangkong dan Haji Arshad Ambikin Liang telah menerima Anugerah Tokoh Guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Nabawan kali ke 42 yang berlangsung di dewan serbaguna di ...

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


04/02/2014: Sedcovest Holdings Sdn.Bhd bangunkan Empat buah <b>...</b>

Posted: 04 Feb 2014 12:10 AM PST

Empat buah premis perniagaan lagi akan dibangunkan Sedcovest Holdings
Sdn.Bhd. anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) di Kota Marudu, Bengkoka, Pitas dan Kudat.

Timbalan Pengurus Besar Sedcovest Holdings Sdn.Bhd. Mohd Amir Karim
berkata premis itu akan disewakan kepada usahawan bumiputera yang
berhasrat memulakan perniagaan dengan kadar sewa 30-peratus lebih
rendah daripada sewa biasa.

Beliau berkata demikian di Kota Marudu.

Katanya, Sedcovest turut menyediakan pelbagai kursus dan latihan
kepada golongan bumiputera yang berminat menjadi usahawan yang
berjaya. Langkah ini sejajar usaha kerajaan meningkatkan ekonomi dan
mengubah taraf hidup bumiputera ke arah lebih baik sekaligus
mengurangkan kadar pengangguran.

Tahun lepas, sebanyak 52-kursus telah dilaksanakan di 18 daerah
seluruh negeri. Sejak 1997 hingga 2013 juga seramai 22-ribu peserta
dilatih dalam pelbagai bidang kemahiran.

Rtka/Rtka                   (Jane/Tony/Cov)

~mfja~

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


DUNIA ITU: Warga emas maut kemalangan 3 kenderaan <b>di Sandakan</b>

Posted: 13 Mar 2014 07:56 PM PDT

Mayat mangsa diangkat oleh pihak polis


SANDAKAN: Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan dengan lori dan bas di Batu 3.5 Jalan Utara, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, mangsa dikenali sebagai Hiew Yu Choi ,72, meninggal di tempat kejadian.

"Dalam kejadian 8.30 pagi, mangsa yang memandu kereta dari arah Batu 4 membuat pusingan U sejurus tiba di Batu 3.5.

"Ketika membuat pusingan U itu, kereta mangsa berlanggar dengan sebuah lori sebelum melanggar sebuah bas yang berhenti di tepi jalan berkenaan," katanya.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar oleh polis ke Hospital Duchess of Kent untuk dibedah siasat.

Rowell berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Utusan Borneo 14 Mac 2014

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved