ads

Isnin, 13 Januari 2014

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


11/01/2014: <b>Kota Belud</b> dipilih menjadi pekan pertama <b>di</b> negara ini <b>...</b>

Posted: 11 Jan 2014 12:39 AM PST

Penduduk di daerah Kota Belud bakal menikmati taraf hidup yang lebih selesa berikutan dengan usaha Kerajaan melaksana projek projek baharu di sekitar Pekan Daerah berkenaan. 
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato Abdul Rahman Dahlan berkata, pekan Kota Belud dipilih menjadi pekan pertama di negara ini dalam transformasi menjadikan ia sebagai sebuah bandar menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
Projek perkongsian pintar itu menelan belanja 37.2-juta ringgit melibatkan 21 buah projek dan akan dilaksanakan tahun ini sehingga 2016.
Dato Abdul Rahman berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Strategi Lautan Biru Kebangsaan Kota Belud di Dewan Tun Said Kota Belud.
Menurutnya, NBOS Kota Belud menyenarai 11 buah projek yang akan dilaksanakan dibawah sistem itu serta merta.
Antara projek yang disenaraikan di bawah sistem berkenaan ialah sistem perparitan, menaik taraf gerai gerai di pasar tamu, menaiktaraf padang Kota Belud dan mercu Kota Belud.

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Rangkuman Kejohanan Futsal <b>Di</b> Damai Futsal <b>Ranau</b> Sabah <b>...</b>

Posted: 05 Jan 2014 09:26 AM PST

Futsal Terbuka Ranau Wanita (28 Disember 2013)

————————————————————————-
Jumlah Pasukan (8)

Johan : Ziemal FC
Naib Johan : Dezora
Ketiga : Kukuak Diamond
Keempat : Kukuak Cristal

Futsal Terbuka Ranau Lelaki (14-15 Dis 2013)
——————————————————————
Jumlah Pasukan (31)

1474517_553096164779810_218643383_n

Johan : NABT FT
Naib Johan : Marudu FC
Ketiga : Pos Sandakan Malaysia
Keempat : Daffuq

Futsal Unity Cup (15 Jun 2013)
———————————————
Jumlah Pasukan (16)

Johan : Daffuq
Naib Johan : Crocker Range FT
Ketiga : Longut FC

Liga 8 (9 Jun 2013)
—————————-
Johan : Daffuq

Futsal Damai Kick Fest (11 – 12 Mei 2013)
————————————————————
Jumlah Pasukan Lelaki (24)
Jumlah Pasukan Wanita (11)

Kategori Lelaki:

Johan : NABT FT
Naib Johan : Daffuq
Ketiga : KSK BSN

Kategori Wanita :

Johan: Reunion
Naib Juara : JJCM FC
Ketiga : UMS

Futsal Amal 'Play To Remember' (30-31 Mac 2013)
————————————————————————–
Jumlah Pasukan Lelaki (9)
Jumlah Pasukan Wanita (3)

Kategori Lelaki:

Johan: DQ X 'One'
Naib Johan : Kukuak A
Ketiga : DQ X 'Two"

Kategori Wanita :

Johan : FU2C
Naib Johan : J. United FC
Ketiga : DQ Feminino

Futsal Liga 8 (Feb 2013)
———————————–
Johan: Kundasang Junior

Futsal Terbuka Ranau Lelaki (26-27 Januari 2013)
————————————————————————-
Jumlah Pasukan (42)

Johan : Kundasang Junior
Naib Johan : Kukuak T-Rex
Ketiga: TFH Massa X3
Tagline terbaik tahun 2013 : "No. 9 Abang Ading minat!!"
Terima Kasih Atas Sokongan Semua!

Kita Jumpa Lagi Tahun 2014!

FOCUS PLAY WIN

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Serangan Bersenjata <b>Di Kota Kinabalu</b> Suspek Di Buru - UtaraNews <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2014 11:18 PM PST

KOTA KINABALU : Sekurang-kurangnya 25 premis yang memiliki pintu, tingkap, dinding dan tembok kaca sekitar bandar raya ini, termasuk di Luyang dan Inanam, pecah ditembak menggunakan guli yang dilepaskan daripada senapang angin, tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikon berkata, kerosakan itu dipercayai berlaku di antara kira-kira 11.45 malam hingga 12.45 tengah malam. "Hasil pemeriksaan, polis menemui beberapa guli di tempat kejadian dipercayai dilakukan kumpulan tidak bertanggungjawab dan bermotifkan untuk menimbulkan kerisauan kepada orang ramai.
"Semua kejadian berlaku dalam kira-kira satu jam dan dipercayai membabitkan beberapa kumpulan yang menaiki tiga kenderaan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu. Jauteh berkata, kes itu masih dalam siasatan dan mendapat kerjasama daripada pemilik premis.
"Sehingga ini, 19 laporan polis sudah diterima dan sebahagian maklumat diperoleh daripada kamera rakaman litar tertutup (CCTV). "Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya. Jauteh turut menafikan kes terbabit ada kaitan dengan sebarang kes lain di sekitar daerah ini.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai diminta tidak cemas dengan keadaan itu. Sementara itu di Penampang, enam premis turut mengalami kejadian sama dan polis masih melakukan siasatan lanjut.

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di penampang</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Dec 2013 01:49 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di penampang</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Dec 2013 01:41 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

31 warga asing diserbu <b>di</b> kawasan setinggan <b>Penampang</b> <b>...</b>

Posted: 16 Oct 2013 03:11 PM PDT

by I.Sab Khan Mukarab Shah, utusanborneokk@gmail.com. Posted on October 17, 2013, Thursday

RATAN menunjukkan pedang samurai yang dirampas bersama barangan lain yang dipercayai dicuri dalam serbuan di sebuah kawasan setinggan berhampiran Taman Indah Bundusan.

PENAMPANG: Dua lelaki dipercayai penagih dadah adalah antara 31 orang yang ditangkap pihak berkuasa dalam Ops Cantas di kawasan setinggan Taman Indah, Bundusan, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Ratan Kumar Singh, berkata operasi yang dijalankan selama dua jam itu menyaksikan 15 rumah setinggan diserbu pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bahagian Narkotik, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sabah (JPAM).

"Dua lelaki berumur lingkungan 30an ditahan selepas polis menemui beberapa paket plastik mengandungi bahan putih dipercayai syabu dalam milikan mereka," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Ratan berkata pihak polis turut merampas pelbagai barangan seperti komputer riba, jam tangan, perhiasan dan kamera yang dipercayai barangan curi.

"Polis juga menemui beberapa bilah parang dan pedang samurai ketika serbuan," katanya.

Singh berkata seramai 31 pendatang tanpa izin (PTI) itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Penampang untuk siasatan lanjut.

"Antara mereka yang ditahan adalah tiga lelaki, tujuh wanita, 17 kanak-kanak dan dua bayi," katanya.

Beliau berkata operasi berkenaan akan terus dijalankan dari masa ke semasa dan turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang tampil memberikan maklumat kepada pihak berkuasa.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat <b>Negeri Sabah Di</b> <b>...</b>

Posted: 09 Jan 2014 04:16 AM PST

Kira-kira 15,000 umat Islam dijangka mengambil bahagian dalam perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sabah yang akan berlangsung di sini Selasa depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan Datuk Ariffin Mohd Arif.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri berkata jumlah itu mewakili lebih 100 kontinjen.

"Perarakan yang bermula di perkarangan Majlis Perbandaran Tawau akan turut disertai Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

"Pada sambutan itu juga, sebuah buku agama bertajuk 'Bertaubat Sebelum Terlambat' hasil tulisan Ustaz Yen Atin akan turut dilancarkan," katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan sambutan Selasa.

Ariffin berkata majlis tahlil dan bacaan Yassin akan diadakan pada Isnin dan konsert dakwah pada Ahad di Padang Perbandaran Tawau.

~bernama

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved