ads

Isnin, 4 Februari 2013

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


balimbang.com: Jalan-Jalan <b>Di Sandakan</b>

Posted: 16 Jan 2013 04:51 AM PST

Assalamualaikum...

Mengambil peluang untuk jalan-jalan cuci mata di bandar Sandakan...heehee

Salah satu keistimewaan yang ada ialah Pasar Umum Sandakan dengan kebersihannya yang sangat memuaskan...

kita tabik spring...!

Majlis Perbandaran Sandakan (MPS ).

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Jelajah Srikandi 2.0: Srikandi gempur Parlimen <b>...</b> - Rakyat Marhaen

Posted: 04 Feb 2013 02:14 AM PST

srikandi iSrikandi KEADILAN hari ini telah memasuki hari keenam yang merupakan hari terakhir kami dalam siri jelajah Srikandi Pusat bersama Srikandi Negeri ke Parlimen-Parlimen tumpuan di seluruh negeri Sabah. Parlimen Papar menjadi Parlimen tumpuan yang mana ia merupakan Parlimen yang dimiliki oleh Ketua Puteri Umno Malaysia merangkap Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.
Sepanjang tinjauan kami di kawasan Parlimen ini kami mendapati hampir keseluruhan rakyat di bandar mahupun pendalaman mula menunjukkan sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat khususnya Parti KEADILAN Rakyat. Sokongan ini dizahirkan melalui laungan semangat "inikalilah" setiap kali kami mendekati mereka. Pagi ini juga Srikandi telah mengedarkan hampir 1000 poskad tawaran Pakatan Rakyat kepada penduduk setempat.

Namun perkongsian kami ialah keadaan politik yang diamalkan oleh Timbalan Menteri ini yang mana rata-rata rakyat yang memperlihatkan dasar ingin berubah akan tetapi diugut untuk tidak berbuat begitu. Politik yang sama dipergunakan oleh hampir semua pimpinan umno yang semakin tertekan dengan rasa kebangkitan rakyat. Menyusuri kawasan ini juga kami mendapati kelemahan prasarana dan perkhidmatan dari segi perlaksanaan hak asasi rakyat itu terang dan jelas diketepikan.
Rata-rata tempat yang dilawati di bandar papar dan perkampungan dikawasan ini terdedah dengan kelemahan sistem penyelenggaran kebersihan yang terabai. Antara faktor pengabaian ini ialah kerana Datuk Rosnah mengamalkan sifat "pilih bulu" dalam mengagihkan peruntukkan dan pembanggunan kawasan. Apakah Datuk Rosnah kira dengan adanya "Restoran KFC", Pasaraya Giant" itu telah melambangkan pembanggunan dikawasan itu sedangkan yang diinginkan rakyat ialah kemudahan yang melibat penghidupan seharian mereka.
Saya menyifatkan bahawa Datuk Rosnah gagal berfungsi sebagai Timbalan Meteri Kesihatan apabila kawasan beliau sendiri gagal disediakan dan disiapkan dengan perkhidmatan ambulans,ubat-ubatan yang mencukupi dan peralatan rawatan bagi menghadapi rakyat dikawasan ini. Beliau juga gagal menjaga kebajikan doktor-doktor yang dihantar berkhidmat di negeri ini khususnya dikawasan beliau.
Untuk itu Srikandi sekali lagi dengan semangat perubahan ini menyatakan kepada pemimpin Umno khususnya Ketua Pergerakkan Puteri Umno ini untuk memberhentikan budaya politik "ugut"berpolitiklah secara matang dan jangan menggunakan budaya kotor dalam mengekalkan kuasa yang sedia ada. Rakyat semakin bijak dalam membuat perubahan,dan Insyaallah "inikalilah" rakyat akan bangkit tumbangkan kerajaan yang zalim dan menindas ini.
Siti Aishah Bt Shaik Ismail
Ketua Srikandi KEADILAN Malaysia

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


RM16 juta peruntukan untuk kurangkan kesesakan jalan <b>di Tuaran</b>

Posted: 10 Jan 2013 05:45 PM PST

Oleh Shalina R
Gambar oleh Oliver Majaham

 

Tidak lama lagi, masalah kesesakan lalu lintas Tuaran akan berakhir apabila jambatan yang merentangi Sungai Damit akan dibina bagi memudahkan aliran perjalanan trafik.

Mendedahkan berita baik itu kepada penonton di majlis pelancaran Kejohanan Sepak Takraw Piala Presiden 2012/2013 peringkat negeri di Tuaran baru-baru ini, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM16 juta bagi melaksanakan projek itu.

 

Bagi  Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Jahid Jahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tamparuli, jambatan itu merupakan "mimpi menjadi kenyataan." Beliau tahu betapa terdesaknya penduduk di sana kerana memerlukan jambatan.

"Jambatan akan memberi manfaat kepada lebih daripada 15 kampung termasuk kilang Lembaga Industri Getah Sabah yang terletak dalam kawasan itu," katanya.

Daerah Tuaran mempunyai 212 kampung dengan lebih daripada 100,000 jumlah penduduk. Ia terletak di lokasi yang strategik, sebagai pekan yang menjadi pintu masuk ke Utara dan Timur Sabah. Pelancong perlu melalui daerah itu untuk pergi ke Kota Belud, Kudat, Ranau, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau.

Ketua Menteri juga mengumumkan peruntukan RM12 juta untuk Kompleks Sukan di Tamparuli.

Kejohanan sepak takraw itu dianjurkan oleh Persatuan Sepak Takraw Negeri (Astaka). Kejohanan selama seminggu itu akan berakhir pada Ahad, Januari 13. - Insight Sabah

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Kembar Seiras: PATI DAN SUASANA KRISMAS <b>DI LAHAD DATU</b>

Posted: 25 Dec 2012 04:57 AM PST

Sumber : Sabahkini
BEBAS.....Penjaja haram bebas berniaga pada Hari Krismas dan hari-hari biasa; manakala pembeli tidak segan silu walaupun diperhati dan dengan megah memakai baju berlogo UMNO membeli daripada PATI di khalayak ramai.
PERAYAAN Hari Krismas seolah-olah tidak memberikan sebarang makna kepada warga Lahad Datu kerana masing-masing sibuk dengan urusan; terutama Warga Penyu yang berniaga di sekitar Pasar Ikan Lahad Datu; melainkan beberapa penganut agama Kristian tempatan, tetapi sebahagian besarnya warga Indonesia dan Filipina yang sibuk berbelanja di awal pagi.
Kemeriahan Krismas tidak langsung dirasa di Lahad Datu kerana dipenuhi Warga Penyu yang begitu sibuk menjual segala barangan terlarang, daripada rokok sehinggalah kepada syabu tanpa sebarang larangan.
Paling menarik, walaupun RCI Sabah sudah ditubuhkan, namun seolah-olah tidak memberikan sebarang makna atau kesan kepada Warga Penyu; ada di antaranya masih memegang IMM13, MyPR (IC Merah), MyKad Projek, MyKAS, MyKad Palsu dan majoritinya tidak memegang sebarang dokumen.
Namun mereka hidup dengan bebas di Sabah dan boleh berniaga kerana mendapat galakan dan suaka politik daripada Yang Berhormat dan koloni mereka dalam Majlis Daerah Lahad Datu serta Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK; tanpa segan silu kepada pihak berkuasa. 
RELA......Anggota Rela ini secara selamba berjalan di hadapan penjaja haram di Pasar Ikan Lahad Datu.
CANGKUNG.....Tanpa segan silu, Anggota Rela ini duduk mencangkung di hadapan PATI dan memilih pakaian di kaki lima Pasar Lahad Datu. Di sebelahnya penjual rokok.
 HEBAT.....Mereka berlagak samseng di atas Hilux selepas keluar daripada gereja di Batu 1, Lahad Datu dengan berdiri tanpa mempedulikan keselamatan orang lain.
Suatu kejadian yang agak menakjubkan, ketika menunggu ibu mertua saya membeli ikan dan sayur di Pasar Ikan dan Pasar Besar Lahad Datu; mata saya terpaku melihat seorang ahli RELA yang sambil lewa sahaja melintasi penjaja haram yang 'berkrismas' di kaki lima, lalu duduk dan membelek pakaian kanak-kanak dan terus membelinya.
Ahli Rela berkenaan kemudiannya bersama tiga anggota polis, seorang anggota Pertahanan Awam beredar daripada bilik gunasama di hadapan Pasar Ikan Lahad Datu untuk menjalankan rondaan biasa di Bandar Lahad Datu.
Penjaja Haram berpesta sakan di Lahad Datu kerana Penguatkuasa Majlis Daerah Lahad Datu bercuti Krismas; sehingga mereka tidak segan silu menjual barang dagangan mereka termasuk buah-buahan, pakaian dan sayur-sayuran dari tangga pasar sehinggalah ke dalam pasar.
Dengan bangganya seorang lelaki memakai baju-T merah berlambang UMNO membeli langsat daripada penjaja haram yang berniaga di hadapan Pasar Lahad Datu seolah-olah tidak mempedulikan bahawa Era RCI sedang berada di kemuncaknya dan tidak merasa bersalah membeli buah daripada PATI dan terus memakmurkan PATI.
Dalam perjalanan pulang, saya melihat sekumpulan Warga Indonesia berbangsa Timor merayakan Krismas dalam keadaan paling berbahaya dengan berdiri di atas pick-up yang sedang laju dan hampir terpelanting ke atas jalan raya ketika pemendu membrek kenderaan jika tidak berpaut antara satu sama lain.
Jika pada hari ini 25 Disember 2012, Warga asing masih mendominasi Lahad Datu, maka pada masa 10 tahun daripada sekarang Lahad Datu akan menjadi FIJI dan ketika itu anak negeri sudah kehilangan tanah untuk berdiri; apatah lagi jika RCI membolehkan mereka melakukan 'Reverse Take-Over'.

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


Tinta Mayaku : rumah sewa <b>di Sipitang</b>

Posted: 19 Jan 2013 07:10 PM PST

aku mau kuar dari asrama ni..
aku mau cari rumah sewa di luar..
bukan apa,sayang tu EPW 600++ ilang sebab tinggal hostel..hehe
ada jua terlintas di ati mau rsa tggal sorg2 d luar..
tp mama babah ku nda bagi aku tinggal sorg2..
mesti ada kawan jua wpun sorg..huhu..
byk la mau dipikir msa cari rumah sewa ni:
1~kadar sewa : klu murah lgi bagus.bleh jua saving ujung bulan
2~masa mau mencari : kena luangkn masa mau mencari tau
3~transport lg : ssh kalu xda trasnport sendiri ni
4~persetujuan member lain : klu xstuju,kena cari lg
5~fasiliti rumah tu : penting tau.kita pun snng
6~jarak ngan tempat keja + pekan : jauh2 nnti susah.apa lg klu bukan org sini
7~macam2 la
::::cerewet jua..hehe::::
kemarin ceritanya ada jua kuar mencari rumah sewa ngan member sorg ni..
mmg banyak la rumah sewa d sini..
tp belum ada rezeki nampaknya..
ada yg kosong pun semua udah di booking..huhu..
hari tu ada jua staff sini bgtau ada rmh ksong hmpir rmhnya tu..
hjung bulan ni org tu kuar udah..
aku siap book lg k..
jdi awl bulan 2 ni bleh la kami masuk rumah tu..
tnya punya tnya rumah tu rupanya:
~kosong..mksudnya hanya rumah saja tanpa barang2 d dalam
pkir punya pkir + pendapat member:
~rasa nda berbaloi mau bayar sewa tapi rumah xda apa2
adehhh...susahnya mau cari rumah sewa d sini ni..
kalau la aku ada trasnport sendiri, kompom aku cari sendri rumah sewa tu (mcm berani) :P
xpa..bleh cari lagi ba..klu ada peluang,x ke mna..yg penting rajin2 ja mencari..kn?
harap2 la cepat kami dapat rumah sewa..
tambahan:::harap2 la ada kekosongan + org labuan mau pindah di Sipitang..aku mau pindah di Labuan..huhuhu

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Lelaki Filipina ditahan <b>di Ranau</b> disiasat mengikut Akta Pasport | my <b>...</b>

Posted: 29 Jan 2013 05:27 AM PST

KOTA KINABALU: Penahanan seorang lelaki warganegara Filipina di daerah Ranau baru-baru ini tidak mempunyai sebarang agenda tuntutan atau tekanan daripada pihak tertentu, tegas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

Menurut beliau, tangkapan terbabit dilakukan setelah suspek terbabit memiliki identiti meragukan dan kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12 (1) (d) Akta Pasport 1966.

Sehubungan itu, beliau menegaskan tangkapan terbabit langsung tidak kena mengena dengan tuntutan daripada mana-mana pihak tertentu memandangkan beliau difahamkan suspek mempunyai kesalahan lampau di negara asal.

"Dakwaan pihak tertentu mengenai polis menahan suspek adalah ekoran ditekan, adalah tidak benar dan dakwaan itu sama sekali boleh menjejaskan kredibiliti kita dalam melaksanakan tugas.

"Setakat ini, saya telah periksa dengan Bukit Aman dan tiada sebarang permintaan rasmi daripada pihak negara Filipina berhubung suspek.

"Suspek hanya ditahan berikutan kita dapati dia mempunyai identiti meragukan dan masih ditahan mengikut Seksyen 12 (1) (d) Akta Pasport 1966," katanya sambil menambah, penahanan suspek adalah berlandaskan undang-undang sedia ada.

Terdahulu, suspek yang berusia 40an berkenaan difahamkan kini diburu pihak negara Filipina ekoran terlibat dengan penipuan skim melibatkan kerugian berbilion mata wang peso.

Bagaimanapun, Hamza berkata pihak polis Sabah terbuka untuk membuka kertas siasatan sekiranya menerima permintaan rasmi daripada mana-mana pihak termasuklah dari negara Filipina.

"Kalau ada permintaan rasmi, kita akan berkerjasama. Sebab kita mahu memastikan keharmonian antara kedua negara terus terjalin," katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Hamza berkata polis masih mengenal pasti motif penculikan melibatkan dua rakyat negara ini dalam tragedi di ladang kelapa sawit Felda Sahabat, Lahad Datu penghujung November tahun lepas.

Menurutnya, kerjasama antara polis dengan pihak berkuasa Filipina masih berterusan dalam memastikan kes itu diselesaikan secepat mungkin.

"Setakat ini kedua-dua mangsa yang telah diculik masih hidup.

"Bagaimanapun, motif penculikan atau permintaan wang tebusan daripada penculik belum lagi diketahui," katanya.

Category: Berita Sabah, Sarawak

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


ucapan takziah <b>di</b> atas pemergian almarhum cikgu amir mahmud

Posted: 29 Jan 2013 05:38 PM PST

Parti Islam Se-Malaysia Negeri  Sabah  (PAS Sabah) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga Almarhum  Cikgu Amir Mahmud yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi Selasa 30 Januari 2013.

 
Sesungguhnya  pemergian Almarhum merupakan kehilangan besar buat semua ahli, pendukung dan penyokong PAS di negeri Sabah ini. Semoga segala khidmat dan pengorbanan yang Almarhum persembahkan kepada perjuangan Islam mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah Rabbul Jalil.

 
Bagi pihak  seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS Negeri Sabah, sekali saya saya mengucapkan takziah  dan berharap kepada semua keluarga, sahabat-handai, pendukung dan penyokong PAS di seluruh Negeri Sabah agar bersabar dengan ketentuan Allah SWT ini. Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT,  InsyaAllah.

Mohd Aminuddin Aling
Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah
18 Rabiulawal 1434H / 30 Januari 2013M

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


KeLiNcIcOmEl: Tagal @ Babagon, <b>Penampang</b>, Sabah

Posted: 07 Jan 2013 09:30 AM PST

Nama Kampung : Kampung Babagon
Nama Projek : Sistem Tagal
Catatan pertama yang aku nak cerita untuk inspektorat yang aku kat Sabah tu.. projek pertama yang dilawati ialah Projek Tagal Babagon.. Kampung Babagon terletak di Daerah Penampang, lebih kurang 45 minit dari bandar KK. Majoriti penduduk di sini berbangsa Kadazandusun.
O.k berbalik kat Tagal tu.. Tagal (dusun) bermaksud TAK PERLU atau JANGAN. Amalan kuno masyarakat dusun mengelak diceroboh (curi) dengan memasang pancang kayu yang ditirus hujungnya (tonduk). Secara dasarnya Tagal merupakan satu sistem perkongsian pintar di antara masyarakat tempatan dengan pihak kerajaan dalam hal perlindungan, pemuliharaan dan pengurusan sumber perikanan sungai di Sabah. Dalam hal ini banyak keadaan alam sekitar sungai yang tercemar berjaya dipulihkan.

Kaedah tersebut dihormati oleh masyarakat kerana mereka faham maksud dan hukumnya yang sudah ditetapkan. Penguatkuasaanya diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Mahkamah Daerah, Ketua Kampung, JKKK serta mendapat restu daripada masyarakat setempat. Tetapi sekarang pelaksanaan sistem ini hanya menggunakan undang-undang untuk melarang sebarang aktiviti tangkapan dijalankan di Sungai Babagon ini.

Peta di atas menunjukkan kawasan tuaian ikan mengikut zon yang ditetapkan.
Zon berwarna Merah = Kawasan yang tidak boleh dituai bertujuan untuk konservasi, untuk sukan memancing (tangkap&lepas) dan mandi bersama ikan.
Zon berwarna Kuning : Hanya boleh dituai 2-3 setahun
Zon berwarna Hijau : Boleh dituai sepanjang tahun.
Kaedah perlaksanaan sistem tagal di Kampung Babagon ini penguatkuasaan pengawalan penangkapan ikan ialah tidak boleh sama sekali menangkap sebarang hidupan dikawasan sungai  yang ditagal selama 2 tahun. Dan peraturan ini dipatuhi oleh semua penduduk kampung dan juga orang luar yang datng ke kampung ini. Sekiranya ada komuniti yang melanggar undang-undang ini pesalah akan dibawah ke ketua kampung dan akan dikenakan hukuman sogit (berdasarkan undang-undang yang telah ditetapkan semasa penubuhan) iaitu tunai RM300 dan seekor ternakan yang berharga RM200 sekiranya pesalah melawan akan dibawah ke Mahkamah Anak Negeri dengan hukuman yang lebih berat. Jika kesalahan melibatkan racun atau bom pesalah boleh dibawah terus kepada polis.

Apa yang menarik lagi di kampung ini ialah, kawasan ini menjadi tumpuan pelancong untuk menjalankan pelbagai aktiviti riadah seperti menangkap ikan dan melepaskan semula, mandi,-manda serta aktiviti kebudayaan. Semasa tiba masa hari menuai ikan, semua ahli akan dijemput untuk menangkap ikan yang dijalankan secara bergotong royong, dengan hanya menggunkan jala dan pukat sahaja. Hasil tangkapan akan dibahagi sama rata.

Pic kat bawah nie ialah semasa penilaian panel.. HaBiS… J

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved