ads

Khamis, 24 Januari 2013

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


20 Dijangkiti Kolera <b>Di Papar</b> – Rosnah | MyNewsHub

Posted: 23 Jan 2013 01:38 AM PST


PAPAR – Dua kes jangkitan kolera membabitkan 20 orang dilapor berlaku di daerah ini pada Selasa, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Katanya kejadian membabitkan 18 orang dari Pusat Tahanan Sementara Papar dan dua lagi dari Taman Limau-Limauan.

"Saya dimaklumkan kejadian di Limau-Limawan disebabkan makanan yang dibeli di tamu malam (pasar malam) dan kedua-dua mereka dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.

"Kejadian di Pusat Tahanan Sementara Papar pula melibatkan 18 kes (orang). Kesemua mereka dimasukkan ke Hospital Papar semalam tetapi empat sudah keluar daripada hospital hari ini," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Rosnah menasihati penduduk agar tidak panik kerana wabak itu terkawal dan mendapatkan rawatan di klinik dan hospital jika mengalami simptom seperti cirit-birit atau muntah.

"Kes kolera selalunya berpunca daripada persekitaran dan makanan yang tidak bersih. Oleh itu, saya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengambil langkah pencegahan dengan memasak makanan dan minuman," katanya.

Terdahulu, ketika berucap menutup program Kem Jejak Universiti di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu, di Kinarut, Rosnah yang juga Anggota Parlimen Papar mengucapkan tahniah kepada warga MRSM itu yang mendapat pengiktirafan 'Smart School' berkuat kuasa bulan ini.

"Status Smart School membuktikan MRSM Kota Kinabalu memenuhi satu piawaian yang tinggi baik dalam segenap aspek seperti Gred Purata Sekolah, kokurikulum, kepimpinan pelajar, kecekapan pengurusan pentadbiran dan sebagainya.

"Saya yakin dan percaya pemilihan MRSM Kota Kinabalu sebagai Smart School sangat tepat dan saya berharap lebih banyak kejayaan dicipta dan dicapai oleh MRSM Kota Kinabalu sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa," katanya.- BERNAMA

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


PESONA: Sekolah Baru <b>Di Keningau</b>

Posted: 11 Jan 2013 05:51 AM PST

Inilah Sekolah Menangah Kebangsaan
Etuza membawa anak-anak melawat 
ke sekolah baru ini pada 31hb Dis 2012.
Untuk putera etuza Afif  serta Azri
kawan sekelas tahun 6, diucapkan 
Syabas & Tahniah! kerana permohonan
ke SMK Agama Keningau, Sabah telah 
berjaya dan akan mendaftar ke sekolah yang
besar ini pada 16hb Jan 2013.
Inilah antara pandangan sekolah ini,
yang terletak di kawasan Banjar Mempikit
Keningau. Sungguh2 cantik sekolah ini.

Biasanya pasti tahu gambar ni pula
adalah Masjid SMK Agama Keningau.
Unik bentuknya.

Afif dan Azri sebenarnya tak 
sabar nak ke sekolah baru ini.
Syabas untuk putera ku Afif.
Syarat kelayakan ke sekolah
kawalan ini ialah minimum 
UPSR 2A 3B.
Afif & Azri UPSR 3A 2B
Alhamdulillah....

@hakcipta etuza
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved