ads

Jumaat, 6 Julai 2012

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


DIALOG RAKYAT: Bot karam <b>di Sandakan</b>, 2 murid lemas

Posted: 06 Jul 2012 04:49 PM PDT

SINAR HARIAN
SANDAKAN - Dua murid lemas manakala empat terselamat apabila bot yang mereka naiki semasa pulang dari sekolah, karam di perairan berhampiran Pulau Timbang dekat sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 1 petang itu membabitkan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru yang dalam perjalanan balik ke rumah mereka di Kampung Serabut.

Mayat Sabrurina Mohd Noor, 10, murid Tahun Empat telah ditemui manakala seorang lagi murid Zulaika Amri, 12, murid Tahun Enam belum ditemui.

Empat yang terselamat ialah pemandu bot yang juga bapa Zulaika berusia dalam lingkungan 30-an dan tiga lagi anaknya iaitu dua lelaki dan seorang perempuan berusia antara setahun dan lima tahun.

Amri dan dua daripada anaknya kini dirawat di Hospital Duchess of Kent Sandakan dan mereka dilapor dalam keadaan stabil.

Bapa Sabturina, Mohd Noor berkata bot yang dinaiki anaknya itu karam dipukul arus deras di perairan berhampiran Kampung Upak.

"Amri yang juga sepupu saya bersama tiga anaknya yang turut berada di dalam bot itu diselamatkan penduduk kampung," katanya ketika ditemui di Kampung Baru.

Sehingga berita ini ditulis, operasi mencari Zulaika oleh penduduk kampung dengan kerjasama Polis Gerakan Marin dihentikan pada pukul 6 petang disebabkan keadaan gelap dan perairan berombak.

Bot yang karam itu ditemui terdampar di Pulau Magandai kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

urut meninjau tempat kejadian dan melawat keluarga mangsa ialah Anggota Dewan Undangan Sekong Datuk Samsuddin Yahya. - Bernama

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


sabahkini.net: TASK FORCE TAHAN 165 PATI <b>DI SEMPORNA</b>

Posted: 06 Jul 2012 12:46 AM PDT


TAWAU : Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah berjaya menahan 165 pendatang asing tanpa izin (PATI) berumur antara 17 hingga 80 tahun dalam Operasi Tanduk (Ops Tanduk) di Semporna dan Tawau sejak Selasa lepas.
Ketua Bahagian Operasinya ACP Abdul Aziz Alwee berkata dalam operasi di Semporna pada 3 Julai lalu, seramai 221 orang diperiksa dan 60 daripada mereka iaitu 57 warga Filipina dan tiga warga Indonesia ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
"Dalam operasi di Semporna, kami juga menyelamatkan seramai 12 orang kanak-kanak yang berkeliaran di sekitar kaki lima berumur di bawah 16 tahun," kata Abdul Aziz kepada pemberita di sini Khamis.
Menurutnya dalam operasi serupa di Tawau yang bermula semalam dan masih berterusan sehingga kini, seramai 534 orang telah diperiksa termasuk di kawasan setinggan dan daripada jumlah itu 105 orang ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
Katanya daripada 105 berkenaan, 47 orang daripadanya adalah warga Filipina manakala selebihnya 58 orang adalah rakyat Indonesia. (Bernama)

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


Kelapa Mawar: RAHMAN DAHLAN : PEMBANGKANG <b>DI KOTA</b> <b>...</b>

Posted: 04 Jul 2012 12:47 AM PDT

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan berkata bahawa pembangkang sememangnya buta hati dan buta mata dengan menafikan pembangunan yang dibuat oleh kerajaan BN sekarang. Beliau berkata demikian dalam satu majlis di Kg rampayan Ulu yang turut menyaksikan kehadiran ADUN Tempasuk, Datuk Musbah Jamli.
Bagi kelapamawar, rakyat Kota belud juga seharusnya celik mata dan celik hati , dalam semua isu. Bukan sahaja kepada pembangkang tetapi juga kepada pemimpin BN dan wakil rakyat di daerah ini. Rakyat harus segera celik mata dan celik hati melihat percaturan dan peningkatan taraf hidup pemimpin yang begitu mewah dan berharta hanya setelah bergelar 'wakil rakyat'.
Beberapa kes di Kota belud seperti Tanah di Kuala Pintasan, Tanah di Rampayan, Tanah di Kg taburan, kes empangan Tambutuan, Kes terbengkalaian Sk Tamau yang sudah masuk fasa 3 tahun dan kes pampasan tanah di jalanraya KB-Kudat juga jangan dilupakan. Rakyat Kota Belud, jangan buta mata dan jangan buta hati melihat isu-isu ini.
KOTA BELUD : Pemimpin parti pembangkang bukan sahaja 'Buta Mata' malah lebih malang 'Buta Hati' kerana menidakkan pembangunan yang telah dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini untuk kesejahteraan rakyat.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata 'Buta Hati' lebih merbahaya daripada 'Buta Mata'.

Katanya, apabila kerajaan yang ada sekarang memberikan pembangunan, menjaga rakyat di peringkat akar umbi walaupun itu untuk kebaikan rakyat semua tetapi kerana pemimpin parti pembangkang 'Buta Hati' mereka sentiasa menidakkan pembangunan yang telah dilaksanakan selama ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin di Kg. Rampayan Ulu yang dianjurkan oleh KRT Kampung Rampayan Ulu dekat sini, baru-baru ini.

Abdul Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah berkata pemimpin parti pembangkang tidak pernah berhenti menghasut rakyat menuduh bahawa kerajaan Barisan Nasional yang menjadi pemerintah di negara ini merupakan sebuah kerajaan yang zalim kepada rakyat.

Malah lebih teruk daripada itu jelas beliau lagi, pemimpin parti pembangkang juga menuduh kerajaan yang ada sekarang ini menindas rakyat, kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang kononnya menekan rakyat di negara ini.

"Walaupun kerajaan Barisan Nasional berusaha mensejahterakan rakyat melalui pelbagai pendekatan, pembahagian BR1M, pendidikan percuma kepada sekolah rendah dan menengah, menjaga keamanan negara demi keselamatan rakyat secara keseluruhan dan sebagainya tetapi masih juga dikatakan zalim dan menekan rakyat oleh pemimpin parti pembangkang, kita redha dituduh seperti itu," tambahnya lagi.

Pada majlis yang sama sebanyak 170 buah dapur gas turut telah diageh-agehkan kepada penduduk di Kg. Rampayan Ulu yang disumbangkan oleh Abdul Rahman dan Musbah Jamli.

Hadir sama pada majlis itu Penolong Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional negari Sabah, Marhadi Imardin; Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud, Bisi Jamit serta para pemimpin setempat yang lain.

Terdahulu, Wakil Rakyat Tempasuk, Datuk Musbah Jamli turut membidas pemimpin parti pembangkang yang menurutnya 'Buta Mata' tidak melihat pembangunan yang sedang dan telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional di daerah Kota Belud.

Menurut Musbah pelbagai projek pembangunan yang telah dibawa masuk oleh kerajaan yang ada sekarang khususnya di daerah tersebut bukan sahaja dapat dilihat sendiri oleh rakyat malah dapat memberi banyak manfaat kepada rakyat.

"Apa yang rakyat nikmati dan lihat masa kini jelas menampakkan kerajaan yang ada sekarang ikhlas membantu dan membangunkan rakyat, rakyat sudah tidak mudah ditipu, rakyat sekarang lebih bijak menilai yang mana kaca dan yang mana permata," katanya lagi.

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Aneka Kuih Frozen dan Kuih Talam <b>di Tawau</b> ~ Aku. Zack.

Posted: 23 Jun 2012 12:08 AM PDT

Salam dan selamat petang,

Takde resepi hari ni, tengah ambil MC dari membaking minggu ni. Hehe.. Sempena nak menyambut bulan Ramadhan yang akan datang, apa kata kita buat stok kuih frozen di rumah? Senang pun senang, jimat pun jimat. Hehe.. Saje iklankan kuih kawan, kak Rosnita. Sape2 berminat boleh jumpa saya di facebook Zack Nurzakiah, cari je sampai jumpa info pasal Nurfatihah Humairah, itulah saya :P Pastu tunggu saya approve (malas sebenarnya nak open sangat, sebab taknak dikenali oranglah kunun :P) Nanti saya beritahu alamat nak beli kuih frozen kat kak Ita.

Cheers~

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Pengantin 1Malaysia selamat bersanding <b>di</b> Kg.Bundusan,<b>Papar</b>

Posted: 13 Jun 2012 01:15 AM PDT

PENGANTIN 1MALAYSIA PENGANTIN 1Malaysia...Cik Norafezah Sairin(tiga kanan) Nur Aisyah Liew Abdullah (dua kanan) Anisah Ahmad(kanan) sempena majlis Malam Berinai di Kampung Bundusan,Papar. (GAMBAR BAWAH): PENGANTIN 1MSIA...Mohd.Nazmi Sairin(dari kiri ke kanan);Mohd.Nizal Sairin;Mohd Nizam Sairin;Noraziarah Sairin sempena majlis malam berinai di Kampung Bundusan,Papar PAPAR: Pasangan Encik Sairin Tamin dan Puan radiah Haji Darus dari Kampung Bundusan telah melakar sejarah apabila menikahkan keempat-empat anak mereka dengan pasangan dari sukukaum Murut;Cina dan Melayu Brunei pada satu masa (10/6/2012) sehingga mendapat jolokan Pengantin 1Malaysia. Sejarah itu bukan sahaja bagi kampung Bundusan malah sejarah pertama bagi Daerah Papar. Anak pasangan Sairin dan Radiah ialah Mohd.Nazmi Sairin dengan pasangannya Cik Nur Aisyah Liew Abdullah(China);Mohd Nizal Sairin dengan pasangannya Cik Anisah Ahmad(Brunei); Mohd Nizam Sairin dengan pasangannya Cik Norafezah Abd.Rahman(Bajau) sementara Cik Noraziarah Sairin dengan pasangannya Jasly Lontoh(Murut). Hadirsama meraikan pasangan-pasangan pengantin itu Timbalan Menteri Kesihatan,Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin merangkap Ahli Parlimen papar dan Ketua Puteri UMNO Malaysia;Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan,Datuk Haji Ghulam Haidarhaidar@Yusof bin Khan Bahadar merangkap ADUN Kawang; Pemimpin Unit Kemajuan rakyat Dun Kawang,Encik Juil Nuatindan Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Parlimen papar. Encik Sairin yang juga salah seorang kakitangan UPKR Kawang,mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para pemimpin,sanak saudara,sahabat handai dekat dan jauh yang turut meraikan majlis malam berinai dan majlis persandingan itu.Oleh:ARSHAD HUSSIN

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


WikiSabah News: <b>Penampang</b> State Library being left to rot

Posted: 23 May 2012 02:32 AM PDT


PENAMPANG - Sabah Progressive Party (SAPP) has criticised the State Government for leaving Penampang State Library building to rot.

Information Chief, Chong Pit Fah said that with the present state of the building at Donggongon Town, it would not be long that another state library building is declared unsafe.

"We are puzzled why the government is not bothered with the upkeep of an important facility for the Penampang district. Kota Kinabalu City has already lost its library.

He said the Penampang library building was in terrible shape with signs of its foundation sinking such as the cracks on the walkway besides the building.

"There are also holes here and there on the roof gutter, bird's soil on the window glasses. It is really shameful to have this very important facility being left in a horrible situation," he said.

The walls are cracking, the drainage covers missing and even the road going to the library is full of pot holes, he said.

Chong said the library is catering to thousands of students in the Penampang vicinity and it's the nearest for them after the Kota Kinabalu City Library had been closed down as it was declared unsafe.

"This is another example of the Barisan Nasional (BN) apathetic attitude towards the need of the people," he said.

"Will the Penampang folks have to go to the Megalong shopping complex to go to the library, just like what happened to the Kota Kinabalu State Library, which had been moved to the Suria Sabah mall?" he asked.

Chong said the government and the local authority concerned must give an explanation for the reason the Penampang State Library building is rotting.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved