ads

Rabu, 18 April 2012

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Shafie Nor: IKS <b>di Papar</b> berkembang hasil bantuan kerajaan

Posted: 18 Apr 2012 03:47 PM PDT

DAYANG Itam Yusof menunjukkan pelbagai kuih tradisional yang diusahakannya di Kampung Laut, Papar, kelmarin. - utusan/Azrul Edham Mohd. Aminuddin
PAPAR, RABU, 18 April, 2012: Dahulu hidupnya sekeluarga agak susah. Semuanya bergantung harap kepada suami, Abidin Ismail yang mencari rezeki sebagai nelayan.
Apabila laut tenang, adalah habuan untuk sekeluarga, tetapi sebaliknya apabila arus bergelora.
Walaupun sehari suntuk mempertaruhkan nyawa di tengah lautan, hasil tangkapan tidak selalunya lumayan.
Demi untuk membesarkan anak-anak seramai tujuh orang, Dayang Itam Yusof, 61, dari Kampung Laut di sini turut membuat kerja sampingan dengan mengambil upah menjahit baju dan membuat kerja-kerja kampung lain. Namun, ia masih tidak mencukupi.
Berkat sokongan suami tercinta dan anak-anak, beliau memulakan perniagaan membuat kuih tradisional seperti kuih lidah, cincin dan belacan secara kecil-kecilan dengan modal permulaan hanya sekitar RM200 sahaja. - UTUSAN

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


<b>Di</b> sebalik Banjaran Crocker, ada <b>Tenom</b> « apaipictures | wedding <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2012 07:12 AM PST

Salam ..jumpa lagi,

Macam dh janji kat entri lepas, nak cerita pasal trip ke Tenom Sabah pulak kan. Kira sehari lepas balik dari Kuala Selangor, saya dan Ayangku terbang ke Negeri Di Bawah Bayu pulak..25hb December iaitu cuti Krismas. 2 entri sebelum ni kan cerita pasal wedding di Tenom, Sabah..kira saya bwk Ayangku teman buat kerja la..sambil menyelam minum air..hehe. Trip kali ni disertai rakan photographer dari Kluang, Bob dan Bob naik flight dari Senai. Patut kitaorg jumpa kat airport KK je tapi sebab kami sampai awal dan tak sanggup nk tunggu kat airport KK (T2) lama-lama.. jadi bergeraklah kami ke shopping mall terbesar di Kota Kinabalu..1 Borneo. Jalan-jalan dan makan2 sementara tunggu Bob sampai dan nak dijadikan cerita, boleh pulak terserempak kawan Ayangku, Hatta dan Watie. Pasangan suami isteri ni dulu coursemate ayangku masa kat UM dan diaorg skg bertugas di Hospital Keningau. Keningau ke Kota Kinabalu ni ambik masa 2 jam perjalanan dan mereka datang sebab takde nak buat ape kat sana masa cuti Krismas.. gagah betul la :)

Bila Bob dah sampai, saya call Mira dan diaorg datang jemput di 1Borneo. Mira datang naik 'bas' sebab nak jemput lagi 2 orang kawan dari Sarawak. Jadi kami pun gerak ke airport KK (T1) untuk pickup kawan Mira ni dan terus sambung perjalanan. Ade 2 jalan kalau nak ke Tenom ni..satu kira jalan dalam yg amik masa lebih kurang 4 jam nak sampai dan satu lagi jalan highway yg ambik masa 2 jam lebih. Kami ikut jalan dalam sebab owner 'bas' tak bagi ikut jalan highway..kedua-dua jalan sebenarnya akan merentas Banjaran Crocker, cuma jalan highway lebih curam. Yang pasti pemandangan sepanjang Banjaran Crocker ni memang SUPERB.. view gunung-ganang, awan tebal memutih, sungai jernih yg deras dan kawasan padi bukit jadi santapan kami sepanjang perjalanan..memang agak 'bengkok' la pinggang kan tapi takpe sebab ini pengalaman yang jarang-jarang nak dapat. Maha Besar Allah !!

Sampai di pekan Tenom pun dah gelap dan terus check-in di hotel yg Mira dah booked awal2. Saya secara peribadinya menilai negeri Sabah sebagai negeri yang cantik dan sejuk mata memandang tapi kekurangan Sabah rasanya dari segi menu makanan. Belum ade lagi makanan yg betul-betul saya suka di Sabah selain drp chicken wing dan cakoi. Jadinya, setiap kali melawat Sabah..tak perlu nak susah payah carik makan sedap-sedap, cukup sekadar nak isi perut je. 26hb esoknya, saya jalankan tugas di majlis perkahwinan Mira ..begitu jugak Bob yg bertugas untuk adik Mira iaitu Melly. Terima kasih untuk Ayangku yang bertindak sebagai backup dan penghargaan terbesar dari suamimu ini sebab sudi teman dan sporting sepanjang majlis berlangsung.

Memang satu pengalaman yang menarik untuk melihat majlis dari suku kaum lain yang sangat2 'rare' dari segi suasana dan budaya. Kira berbaloi rasanya perjalanan naik turun bukit Banjaran Crocker selama 4 jam tuh..hehe. Kalau ade kesempatan, mungkin saya boleh tiba lagi di sini. Hari kedua ni tak banyak benda boleh buat sebab majlis berlangsung sampai ke malam. Esoknya baru la dpt peluang bawak Ayangku dan Bob jalan-jalan sekitar pekan Tenom. Tenom ni memang terkenal dengan hasil kopinya. Kami ke Fatt Choi Coffee House untuk sesi merasa kopi dan kunjungan kami disambut baik oleh petugas kat situ..dpt rasa kopi dan dapat ilmu sekali. Untuk pengetahuan, ayangku nie mmg penggemar kopi sampai beliau takkan boleh mula kerja setiap hari sebelum minum kopi dulu. Cuma sayang, kopi sedap-sedap kat Malaysia ni semua mahal. Kopi Tenom ni memang best dan harga pun murah..bayangkan pek yg sama kalau jual kat airport berharga RM20 tapi kat sini diaorg jual RM8 jek.. Kira dapat la beli sikit untuk keluarga kat Semenanjung rasa nanti. Lepas tu, kitaorg raya-rayau sekitar pekan Tenom dan decide untuk balik ke Kota Kinabalu sebab dah takde ape rasanya nak buat kat Tenom. Hajat nk layan white water rafting kat Sungai Padas, tapi rasanya terlalu ekstrem untuk Ayangku. Lain kali, insyaAllah.

Kitaorg hanya dapat cari teksi ke Keningau dan kemudian sambung teksi lain ke KK sebab itu jek cara kalau nak balik on time. Bas dari Tenom hanya ade sekali je sehari tapi kena tunggu sampai pukul 4 petang. Masa balik kali ni kami lalu jalan highway pulak dan driver ni dulu pemandu lori balak kat jalan yang sama..sejarahnya menurut pakcik driver teksi, laluan ni adalah laluan lori balak dan pihak kerajaan beli sebab nak buat highway. Lagipun, pembalakan dah dikawal ketat sekarang. Untuk kami yang pertama kali ni, memang mencabar gak la sebab jalan dia curam dan agak berliku.. pada satu-satu masa, macam satu level dengan awan je rasa. Pakcik driver pun bermurah hati nak berhentikan teksi sekejap untuk kami amik gambar. Dan beliau lebih 'bermurah hati' bila tiba-tiba berhentikan kereta tengah jalan..pasti biar kereta jalan sendiri semata-mata nak buktikan hukum fizik yang kereta dia boleh bergerak sendiri masa naik bukit walaupun tengah free gear. Huishhhh…entah berapa kali saya dok toleh belakang takut2 ade kereta ke, bas ke..lori ke yang datang ke arah kitaorg. Jangan buat lagi la Uncle eh…

Alhamdulillah, selamat sampai di KK jugak akhirnya dan kami check-in kat Federal Hotel untuk satu malam. Sempat la layan makan kat Pasar Philippine malam tu. Ayangku pun nak shopping sikit barang-barang souvenir kat Pasar Kraftangan. Sebab penat masa perjalanan balik siang tuh, kami balik hotel awal untuk beradu. Pagi esoknya, sambung jalan sikit lagi sekitar bandar KK dan saya terfikir nak ambil gambar pemandangan panorama dari atas Bukit Bendera sebab sebelum ni saya pernah dengar ade lookout point dari situ yang kita boleh tengok pemandangan sekitar bandar KK.

Di sini sekali lagi ade pengalaman menarik saya yang harus kita sama-sama jadikan iktibar. Ceritanya masa sibuk-sibuk tanya orang kat kawasan Padang Merdeka..macam mana cara nak ke Bukit Bendera Lookout Point. Pakcik-pakcik situ cakap biasanya orang pergi naik kereta sebab kalau jalan kaki, agak jauh gak dan konpem "barpaluh la katiak kau nanti..". Dan tiba-tiba ade sorang lagi pakcik tegur tanya nak pergi Bukit Bendera ke? Pakcik ni namanya Yahya Othman..tukang sapu sampah Majlis Bandaraya Kota Kinabalu. Bila kitaorg ckp, takde transport nak ke sana dan memang nak pegi jalan kaki je, dengan tak buang masa beliau jemput kami ke kereta beliau. Dalam kereta Perodua Viva biru beliau tu ade banyak perkakas lain..tapi beliau sudi kemaskan dan letak kat luar dulu..semata-mata nak bagi kami tumpang. Dan kami diberi tumpang sampai ke atas Bukit Bendera.. siap boleh tunggu pulak tu..dan sambil tunggu kami tangkap2 gambar..beliau duduk di tepi baca kitab, rasanya Al-Quran. Saya dah serba salah sebab bila nak balik tuh, beliau offer pulak nak lawat Kompleks Sukan Likas..Menara Yayasan Sabah..lepas tu cakap lain kali kalau datang KK, carik dia sebab dia tolong ikhlas. CEritanya dulu dia ade sahabat seorang cikgu yg berasal dari Semenanjung yg selalu tolong beliau. Tapi sebab dulu pakcik ni susah dan dengan berbuat mcm ni, pakcik Yahya rasa boleh membayar balik hutang budi beliau..cuma perlu selalu berbuat baik.

Nampak kan moralnya di sini.. betul-betul ajar saya supaya jangan menilai orang lain dari paras rupa luaran. Jujurnya masyarakat kita sekarang.."Hish, pakcik keje sapu sampah ni..malas aku nak dekat la, mesti busuk ni". Kalau tak semua, saya boleh kata kebanyakan kita suka memandang jelik begini. Tepuk dada tanya selera.

Untuk pakcik Yahya, budi pakcik saya dahulukan dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga. Saya sanjung keperibadian pakcik..dan insyaAllah saya cuba jadikan contoh di masa-masa akan datang.

Kat bawah ni selingan sikit la sebagai penghargaan untuk Air Asia.. sebab motto "Everyone Can Fly" tu sekurang-kurangnya berjaya pada saya. Secara peribadinya, memang nampak banyak kemajuan la setidak-tidaknya untuk golongan "tak berapa berduit" cam saya nie. Hebat formula Tony Fernandes yang sekarang ni dah ade team F1 sendiri dan pemilik sebuah kelab bolasepak EPL. Rekaan kapal terbang pun 'catchy'..tabik spring untuk tuan.

Special thanks to Mira, Jesse, Melly and family for their trust and for this opportunity. Hope we can have a business again :)

Oh ye.. 'bas' yang kami naik tuh sebenarnya sebuah van.. dah org sana panggil BAS :p

Tags: , , , , , , , , , , ,

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


KES PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) <b>DI</b> SABAH <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2012 06:59 PM PDT

Kes HFMD Di Sabah Meningkat Lebih 100 Peratus Dalam Seminggu

KOTA KINABALU, 9 April (Bernama) -- Kes-kes terbaru penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sabah meningkat lebih sekali ganda (112.5 peratus) dalam tempoh seminggu berakhir semalam kepada 68 berbanding 32 kes minggu sebelumnya.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata jumlah kes setakat ini sejak awal tahun ini adalah seperti berikut:

Penampang mencatatkan kes tertinggi dengan 106, diikuti Kota Kinabalu (71), Tambunan (56), Keningau (45), Tuaran (38), Tenom (30), Putatan (26), Beaufort (20), Pitas (14), Papar (11), Kuala Penyu (lapan), Kudat (enam), Beluran dan Tawau masing-masing lima kes, Sipitang (empat), Semporna (tiga) dan Kota Marudu (tiga) dan satu kes di Nabawan.

"Setakat ini tiada kes kematian dilaporkan akibat HFMD," katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Rosnah berkata jumlah mereka yang dimasukkan wad setakat ini sebanyak 26 orang iaitu lapan kes di Hospital Likas, lima di Hospital Papar, masing-masing empat kes di Hospital Beaufort dan Hospital Kudat, dua di Hospital Tawau dan satu masing-masing di Hospital Tenom, Hospital Pitas dan Hospital Sipitang.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Sabah Fest 2012 Press Conference | <b>Kota Kinabalu</b> Car Rental

Posted: 18 Apr 2012 01:07 AM PDT

Sabah Fest 2012 Press Conference

YB Datuk Masidi Manjun during the Sabah Fest 2012 press conference which was held in Le Meridien Hotel,  Kota Kinabalu on the 17th April 2012.

YB Datuk Masidi Manjun ketika menghadiri sidang akhbar  Pesta Sabah 2012 yang telah diadakan di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu pada 17 April 2012. 


Full story at http://kepkas.sabah.gov.my/2012/04/18/sabah-fest-2012-press-conference/

Both comments and pings are currently closed.

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


TYT <b>NEGERI SABAH</b> TO ATTEND CLOSING CEREMONY WITH <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2012 01:09 AM PDT

KOTA KINABALU – SABAH'S first international cycling road race – Tour of Borneo which will start from Semporna on April 27 will receive a premier touch at the closing ceremony in Kota Kinabalu on May 1.

Tour of Borneo (ToB) Organising Chairman, Dato' Fredie Sua confirms that Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin will grace the event with Honorary Patron, former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad to officiate the closing ceremony of the inaugural edition of the five-stage tour.

ToB Organising Committee presented a Special Invitation to Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah at a press conference held in the Royal Palace today.

Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin upon receiving the invitation, also confessed to being a cycling enthusiast, having officiated and assisted in district level cycling competitions during the period as Member of the Malaysian Parliament for Kinabatangan.

"I am very happy to be a part of this historical event, this race will bring great improvement in the development of cycling in Sabah and I would really like to see our boys take the spot on the podium."

"I hope that through Tour of Borneo, the people, especially fans of cycling in this country will be able to feel the excitement of a cycling tour, at the same time highlighting the uniqueness of the rich culture and our friendly hospitality to the competitors and officials from overseas who will be here for the first time in Sabah," he added.

During the press conference, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah also witnessed a cheque handover from Datuk Lau Chen Kiong, Chairman of Sutranah Development  Sdn Bhd from Sarawak to Tour of Borneo organizer.

Dato' Fredie also confirmed that all parties involved have pledged their commitment and it is all systems go for the inaugural race. "To ensure the success of the first edition of Tour of Borneo, all government agencies at state and district level have agreed to fully commit to ensure the smooth running of the race and also hype up all the host venues especially at the start and finish locations."

"20 professional teams consisting of continental, national and club teams from all over Asia, including Malaysia, Europe, America, Australia and New Zealand have confirmed their participation and will be accompanied by over 520 race officials," Dato' Fredie added.

Tun Dr Mahathir as the race's Honorary Patron is also seen as the highest level of recognition for Tour of Borneo as the former Prime Minister was the man who inspired Le Tour de Langkawi (LTdL) 17 years ago, the tour has now been recognised as one of the most popular race in the world and Asia and successfully introduced Langkawi Island and Malaysia to the world.

The 2.2 category Tour is sanctioned by the International Cycling Union (UCI) and is listed in UCI Asian Tour calendar, it is hoped to promote Sabah as the ultimate sports tourism destination in Malaysia, and promote cycling in the state.

Tour of Borneo covers a total distance of 758.4 kilometer, will start from Semporna and will pass through pictureque locations of Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Sepilok, Kundasang and ends in Kota Kinabalu.

Stage 4, the longest stage covering 214.8 kilometers from Sepilok to Kundasang, , is considered the most challenging due to the level of difficulty of the ascent through panoramic views of the foothills of Mount Kinabalu, it will become a household name among the riders who compete in the race, and could be labeled as the race's 'queen stage' – like the climb to Genting Highlands for Le Tour de Langkawi.

In addition to a challenging route, Tour of Borneo will also held at a time of various festivals held in Sabah such as Regatta Lepa Lepa, Sabah Fest and Borneo International Marathon, providing an opportunity for fans from within and outside the country to experience the joy of a holiday in the state.

Tour of Borneo will be monitored by UCI President Commissaire from New Zealand, Zac Prendergast. The organizer's main objective is to promote interest in cycling among the younger generations in Sabah, and expose Malaysian riders to more international level competition, thus contributing to the development of cycling in Malaysia.

The 20 teams confirmed for Tour of Borneo 2012 :

1.         Team Genesys Wealth Advisers (AUS) – Continental Team

2.         OCBC Singapore Continental Cycling Team (SIN) – Continental Team

3.         Tabriz Petrochemical Team (IRI) – Continental Team

4          Suren Uzbekistan Team (UZB) – Continental Team                                             

5.         CCN Cycling Team (BRU) – Continental Team                   

6.         Terengganu Cycling Team (MAS) – Continental Team

7.         Kazakhstan Cycling Federation (KAZ) – National 

8.         Brunei Darussalam National Team (BRU) – National

9.         Malaysian National Team – National

10.       Pure Black Racing Team (NZL) – Club       

11.       Team Plan B (AUS) – Club   

12.       Polygon Sweet Nice (INA) – Club    

13.       Putra Perjuangan (INA) – Club                   

14.       7 Eleven By Roadbike Philippines (PHI) – Club

15.       Malaysian Armed Forces – Club     

16.       Kuala Lumpur – State

17.       Negeri Sembilan – State       

18.       Pahang – State           

19.       Selangor – State        

20.      Sabah – State

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Terminal Sejahtera Pertama Di Sabah Diwujudkan <b>Di Penampang</b> <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2012 11:54 PM PDT

KOTA KINABALU  — Penampang menjadi bandar pertama di Sabah yang menerima manfaat daripada Program Terminal Sejahtera, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Raja Zainal Abidin.

Katanya Terminal Sejahtera Penampang kini dalam fasa akhir pembangunan dan akan mula beroperasi tidak lama lagi.

"Harapan saya ialah agar terminal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah dan miskin, terutama anak-anak yang akan menduduki peperiksaan penting," katanya pada Program Ziarah Kesejahteraan Bandar di Penampang dekat sini Isnin.

Beliau berkata pembangunan terminal itu dibiayai melalui peruntukan RM890,000 yang disalurkan oleh kementeriannya kepada Majlis Daerah Penampang tahun lepas.

Selain Penampang, katanya enam terminal dibangunkan di sekitar Kuala Lumpur, manakala 10 lagi di bandar lain.
– BERNAMA

Short URL: http://www.suaragenerasibaru.com/?p=12457

sabahkini.net: <b>PENAMPANG</b> NIKMATI LIMPAHAN PEMBANGUNAN <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2012 06:23 PM PDT


Oleh : SITI ZUBAIDAH ABDULLAH

"Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan" menurut anak tempatan Penampang berusia 38 tahun, Reginald Kevin Langsing. Berbekalkan pengalaman selama empat tahun di beberapa syarikat grafik dan percetakan, ahli perniagaan Kadazan-Dusun ini mencipta kejayaan demi kejayaan dalam bidang itu selepas mendapat bantuan kerajaan di bawah program keusahawanan bagi perniagaan Industri Kecil Dan Sederhana (SME).

Anak sulung daripada enam adik-beradik, Kevin berkata beliau berani untuk menceburi bidang perniagaan grafik selepas kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) memperkenal pelbagai program untuk membantu usahawan muda.

"Saya menceburi bidang grafik kerana minat mendalam sejak dulu. Saya pernah menimba pengalaman di beberapa syarikat selama empat tahun sebelum membuka syarikat sendiri," kata Kevin yang berasal dari Kampung Inobong, Penampang kepada Bernama.

Beliau berkata Penampang kini banyak berubah kesan daripada pelbagai program pembangunan kerajaan negeri BN dan beberapa projek Petronas.

Bantuan Kerajaan, Transformasi

Kevin berkata beliau gembira dengan pemberian RM100 kepada anaknya di sekolah rendah.

"Wang itu merupakan bantuan persekolahan RM100 yang diberikan kerajaan kepada semua pelajar. Ini menunjukkan kerajaan amat prihatin terhadap nasib rakyat tanpa mengira kaum dan pendapatan," kata Kevin yang menasihatkan anaknya supaya menyimpan wang itu di dalam Bank Simpanan Nasional (BSN).

"Emak mentua saya pun yang terlantar sakit di Papar, turut menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, walaupun tidak memohon," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan Kevin sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat yang mengotakan janji.

"Bila Najib kata rakyat didahulukan, beliau benar-benar menunjukkkan yang rakyat harus didahulukan," katanya merujuk kepada program yang boleh meringankan beban rakyat seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Kevin berkata tahap keselamatan di Penampang dan kawasan sekitarnya juga bertambah baik melalui usaha mengurangkan kadar jenayah di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kerajaan.

"Anggota polis dan RELA sentiasa ada mengawasi dan meronda siang dan malam...jadi pekerja-pekerja saya tidak takut bertugas pada bila-bila masa," katanya.

Katanya penduduk Penampang dilihat lebih bersemangat sejak Najib menjadi perdana menteri dan amat berpuashati dengan pelbagai program bantuan kerajaan.

Kerancakan Ekonomi

Pandangan Kevin turut disokong pesara kerajaan Paul Soon, 54, dari Kampung Hungap, Penampang.

Beliau berkata pembangunan pesat berlaku di kebanyakan kawasan di Penampang.

"Contohnya di tempat saya, di Kampung Hungab, yang mempunyai penduduk paling ramai di daerah Penampang, sejak lima tahun lepas banyak (pembangunan) terutama infrastruktur dijalankan," kata Paul yang menetap selama lebih 20 tahun di Penampang.

Harin Chei An, 63, dari Kampung Terawi berhampiran Kepayan, turut menyambut baik semua langkah kerajaan menyediakan kemudahan asas, seperti jalan raya, elektrik dan air, di kawasan itu.

"Kepayan sudah jauh maju. Kalau dibandingkan dahulu, hanya ada rumah-rumah kampung sahaja, tetapi sekarang sudah banyak bangunan tinggi, kedai-kedai dan kawasan perumahan," katanya

Beliau berkata Najib ialah pemimpin mesra rakyat kerana itu beliau sentiasa berusaha untuk memuaskan semua lapisan masyarakat, termasuk warga emas dan mereka yang tinggal di kawasan pedalaman Sabah, dengan menyediakan pelbagai bantuan dan infrastruktur.

"Pendekatan seumpama ini yang diperlukan rakyat," katanya.

Program Baik Pulih Rumah

Christina Saraja, 82, cukup terharu kerana masih ada pihak yang sudi membaik pulih rumah usang yang didiami bersama mendiang suaminya sejak mendirikan rumah tangga kira-kira 60 tahun dahulu.

"Saya berasa terharu dengan keprihatinan kerajaan untuk membaik pulih rumah saya yang telah usang ini...tiada apa dapat saya luahkan kecuali ucapan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kerana sudi menghulur bantuan kepada saya," katanya.

"Kerajaan amat mengambil berat ke atas penduduk seperti saya," kata Christina dari Kampung Putaton, Penampang.

Ibu kepada dua anak itu, antara 34 keluarga yang menerima bantuan melalui program Baik Pulih Rumah Rakyat Miskin anjuran Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd, Yayasan Salam Malaysia dan pemimpin BN di Penampang.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Margaret Leng Tsudai, 82, dari Kampung Inobong turut terharu dengan bantuan BR1M daripada kerajaan BN.

"Saya dapat BR1M itu...saya boleh buat belanja sendiri...saya beli beras dan makanan harian lain," katanya yang mempunyai 12 anak. Margaret juga menerima bantuan RM300 sebulan daripada kerajaan negeri BN.

Seorang lagi ibu tunggal, Josephine Matthew, 64, dari Kampung Monsipiad berkata kehidupannya kini bertambah baik berbanding beberapa tahun lalu.

"Sejak kematian suami empat tahun lepas, saya berniaga sayur-sayuran untuk mendapat belanja sendiri...walaupun pendapatan tidak seberapa tapi saya boleh lagi menampung kehidupan tanpa susahkan anak-anak," katanya.

Transformasi Pembangunan Penampang

Menurut laman web DPinfo atau 'Daerah Penampang Information', kawasan Parlimen P.174 Penampang mempunyai keluasan 411.47 km persegi dan mempunyai lebih daripada 130,000 penduduk. Kadar pertumbuhan purata tahunannya sebanyak 4-5 peratus.

Penampang merupakan daerah paling terkenal di negeri Sabah berikutan daerah itu terletak di Residensi Pantai Barat dan hanya 11km dari Kota Kinabalu.

Tan Sri Bernard Dompok yang juga Presiden Pertubuhan Bersatu Pasokmomogun Kadazandusun Murut (Upko), menang kerusi Parlimen Penampang pada pilihan raya umum 2008.

Pada satu majlis di Penampang, Dompok berkata BN bertanggungjawab merubah Penampang di bawah pelbagai program transformasi kerajaan dan transformasi ekonomi.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved