ads

Selasa, 28 Februari 2012

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Batu <b>di Semporna</b> | tuahlensa.com

Posted: 30 Nov 2010 05:15 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Semporna was founded soon after the British North Borneo Company established Sandakan,asas and initially settled by Chinese traders. The name Semporna, means place of rest, and was given after the British quelled ...

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Guru <b>Di Lahad Datu</b> Mangsa Panas Baran Suami | Anjung Maya

Posted: 17 Jan 2012 06:44 AM PST

ALOR SETAR: Seorang guru yang tidak tahan didera secara mental dan fizikal, termasuk dipukul dan diugut akan disembelih oleh suaminya yang terlalu cemburu dipercayai akibat pengaruh dadah, meminta jasa baik Kementerian Pelajaran membantu segera masalah perpindahannya ke Semenanjung dari Lahad Datu, Sabah atas faktor keselamatan

Guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah St Dominic, Lahat Datu, Siti Muniroh Mohd Shukri, 31, nekad melarikan diri bersama seorang anak lelakinya, Al Mustaqim Aldin yang berusia sembilan bulan selepas tidak tahan menanggung keperitan bersuamikan lelaki baran, cemburu dan sering berhalusinasi, terutama bila berada di bawah pengaruh dadah.
Sebelum melarikan diri, Muniroh yang berasal dari sini pernah berbincang dengan guru besar sekolah berkenaan dan tindakannya itu turut mendapat bantuan kakak ipar dan ibu mentuanya yang membelikan tiket penerbangan supaya dia boleh pulang ke Semenanjung.
Selain itu, beliau juga membuat laporan polis di Lahad Datu sebanyak dua kali selain ke Mahkamah Syariah untuk menuntut cerai. Siti Muniroh kini dalam proses menuntut fasakh di Mahkamah Syariah, Alor Setar.

Muniroh berkata, beliau dipukul, dikurung, dimalukan dan tidak dibenarkan menjalankan tugas sebagai guru, selain dibelenggu masalah hutang dengan along dan bank melalui pinjaman peribadi serta kad kredit yang dibuat oleh suaminya.

"Suami saya yang terjebak dengan dadah sekitar 2010 selepas kami berkahwin pada Jun 2009. Dia sangat cemburu hingga sanggup mengurung dan memukul saya saban hari hanya kerana saya bercakap dengan lelaki, termasuk dengan abang iparnya dan saudara maranya sendiri.

"Dia juga meminjam dengan along, memohon kad kredit dan beli kereta guna nama saya secara paksa. Selepas itu, dia paksa saya jelaskan pula hutangnya, jika tidak saya jadi mangsa terajang dan disepak.
"Sikap cemburunya pula semakin menjadi-jadi bila dia di bawah pengaruh dadah. Dia akan tuduh ada lelaki lain masuk ke rumah, sedangkan hanya saya dan dia saja yang ada ketika itu. Disebabkan cemburu juga, dia menutup semua lubang termasuk lubang paku pada dinding rumah kerana merasakan ada orang mengintai kami," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Siti Muniroh berkata, apa yang diinginkannya sekarang adalah Jabatan Pelajaran membantunya untuk berpindah ke mana-mana tempat di Semenanjung kerana dia masih sayangkan kerjanya selain ia adalah minatnya sejak kecil.

"Saya pernah menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah di tempat saya mengajar, namun maklum balas diterima kurang baik apabila pegawai di sana berkata bukan masalah saya saja yang dia kena selesaikan.

"Saya juga membuat permohonan secara dalam talian kepada guru besar dan Jabatan Pelajaran Sabah, selain bertemu pegawai jabatan itu di sini serta kaunselor," katanya.-Berita Harian

Tags: , , ,

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


BORNEO DIGEST: UCAPTAMA DATUK MUSA <b>DI KENINGAU</b> <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2012 06:22 PM PST


KENINGAU (Sabah Malaysia): Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj. Aman akan menyampaikan ucaptama di Majlis Penerangan Perdana Peringkat Zon 4 di Keningau pada 26 Febuari ini.
   Zon 4 terdiri daripada Umno Bahagian Keningau, Pensiangan, Ranau dan Tenom.
   Pengerusi majlis itu Datuk Sairin Hj. Karno memberitahu, seramai 3000 orang akan menghadiri majlis itu yang akan diadakan di Dewan Masyarakat Keningau.
   Sairin yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah memberitahu, dua kertas kerja yang masing-masing bertajuk – Dasar Kerajaan dan Pembangunan Negara serta Isu-isu semasa Negara akan disampaikan pada majlis yang diadakan seawal jam 8 pagi itu.
   Beliau berkata, majlis itu amat penting kerana banyak isu-isu yang dikupas dan dijelaskan kepada rakyat sebelum menghadapi pilihanraya ke-13, yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa daripada sekarang.
   Orang ramai khususnya yang tinggal di sekitar Keningau dan seluruh Zon 4, adalah dijemput untuk menghadiri majlis itu. 

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Santai: Percutian <b>di Kota Kinabalu</b> - 1 | mylifemyprimaryplan

Posted: 09 Feb 2012 06:02 AM PST

Apa khabar anda semua, saya doakan semoga sihat dan sejahtera. Minta maaflah kerana saya telah bercuti panjang. Niat untuk mengupdate blog tu ada, tapi disebabkan percutian di Sabah dan di agak sibuk dengan aktiviti percutian jadi tidak sempat untuk mengupdate blog. 
Jadi di entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tempat - tempat menarik yang telah sempat saya lawati semasa berada di Sabah selama 4 hari 3 malam. 
Perjalanan bermula pada hari Khamis minggu lepas, saya telah menaiki penerbangan Air Asia dari LCCT pada pukul 6.45 pagi. Perjalanan ke Kota Kinabalu mengambil masa 2 jam 30 minit. Akhirnya pada pukul 9.20 pagi, saya selamat sampai ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
Lapangan terbang tidak sibuk sebab hari bekerja.
Sampai di sana, kami terus ke kaunter Teksi untuk ke hotel. Tambang teksi dari lapangan terbang Terminal 2 ke hotel RM30. Perjalanan lebih kurang 15 - 20 minit, jalan sangat lancar dan tidak ada kesesakan langsung. Pemandu teksi pun sangat peramah, tidak sedar sudah sampai ke Le Hotel. 
Lokasi hotel ini sangat strategik, berhampiran dengan laut dan pasar kraftangan, pasar ikan masin dan pasar besar Kota Kinabalu. Saya pun check in hotel, meletakkan beg di dalam bilik dan pengembaraan bermula... :)
Saya menginap di Le Hotel, bilik menghadap laut...sisi saja...best :D
Perkara pertama yang saya lakukan bersama 2 orang lagi kawan ialah mencari kedai makan terlebih dahulu. Kami memerlukan tenaga untuk berjalan - jalan, jadi kita makan dulu. Kami makan di sebuah kedai mamak, pesan nasi ayam...sedap...sambal pun rasanya agak lain dari nasi ayam di semenanjung, lebih masam dan pedas.
Selesai makan, kami pun memulakan langkah ke pasar kraftangan, hajat pada mulanya, mahu tengok - tengok dahulu barang apa yang ada di sini, survey harga, esok - esok dah nak balik baru beli barang yang berkenan di hati. Nampaknya plan tersebut tidak menjadi, hari pertama sahaja, kami menghabiskan masa lebih kurang 5 jam di pasar ini, beli macam - macam barang. Macam esok dah nak balik ke KL semula saja. Padahal baru hari pertama sampai di Kota Kinabalu. 
Memang menjadi kegemaran, para wanita
berbagai - bagai barang terdapat di sini.
Hari pertama di Kota Kinabalu kami habiskan di pasar kraftangan sahaja. Lebih kurang pukul 3.30 petang, kami pulang ke hotel. Kaki dah sakit, dah tak larat nak berjalan baru ingat nak balik. Malam selepas maghrib, kami keluar untuk makan seafood. Lepas makan, balik hotel memang tak de fikir lain dah, nak tidur je. Esok perlukan tenaga untuk aktiviti seterusnya.
Makan seafood..di tepi laut...memang menyelerakan :)

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved