Kuasa Pemimpin dan Politik Malaysia PRU 13

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

banjir di sandakan | mangsa banjir kekal di sandakan | penempatan baru di rompin | Banjir di rompin | banjir di sandakan dan rompin | banjir kekal di sandakan di rompin |

Berita tentang banjir kini menjadi isu hangat media berikutan kini mulai naik ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan  Johor Bahru.

Di Sandakan, walaupun air sungai Gum-Gum mula surut, tetapi mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan Serbaguna Gum-Gum Batu 16 masih belum dibenarkan pulang kerana khuatir sekiranya aras air akan meningkat secara tiba-tiba.

Seramai 341 orang daripada 99 buah keluarga merupakan antara mangsa yang terpaksa ditahan di Dewan Serbaguna tersebut.

Berdasarkan Jurucakap Pusat Operasi Banjir Majlis Perbandaran sandakan, beliau berkata sehingga kini hujan kadang-kadang lebat yang berlaku di daerah ini berterusan  sehingga hari khamis ini.

Manakala banjir di empat buah kampung lain iaitu Jaya Bakti, Sungai Memanjang, Menanggol, dan Garinono sudah surut sepenuhnya.

Katanya lagi, anggota polis dan RELA akan meneruskan rondaan berkala secara bergilir-gilir untuk melakukan pemantauan keselamatan ke atas rumah mangsa banjir yang ditinggalkan bagi mengelakkan kejadian pecah rumah dan kecurian.

Sementara itu di Kuantan, sebuah lagi penempatan mangsa banjir di Rompin telah dibuka. Walaupun jumlah mangsa banjir telah berkurang daripada 655 kepada 618 sekitar jam 4 petang tadi. Penempatan baru yang dibuka sekitar tengah hari tadi ialah di Sekolah Kebangsaan Pianggu dan menempatkan seramai 231 mangsa banjir.

Selain itu, seramai 247 mangsa banjir sebelum ini ditempatkan di Dewan Orang Ramai Teluk Gading, 119 orang di Pusat Ekonomi Bukit  Serok dan Balai Raya Kampung Rekoh seramai 21 orang. kesemua mangsa yang terlibat berasal dari 11 kampung di daerah itu. 

Sementara itu dua buah kampung yang terputus hubungan darat sejak tengah hari tadi ialah Kampung Mentelong dan Denai.

** Mangsa Banjir Kekal di Sandakan. Sehingga kini tiada lagi kemalangan jiwa yang dilaporkan bagi kawasan Sandakan dan Rompin ini.

_____________________________________________________________________________________________________________________________