ads

Jumaat, 19 Ogos 2011

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Bekalan Elektrik <b>di Tawau</b> Kelas Kedua?

Posted: 15 Aug 2011 07:30 PM PDT

TAWAU – Kenapa rakyat di Tawau dilayan seperti warganegara kelas kedua?.

Itu persoalan yang dilontarkan oleh Anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh yang menganggap mutu perkhidmatan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) masih berada ditahap tidak memuaskan.

Beliau yang mengemukakan persoalan itu menerusi satu kenyataan hari ini mendakwa situasi itu dialami sendiri oleh beliau semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama kira-kira 800 penduduk Pulau Sebatik baru-baru ini.

"Semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama kira-kira 800 penduduk Pulau Sebatik beberapa hari lalu mereka terpaksa berbuka dalam keadaan gelap kerana bekalan elektrik tiba-tiba terputus.

"Saya betul-betul kecewa dengan perkara ini. Kenapa kami rakyat di Tawau dilayan seperti warganegara kelas kedua?," katanya melalui kenyataan tersebut.

Abdul Ghapur berkata,  beliau amat kecewa dengan mutu perkhidmatan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Tawau yang dianggapnya masih tidak banyak berubah.

Malah, dakwa beliau, walaupun syarikat penyedia dan pembekal tenaga elektrik itu pernah berjanji untuk menyelesaikan masalah gangguan bekalan elektrik di Tawau akhir tahun lalu namun kejadian itu masih berlaku.

Dakwanya, beliau turut menerima aduan mengenai masalah gangguan bekalan elektrik di tempat-tempat lain walaupun jangka masanya gangguan tidak terlalu lama.

Justeru, tegasnya, beliau akan membawa perkara itu ke Parlimen supaya kejadian gangguan bekalan elektrik yang banyak membawa kesukaran dan kerugian penduduk di Tawau tidak dibiar berterusan.  – mynewshub.my

Berita Berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved