ads

Isnin, 7 April 2014

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


(2 GAMBAR) Inilah Mangsa Penculikan <b>Di Semporna</b> | Terengganu <b>...</b>

Posted: 03 Apr 2014 08:45 AM PDT

Warga China Gao Huayun yang diculik ketika melancong di Semporna.

Bapa kepada pelancong warga China yang diculik di sebuah resort di Semporna, Sabah menghubungi Stesen Radio 'Shanghai People' bagi merayu mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa untuk menyelamatkan anaknya.

Beliau berkata, anak perempuannya, Gao Huayun, 29, bekerja di sebuah firma Jepun dan memperoleh keputusan cemerlang dalam pengajiannya.

Beliau pada Rabu menerima surat daripada sebuah universiti di Britain bagi memaklumkan bahawa anak perempuannya diterima masuk menyertai program Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA).

Mangsa culik Gao Huayun.

Beliau berkata, Gao berkunjung ke Malaysia bersama rakan-rakan sekuliahnya.

Gao dilaporkan diculik pada kira-kira pukul 10.30 malam Rabu apabila sekumpulan lelaki bersenjata menceroboh masuk ke Singamata Reef Resort.

Mereka turut menculik seorang kakitangan resort warga Filipina.

Menurut stesen radio itu, seorang wanita bernama Xu membuat laporan polis di balai polis daerah Yangpu di Shanghai dengan mendakwa bahawa anak perempuannya diculik di Malaysia. – The Star

Lokasi penculikan berlaku di Semporna.

Kes culik <b>di Semporna</b>, empat ditahan - The Borneo Insider

Posted: 04 Apr 2014 01:30 AM PDT

Mereka tidak mempunyai dokuman perjalanan atau pengenalan diri.

KOTA KINABALU: Empat individu termasuk tiga wanita ditahan, petang kelmarin, bagi membantu siasatan kes culik membabitkan pelajar wanita dari China dan seorang pekerja resort di Singgamata Reef Resort, Semporna, malam Rabu lalu.

Empat individu berusia antara 20-an hingga 40-an terbabit ditahan di resort berkenaan dan difahamkan kesemua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata siasatan terperinci masih giat dijalankan.

"Empat individu itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes culik terbabit," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa, Gao Hua Yuan, 29, pelajar universiti dari China dan seorang lagi pekerja resort berkenaan, Marcy Dayawan, 40, warga Filipina, dilarikan sekumpulan lelaki yang bersenjatakan pistol.

Kumpulan lelaki yang dianggotai tujuh individu lengkap bersenjata itu dikatakan telah datang ke resort berkenaan menggunakan sebuah bot jenis kayu.

Difahamkan juga, kumpulan terbabit turut mengeledah resort berkenaan sebelum melarikan dua mangsa lalu menuju keluar daripada perairan Semporna.

Dipercayai pada masa kejadian itu, seramai 61 individu berada di resort terbabit dengan 59 daripadanya adalah warganegara China, satu daripada Iran manakala seorang lagi merupakan warga tempatan.

Selain itu, seramai kira-kira 47 kakitangan resort berkenaan turut berada di situ ketika kejadian berlaku.

Dalam sidang media kelmarin, Hamza tidak menolak kemungkinan wujudnya orang dalam yang menjadi dalang kes culik terbabit.

Beliau turut percaya penculikan itu adalah culikan rambang dan bermotifkan untuk mendapatkan tebusan atau secara teorinya adalah `kidnapped for ransom' (KFR).-WB

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di kota marudu</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2014 12:02 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

04/02/2014: Sedcovest Holdings Sdn.Bhd bangunkan Empat buah <b>...</b>

Posted: 04 Feb 2014 12:10 AM PST

Empat buah premis perniagaan lagi akan dibangunkan Sedcovest Holdings
Sdn.Bhd. anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) di Kota Marudu, Bengkoka, Pitas dan Kudat.

Timbalan Pengurus Besar Sedcovest Holdings Sdn.Bhd. Mohd Amir Karim
berkata premis itu akan disewakan kepada usahawan bumiputera yang
berhasrat memulakan perniagaan dengan kadar sewa 30-peratus lebih
rendah daripada sewa biasa.

Beliau berkata demikian di Kota Marudu.

Katanya, Sedcovest turut menyediakan pelbagai kursus dan latihan
kepada golongan bumiputera yang berminat menjadi usahawan yang
berjaya. Langkah ini sejajar usaha kerajaan meningkatkan ekonomi dan
mengubah taraf hidup bumiputera ke arah lebih baik sekaligus
mengurangkan kadar pengangguran.

Tahun lepas, sebanyak 52-kursus telah dilaksanakan di 18 daerah
seluruh negeri. Sejak 1997 hingga 2013 juga seramai 22-ribu peserta
dilatih dalam pelbagai bidang kemahiran.

Rtka/Rtka                   (Jane/Tony/Cov)

~mfja~

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


Bendera Israel Berdiri Megah Di Sebuah Resort, <b>Di Tuaran</b> Sabah <b>...</b>

Posted: 06 Apr 2014 11:56 PM PDT


Kecoh dalam alam maya betapa rakaman gambar yang menunjukkan bendera Israel berkibar megah sebaris dengan Jalur Gemilang di suatu resort di Tuaran Sabah sempena "WORLD STEWARDESS CONTEST".

Mengapa bendera zionis Israel dibenarkan berkibar di Malaysia ?, 

Israel adalah sebuah negara haram yang didirikan dengan marampas tanah negara Palestin termasuk membunuh ribuan rakyat Palestin.

Oleh kerana Israel adalah sebuah negara haram, Malaysia mengharamkan rakyat Malaysia memasuki negara haram Israel dan paspot rakyat menulis "prohibition" untuk masuk ke Israel.

Benarkah Malaysia tidak iktiraf Israel ?

Benarkah Malaysia tidak benarkan sebarang hubungan diplomatik dengan Israel ?

Suatu masa dulu bendera Israel pernah dikibar megah di bangunan UMNO .. tidakkah ini satu pengiktirafan oleh BN-UMNO terhadap Israel ?

Apakah ini bukan hipokrasi UMNO ?

Adakah kerana peserta dari Israel juga ada mengambil bahagian ?

- IdaMan

PAS Sabah kecam kibar bendera Israel

PAS Sabah mengecam pengibaran bendera Israel di sebuah resort di Tuaran sempena acara 'World Stewardess Contest'.

"Perkara ini  sangat mengguris perasaan umat Islam Sabah khususnya dan rakyat Sabah secara umum.

"Negara haram Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia, bagaimana mungkin kita boleh benarkan  bendera negara mereka berkibar megah di sini," kata Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling.

Menurutnya, Israel merupakan penjenayah antarabangsa yang telah membunuh dan memerangi negara umat Islam di seluruh dunia.

Justeru, ujar beliau pihak kerajaan sewajarnya mengambil tindakan dan pendirian tegas mengenai perkara itu.

Beliau berkata, Menteri Luar yang berasal dari Sabah, Datuk Seri Anifah Aman harus bertindak dengan segera.

Menurutnya, Malaysia yang mendakwa sebagai sebuah Negara Islam tidak seharusnya membiarkan negara musuh Islam senang-senang masuk dan membiarkan mereka mengadakan atau mengikuti sebarang acara di negeri ini.

"PAS Sabah sekali lagi mengecam tindakan mengibar bendera Israel dan memberi tempoh 24 jam untuk menurunkan bendera tersebut," tegasnya.

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


Senarai Hotel <b>Di Sipitang</b>, Sabah | my.Mustaffa

Posted: 29 Jan 2014 10:32 PM PST

Gerai Sate Di Esplanad Sipitang 1 Senarai Hotel Di Sipitang, Sabah

Sipitang merupakan laluan utama yang menghubungkan Sabah, Sarawak dan Brunei. Ia terkenal dengan menu satenya. Saya sendiri sering kali memandu kereta selama hampir 3 jam semata-mata mahu makan sate di sana.

Sekiranya anda ada berniat untuk bermalam di Sipitang, ada beberapa buah penginapan yang ada. Namun, saya nasihatkan anda bertanya kepada penduduk tempatan penginapan mana yang terbaik kerana saya sendiri tidak pernah bermalam di Sipitang.

Berikut adalah senarai penginapan yang ada di Sipitang;

Venture Reach Sdn Bhd
Juga dikenali sebagai 'Rumah Rehat'
Tel : 087-821655 / 087-821755

Shangsan Hotel Sdn Bhd
No. 9, Jln Datuk Hj Mohd Yassin, Pekan Sipitang, 89850 Sipitang, Sabah
087-82 2853

Hotel Dhiya Esplanad Sipitang
Bangunan TBB Sipitang , 89857 Sipitang
087-821 225

Timah's Motel
Kg. Guruh Guruh, Jln Datuk Mohd. Yassin, 89857 Sipitang
087-821 885

SFI Motel Sipitang
087-802 097

Billion Garden Motel Sipitang
087-822988

Anda perlukan maklumat hotel yang lain? Boleh guna carian di bawah;

p/s: jika ada maklumat tidak tepat mohon maklumkan ya!

Carian Yang Berkaitan:

Mengenai Penulis

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved