ads

Jumaat, 29 November 2013

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di tuaran</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Nov 2013 07:30 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Ansari: Penyokong PKR <b>Tuaran</b> dizalimi Anwar | Cerita-Cerita Kedai <b>...</b>

Posted: 22 Apr 2013 05:08 AM PDT

Oleh CCKK

Dua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding sebagai calon Bebas di kerusi P.170 Tuaran dan N.11 Sulaman, sebenarnya telah direstui oleh Ketua Cabang PKR Tuaran Ansari Abdullah untuk bertanding di kedua kawasan tersebut.

Ansari dalam kenyataannya menjelaskan, tindakan ini diambil sebagai suatu isyarat kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan layanan terhadap penyokong di Tuaran yang disifatkannya sebagai kezaliman yang sukar mereka terima.

Keputusan untuk meletakkan Hj Ali Akbar Kawi di Sulaman dan Erveana Veana Ansari di Tuaran dibuat setelah Anwar gagal menepati janjinya memberikan satu kerusi untuk ditandingi oleh Ketua Cabang.

Ansari

Ansari Abdullah

" Sebaliknya, beliau memberikan kedua-dua kerusi tersebut kepada Datuk Seri Panglima  Wilfred Bumburing yang bukan ahli PKR serta tidak mendapat sokongan penuh oleh ahli PKR Cabang Tuaran." Kata Ansari.

Pada hari penamaan calon di Dewan Seri Sulaman, Cabang PKR Tuaran telah mengemukakan tiga orang calon ahli PKR yang sah termasuk Ali Akbar dan Erveana.

Seorang lagi calon tersebut, Rhodes Panilau yang bertanding merebut kerusi dewan undangan negeri N.11 Kiulu walaubagaimanapun dikekalkan bertanding atas tiket PKR.

Ansari menambah, " Kedua-dua ahli PKR asal ini (Ali Akbar dan Erveana), masuk bertanding untuk memberi peluang kepada ahli-ahli dan penyokong setia PKR, agar dapat keluar mengundi pemimpin yang mereka kehendaki."

Mereka diturunkan untuk menentang calon-calon luar yang bukan ahli PKR, kata Ansari dengan merujuk kepada calon-calon daripada Barisan Nasional (BN), Star, Sapp dan termasuk Bumburing.

Rakyat di Tuaran telah menolak untuk mengundi beliau (Bumburing) kerana kegagalan didalam membawa kemajuan serta mengatasi kemiskinan semasa menjadi ahli parlimen penggal lepas, ujar Ansari lagi.

Pada masa yang sama, katanya lagi , Anwar juga telah gagal melihat usaha keras selama 14 tahun di Cabang Tuaran yang kini telah membuahkan hasil.

" Tindakan untuk membenarkan orang luar mengacak-acak hasil hanya untuk dirosakkan, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali." katanya kecewa.

Pada Sabtu lepas, Ali Akbar dan Erveana telah dilihat memakai baju yang bersematkan logo PKR walaupun bertanding atas tiket Bebas.

" Ini berbeza dengan calon-calon bukan ahli PKR yang bertanding dengan logo KeAdilan," kata Ansari seolah-olah mempersoalkan keikhlasan mereka sambil menambah bahawa mereka memakai baju biasa dengan lambang Angkatan Perubahan Sabah (APS ) yang bukan merupakan Logo KeAdilan.

Tamu Ahad <b>Di Tuaran</b> | MaMaRey

Posted: 01 Sep 2013 09:59 PM PDT

Awal pagi ahad kelmarin, jalan-jalan ke Tamu Ahad Di Tuaran. Tempat mencari barangan dapur basah atau kering yang pelbagai. Bertolak seawal jam 6 pagi untuk elakkan kesesakan jalan dan cuaca panas. 
Suasana Tamu Ahad Di Tuaran. Orang masih kurang. Setiap ahad ia beroperasi seawal jam 6 pagi hinggalah jam 2 petang. Macam-macam boleh dapat di Tamu ini. Sayur-sayuran segar, buah-buahan segar, ikan-ikan segar, ubat-ubatan, kuih-muih, baju-baju dan banyak lagi. Hujung ke depan dalam gambar ialah tempat memilih barangan dapur dari sumber laut. Ikan, kerang, udang, ketam, rumpai laut dan macam-macam lagi.


Ikan Talapia, RM10 setompok. Sebelah ikan talapai tu kerang. Kerang RM2 sebungkus..
Cendawan dalam bahai(plastik) biru, RM5 harganyaPakcik Dusun tu siap bagi demo lagi. Nampak kaler putih atas beg tu. Itu ialah kulit batang cendawan yang dikupas oleh pakcik tu.

"Ko kasi buka kulit dia dari sini bawah ni batang cendawan...Baru lembut makan...Sedap baini cendawan kalo kasi sup..manis..Sia pakai tanah tanam"

Owh..Macam itu rupanya. Kupas kulitnya supaya lembut batang cendawan tu bila dimasak. Pounsikou(terima kasih) tips ni uncle. Nanti akan ditry..;) Selama ini saya main buang saja batang cendawan tu. Adehh...membazirnya...Pucuk ubi, jantung pisang, buah pisang dan macam-macam lagi. Saya beli halia RM2 seikat. Nampak benda panjang hijau, hujungnya kemerah-merahan tu..Itu ialah batang tuhau sebelum dikupas kulitnya. Sedap kalau dibuat Jeruk Tuhau. Dalam botol penutup kuning dan merah tu pula Jeruk Buah Bambangan.


Abang jual gula kapas sedang berdiri di tepi jalan menunggu peminat-peminat kecil datang membeli. Teringat pula masa kecil-kecil dulu, selalu beli gula kapas ni bila mengikut ibu atau nenek ke tamu..:)
Ini bahagian kesukaan anak-anak kecil, kereta mainan..Dalam mangkuk besar tu pula ialah memerang mandi-manda sambil bermain bola. Mainan yang menggunakan bateri. Ni kalau budak-budak tengok mesti suka. Saya pun terberhenti sekejap tengok. Seronok pula tengok si memerang tu bermain bola..hehe..
Singgah beli kuih kesukaan hati, Kuih Penjaram. Ada tiga jenis rasa. Hijau, pandan. Coklat, gula melaka. Putih, biasa. Saya beli ketiga-tiga jenis. RM1 untuk empat keping. Baru keluar dari kuali..:)

Bekalan Elektrik <b>Di</b> Sabah Bertambah Tenat? - suara bebas <b>tuaran</b>

Posted: 06 Nov 2013 11:52 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Dalam pada itu, bulan lalu dilapurkan 500,000 Penduduk Sabah alami Gangguan Bekalan Elektrik Selama Sebulan akibat tiga IPP yang mengalami kerosakan di Ranhill Powertron 1 (IPP Teluk Salut), Ranhill Powertron 2 ...

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Konvoi Kembara Hijrah Peringkat <b>Negeri Sabah</b> 1435h <b>Di</b> Lancar

Posted: 24 Oct 2013 10:00 PM PDT

Program Konvoi Kembara Hijrah 1435H  Peringkat Negeri Sabah yang bermula hari ini dan berakhir pada Ahad adalah program bersama anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM),  Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM).
Lebih 20 kenderaan pacuan empat roda dan 60 peserta daripada pelbagai jabatan  dan agensi  terlibat dalam pengembaraan ke beberapa lokasi antaranya ke daerah  Tuaran, Ranau, dan Beaufort.
Antara  objektif Program Kembara Hijrah  1435H dianjurkan bertujuan membentuk disamping  menjalin rasa ukhuwah dan kerjasama erat di kalangan agensi kerajaan dengan masyarakat setempat dalam melaksanakan program-program dakwah selain bertujuan menyemarakkan lagi sambutan Maal Hijrah 1435H Peringkat Negeri Sabah  yang akan disambut awal November depan.
Antara pengisian sepanjang program berlangsung termasuklah Program Khidmat Komuniti, Gotong-royong di Masjid dan Tanah Perkuburan, Membaiki surau, Khidmat Kaunter Tabung Haji disamping mengadakan kuliah-kuliah berbentuk keagamaan di Masjid dan Surau yang dilawati.
Turut hadir pada Majlis Pelancaran Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Bin Haji Mohd Arif, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah ( JHEAINS) Datuk Amri A. Suratman serta  Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM ) Zon Sabah Haji Samin Haji Ongki.

Taufan Haiyan Yang Terkuat <b>Di</b> Dunia Mula Melanda Filipina, Bawa <b>...</b>

Posted: 07 Nov 2013 09:03 PM PST

Kerjaya Dari Rumah
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2
"Peluang Bekerja Di AUSTRALIA Gaji Lumayan"..KLIK SINI..

taufanKapal-kapal dinasihati belayar menjauhi kawasan laut berhampiran pantai timur Sabah hingga Selasa depan, selepas taufan Haiyan melanda Filipina awal pagi Jumaat.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca, Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata Haiyan merupakan salah satu taufan terkuat dicatatkan dalam sejarah dan sangat berbahaya kepada kapal dan feri.

"Nasihat kami kepada kapal dan feri supaya menjauhi aktiviti di kawasan pantai timur Sabah.

"Kapal besar mungkin boleh berhadapan dengan situasi angin kencang dan laut bergelora," katanya kepada The Star.

Bagaiamanapun, beliau berkata adalah sangat bahaya bagi kapal yang menghala ke arah utara Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) buat masa ini, hal ini kerana taufan Haiyan dijangka melanda ke arah barat Vietnam.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Muhammad berkata kesan daripada taufan berkenaan lebih bahaya daripada apa yang berlaku di kawasan Filipina.

Laporan Reuters, melaporkan taufan Haiyan yang melanda kepulaun tengah Filipina pada awal pagi Jumaat dengan kelajuan angin hingga 315 kilometer sejam dan ombak setinggi 5 meter.

Perkhidmatan feri, penerbangan dan aktiviti menangkap ikan turut digantung dengan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan.

Sementara itu, laman web MetMalaysia melaporkan taufan Haifan berada kira-kira 938 kilometer daripada Sandakan.

Ia melaporkan bahawa kelajuan angin 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak setinggi 4.5 meter dijangka membadai kawasan pantai barat SAbah, Kudat, Sandakan dan Labuan.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini sangat berbahaya kepada semua kapal dan sebarang aktiviti laut termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri," kata MetMalaysia.

Ia turut meningkatkan amaran ribut daripada 'Kategori Pertama' (berbahaya kepada bot kecil) kepada 'Kategori Kedua'

Kadar Kemiskinan <b>di negeri Sabah</b> turun 8.1% | JKKK KAMPUNG <b>...</b>

Posted: 21 Nov 2013 04:17 PM PST

Kadar kemiskinan di negeri ini menurun sebanyak 8.1 peratus daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 11.6 peratus pada tahun lalu, sekali gus membuktikan kejayaan program-program bersepadu antara kerajaan negeri dan kerajaan Pusat.

Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Radin Maleh berkata, bagi tempoh sama, kadar kemiskinan tegar juga telah menurun daripada 4.8 peratus kepada 1.6 peratus.

"Penurunan ini walaupun disambut sinis oleh pembangkang, ia sebenarnya mencerminkan pencapaian cemerlang kerajaan dalam menangani kemiskinan di Sabah," katanya semasa ucapan penggulungan dalam sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Tambah Radin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, penyelarasan program pembasmian kemiskinan dibuat di peringkat daerah melalui jawatankuasa kumpulan fokus pembasmian kemiskinan yang dipengerusikan oleh pegawai daerah masing-masing.

"Keberkesanan sistem pemantauan selain program yang berkesan seperti 1Azam, Mini Estet Sejahtera (Mesej), Ladang Projek Pertanian Rakyat Termiskin (PPRT), Program Bantuan Rumah termasuk program di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berupaya menurunkan kadar kemiskinan di Sabah," katanya.

Radin turut memaklumkan bahawa pada masa ini terdapat sebanyak 1,117 ketua isi rumah miskin tegar yang terlibat sebagai peserta Ladang PPRT menerima dividen sebanyak RM400 sebulan bermula Januari 2010.

Katanya, sebuah lagi Ladang PPRT Sumatalun akan dilaksanakan di daerah Nabawan dan dijangka melibatkan seramai 360 orang.

Katanya, lima projek agropolitan di bawah Koridor Pembangunan Negeri Sabah (SDC) di Kota Belud, Pitas, Kemabong, Beluran dan Tongod kini pada pelbagai tahap perancangan dan pelaksanaan.

Sementara itu, Radin berkata, sejumlah RM80 juta diperuntukan kepada kerajaan negeri untuk melaksana program 1Azam iaitu Azam Tani, Azam Kerja, Azam Niaga dan Azam Khidmat yang melibatkan 7,500 orang di bawah e-Kasih.

Dalam tempoh 2010 hingga Mei 2013 pula, beliau menjelaskan, sejumlah RM1.8 bilion dibelanjakan kerajaan Pusat bagi melaksanakan projek bekalan air luar bandar meliputi sejumlah 95,562 unit buah rumah manakala RM1.892 bilion bagi projek bekalan elektrik luar bandar melibatkan 39,323 buah rumah.

Katanya, kementeriannya yang menjadi penyelaras utama pembinaan rumah baharu itu merekodkan sejumlah 8,249 rumah siap dibina.

Sumer:  utusan-online


 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved