ads

Ahad, 20 Oktober 2013

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


SMK Langkon <b>di Kota Marudu</b> dapat sistem solar pv | The Borneo <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2013 02:21 AM PDT

September, 10, 2013 - 5:21 pm
Dr Max di majlis pelancaran system solar di SMK Langkon

Dr Max di majlis pelancaran system solar di SMK Langkon

KOTA MARUDU: SMK Langkon di Kota Marudu di sini muncul sebagai penerima sistem solar photovoltaic (PV) 9.kW yang akan menjana kuasa elektrik untuk kegunaan sendiri sambil menjimatkan bil sekolah berkenaan.

Sistem itu merupakan projek di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) dan SESB.

Ia bertujuan menggalak dan meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar dan masyarakat setempat tentang pentingnya menghasilkan tenaga boleh diperbaharui.

"Ini akan membantu kita mencapai agenda negara untuk menggalakkan penggunaan tenaga hijau dan bersih, termasuk di kalangan masyarakat bawahan," kata Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang melancarkan projek itu di sekolah berkenaan hari ini.

Ongkili berkata projek itu menjadi model oleh kerana ini kali pertama system meter 'bersih' digunakan di Sabah oleh SESB.

"Dengan sistem ini, baki tenaga yang tidak digunakan di premis itu akan dijual balik kepada SESB.

Projek itu dilaksanakan dengan dana tajaan RM90,000 dari Syarikat Warisan Harta Sabah Sdn Bhd.

Sekolah itu dipilih kerana kawasannya menempatkan dua sekolah – SK Langkon dan SMK Langkon.

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


15/8/2013: Lelaki Maut Ditikam <b>Di Kinabatangan</b> | BERITA EHWAL <b>...</b>

Posted: 15 Aug 2013 01:26 AM PDT

Seorang lelaki maut ditikam manakala suspek ditembak mati dalam kejadian bunuh pada majlis perkahwinan di Kampung Koyah B, Paris 3, Kinabatangan.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan DSP Martin Lugu berkata, mangsa, Agus Jamal 33-tahun sementara suspek dikenali sebagai Andis Tawan 40-tahun.

DSP Martin berkata, polis bergegas ke tempat kejadian untuk menahan suspek yang kemudian bertindak menyerang anggota polis menggunakan pisau.

Bagi mempertahankan diri, pihak polis telah melepaskan tembakan mengakibat suspek mati di tempat kejadian.

Turut ditemui sarung pisau dan tiga paket plastik kecil mengandungi hablur lutsinar disyaki dadah jenis syabu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sesiapa yang melihat dan mempunyai maklumat, diminta menghubungi Pejabat Polis Daerah Kinabatangan di talian 089-561890 bagi membantu siasatan.

~FLA (dman/ST/wn)

~mdre

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Ceramah <b>di Kota Kinabalu</b> pada 19 Okt dan 20 Okt | Makrifat Tok <b>...</b>

Posted: 17 Oct 2013 05:50 PM PDT

Tarikh : 19 Okt 2013
Bertempat : Dewan Sri Semporna, Hotel Tabug Haji, Putatan, Kota Kinabalu Sabah
Masa : Mula jam 9 pg sehingga 5 ptg
Hubungi : 012- 864 8461 Tuan Guru Fairul
Tajuk : Bagaimanakah caranya untuk ingat kepada Allah 24 jam tanpa henti!

Tarikh : 20 Okt 2013
Tempat : Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Masa : Selepas Maghrib
Hubungi : 012-8648461 Tuan Guru Fairul

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


JSJ <b>Kunak</b> tahan suspek kegiatan curi kenderaan – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2013 03:56 PM PDT

by Mohd Nazib Macpee. Posted on October 10, 2013, Thursday

Radzali (dua dari kanan) sedang memerhati dan memeriksa salah sebuah kenderaan.

KUNAK: Polis bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) daerah ini telah menahan seorang lelaki tempatan yang dikehendaki JSJ Lahad Datu kerana disyaki terlibat secara aktif dalam kegiatan curi kenderaan di daerah Lahad Datu, dekat sini, pagi Isnin.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 30an itu ditahan kira-kira jam 7 pagi di kawasan Jalan Giram Lama Kunak.

Ketua Polis Daerah Kunak, DSP M Radzali Mahmud berkata bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan anggota JSJ daerah Kunak telah bergegas ke lokasi kejadian dan menahan suspek yang mana pada ketika itu suspek dilihat sedang berlegar-legar di kawasan lorong bangunan rumah kedai di kawasan terbabit.

"Suspek kini ditahan mengikut Seksyen 379A Kanun keseksaan dan diserahkan ke IPD Daerah Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya," katanya sambil menambah tangkapan itu dibuat hasil daripada Ops Bersepadu SJR seiring dengan pelaksana Ops Cantas.

Mengulas lanjut mengenai Ops bersepadu SJR yang diadakan bermula pada 7 Oktober lalu di Kilometer 19 Jalan Kunak-Lahad Datu, bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari, Radzali berkata pihaknya telah menahan seramai tiga lelaki warga asing berumur 20 hingga 40 tahun selepas gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri ketika diminta berbuat demikian.

Ketiga-tiga lelaki terbabit kini ditahan di bawah Akta Imigresen untuk tindakan lanjut.

"Secara keseluruhannya, pihak kita juga telah membuat pemeriksaan terhadap 60 lelaki, 20 wanita dan 75 buah kenderaan pelbagai jenis serta mengeluarkan sebanyak 30 keping saman trafik kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan lalulintas yang dikesan," katanya.

Beliau berkata Ops Bersepadu SJR selama dua minggu itu turut melibatkan seramai tiga pegawai kanan dan 15 anggota daripada pelbagai cawangan termasuk Sukarelawan Simpanan PDRM yang diketuai oleh beliau sendiri.

"Ops SJR bersepadu ini akan diteruskan dari semasa ke semasa seiring dengan pelaksanaan Ops Cantas yang telah pun diaktifkan di seluruh negara bagi membanteras kegiatan kongsi gelap dan pencegahan jenayah secara amnya," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :- di negeri sabah - Google Blog Search

di negeri sabah - Google Blog Search


Muhyiddin Tiba <b>Di Sabah</b> Untuk Lawatan Dua Hari - MyNewsHub

Posted: 29 Sep 2013 08:55 PM PDT


KOTA KINABALU – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja dua hari ke Sabah.

Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 10.30 pagi dan disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, barisan kabinet negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan.

Majlis pertama beliau di negeri ini ialah menghadiri perjumpaan dengan usahawan Sabah di Hotel Le Meridien di sini.

Pada sebelah petang, Muhyiddin dijadual mengadakan perjumpaan bersama Institut Pendididkan Guru (IPG) di Dewan Saadah Wisma Muis, Majlis Agama Islam Sabah (MUIS).

Pada malam, beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO dijadual menghadiri majlis makan malam bersama anggota Badan Perhubungan UMNO negeri di Bangunan UMNO Negeri Sabah.

Pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri dijadual melancarkan majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Taman Kepayan Ridge sebelum menemui warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di UMS.

Muhyiddin dijangka berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas perjumpaan khas bersama mahasiswa itu. – BERNAMA

Muhyiddin Tiba Di Sabah Untuk Lawatan Dua Harihttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/07/Tan-Sri-Muhyiddin-Yassin1.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/07/Tan-Sri-Muhyiddin-Yassin1-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

KOTA KINABALU - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja dua hari ke Sabah. Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 10.30 pagi dan disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, barisan kabinet negeri serta ketua-ketua jabatan dan...

KOTA KINABALU - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja dua hari ke Sabah. Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 10.30 pagi dan disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, barisan kabinet negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan. Majlis pertama beliau di negeri ini ialah menghadiri perjumpaan dengan usahawan Sabah di Hotel Le Meridien di sini. Pada sebelah petang, Muhyiddin dijadual mengadakan perjumpaan bersama Institut Pendididkan Guru (IPG) di Dewan Saadah Wisma Muis, Majlis Agama Islam Sabah (MUIS). Pada malam, beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO dijadual menghadiri majlis makan malam bersama anggota Badan Perhubungan UMNO negeri di Bangunan UMNO Negeri Sabah. Pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri dijadual melancarkan majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Taman Kepayan Ridge sebelum menemui warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di UMS. Muhyiddin dijangka berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas perjumpaan khas bersama mahasiswa itu. - BERNAMA

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved