ads

Jumaat, 10 Mei 2013

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


sabahkini.net: KEMENANGAN BN <b>DI TENOM</b> SUDAH DIJANGKA

Posted: 08 May 2013 08:46 AM PDT



TENOM: Kemenangan calon-calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Tenom, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap dan Kemabong sudah dijangka berdasarkan sokongan rakyat di kawasan ini semakin kuat.
Ketua Anak Negeri Angkangon Sangul berkata, kerusi Parlimen Tenom yang berjaya dipertahankan oleh calon BN Datuk Raime Unggi kekal di tangan memandangkan sokongan rakyat yang kuat dan masih mahu pembangunan diteruskan di kawasan ini.
Katanya, rakyat di kawasan ini masih menaruhkan kepercayaan kepada BN untuk menerajui kerajaan kerana rekod baik Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di peringkat Kerajaan Pusat dan Datuk Seri Musa Haji Aman di Peringkat Kerajaan Negeri.
"Begitu juga bagi DUN Melalap dan DUN Kemabong yang masing-masing dipertahankan oleh Datuk Radin Malleh dan Datuk Rubin Balang kekal di tangan BN kerana rakyat masih mahu pembangunan di kawasan mereka," katanya ketika diminta mengulas kemenangan BN menyapu bersih tiga kerusi di kawasan ini.
Angkangon berkata, kemenangan BN di Parlimen Tenom, DUN Melalap dan DUN Kemabong memang sudah dijangka kerana sokongan rakyat majoriti masih kepada BN.
Ini katanya, bermakna kawasan kerusi Parlimen Tenom, DUN Kemabong dan DUN Melalap masih menjadi penyumbang kepada BN Sabah sebagai Simpanan tetap BN.
Sementara itu seorang pemimpin masyarakat Cina Kapitan Wong Tet Yun berkata, kemenangan BN di satu kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN di kawasan ini sudah dijangka awal kerana perpecahan parti pembangkang itu sendiri.
Katanya, parti-parti pembangkang masing-masing meletakkan calon dalam satu kerusi manakala BN hanya meletakkan seorang dalam kerusi itu.
"Ini sudah jelas memberi kelebihan dan kemenangan kepada calon-calon BN yang bergabung dalam satu pasukan berbanding pembangkang yang masing-masing beraksi di gelanggang yang sama," katanya.
Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen P.181 Tenom menyaksikan kemenangan calon BN Datuk Raime Unggi mendapat undi 9,771 dengan majoriti 3,886 menewaskan pencabar-pencabarnya Masidin Thomas (PKR) dengan Undi 5,885; Hasmin @ Azroy Abdullah (STAR) yang mendapat undi 2,446 undi; Jimmy Jawatah (SAPP) dengan perolehan undi 1,766 dan Mutang @ Sylvester Dawat (KITA) yang hanya mendapat 423 undi.
Bagi DUN Kemabong, Datuk Rubin berjaya mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak Kerajaan PBS dahulu yang mendapat undi 5,765 dengan majoriti 3,032 menewaskan pencabar-pencabarnya Biou Suyan (PKR) dengan undi 1,155 dan William Ensor Tingkalor (SAPP) yang mendapat undi 1,047.
Sementara itu bagi DUN Melalap, Datuk Radin Malleh yang diramalkan banyak pihak akan kecundang kerana kemunculan calon baru, berjaya mempertahankan kerusinya dengan undi 4,643 dan majoriti 2,599 menewaskan pencabar-pencabarnya Roger Stimin (SAPP) dengan undi 2,004; Norita Sual (DAP) dengan undi 1,992 dan Kong Fui Seng (STAR) dengan undi 924.

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


Sabahdaily: Polis Tahan Sembilan Individu <b>Di Beluran</b>

Posted: 11 Apr 2013 06:17 AM PDT

Sembilan individu termasuk dua wanita yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu telah ditahan polis dalam tangkapan berasingan di beberapa kawasan di Beluran pada malam Selasa dan pagi kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata dalam tangkapan jam 8 malam dan 10 pagi itu, membabitkan tujuh rakyat asing dan dua warga tempatan. Hasil pemeriksaan turut menemui beberapa senjata seperti parang, dokumen dan wang tunai dalam tangkapan berkenaan.

"Kita telah menahan tujuh lelaki dan dua wanita dalam tangkapan berasingan itu yang kesemua berusia lingkungan 20an hingga 50an di sebuah kampung di kawasan Beluran kerana dipercayai mempunyai petunjuk dan keterangan-keterangan terlibat dengan pengganas Sulu dari selatan Filipina ini.

"Mereka semua kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Sandakan dan siasatan akan dijalankan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah, kelmarin.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Hamza mendedahkan pasukan keselamatan telah mengebumikan 17 mayat pengganas di satu lokasi kelmarin.

"Untuk makluman, pihak pasukan keselamatan telah mengkafan, memandikan serta disolat-jenazahkan pada hari ini (kelmarin) dan dikebumikan di satu kawasan di Sabah ini," katanya. -Sabahkini

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Kunjungan Hormat kepada TYT Yang <b>Di</b>-Pertua <b>Negeri Sabah</b> <b>...</b>

Posted: 01 May 2013 04:06 AM PDT

gambar-group-kunjungan-tyt-latestPersatuan Seni Silat Cekak Negeri Sabah telah mengadakan kunjungan kehormat mengadap Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah pada 30 April 2013.

Tujuan kunjungan hormat tersebut ialah bagi memaklumkan berkenaan dengan Majlis Makan Malam Amal yang dijangka akan diadakan pada 26 Oktober 2013 di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu, Sabah.

YM Syeikh Dr. Hj Md Radzi Hj Hanafi Al-Qadahi berbual-bual dengan TYTRombongan telah diketuai oleh YM Syeikh Dr. Hj Md Radzi Hj Hanafi Al-Qadahi yang merupakan Guru Utama dan Presiden Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia telah turut disertai oleh seramai 8 pemimpin-pemimpin kanan persatuan sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan dan turut disertai oleh 2 orang srikandi sebagai tanda penghargaan atas penghormatan yang diberikan.  Antara pemimpin-pemimpin tersebut ialah Setiausaha Agung Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia iaitu Encik Amin Zainul di peringkat negeri pula disertai oleh Tn Haji Amrullah Kassim selaku penasihat, Tn Haji Awang Masri Kefli selaku YDP, En. Syafiq Abdullah selaku Naib YDP, Tn Haji Sulaiman Asri, TJ, Puan Zaiton Jaineh, Puan Hani Sandra.

Program Sastera <b>Di</b> Sekolah Sempena Bulan Bahasa <b>Negeri Sabah</b> <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2013 06:49 AM PDT

Pada 11 April 2013 (Khamis) yang lalu, SMKA Mohamad Ali Ranau telah menghantar 10 orang pelajar ke Sayembara Menulis Cerpen dalam Program Sastera Di Sekolah Sempena Bulan Bahasa Negeri Sabah. Antara pengisian program ialah Bengkel Menulis Cerpen yang disampaikan oleh penulis yang tidak asing lagi di Negeri Sabah iaitu Yang Dipertua Badan Bahasa Sabah, En. Jasni Matlani. Bengkel Menggarap Puisi turut disampaikan oleh Cikgu Ramli AR juga seorang penulis Sabah yang terkenal. Dalam bengkel ini banyak input yang menarik dan sangat berguna telah disampaikan oleh kedua-dua penulis. Pelajar yang dipilih mengikuti bengkel ini pula rata-rata pelajar yang amat berminat dalam bidang penulisan dan telah menghantar karya masing-masing untuk dipertandingkan.

Dalam pertandingan menulis cerpen ini, enam hadiah telah disediakan iaitu tiga hadiah utama dan tiga lagi hadiah saguhati berupa wang tunai dan sijil. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar SMKA Mohamad Ali yang menyertai program ini kerana lima daripada hadiah ini telah dimenangi oleh mereka. Hanya tempat kedua sahaja yang dimenangi oleh pelajar dari SMK Paduka Mat Salleh. Tahniah kepada semua calon sekolah yang menang.

Pengerusi Bahasa Ranau , Cikgu Mahmud Jahar memberi kata alu-aluan...

Pengerusi Bahasa Ranau , Cikgu Mahmud Jahar memberi kata alu-aluan…

Antara pelajar SMKA Mohamad Ali yang turut serta dalam program ini...

Antara pelajar SMKA Mohamad Ali yang turut serta dalam program ini…

IMG_4484 IMG_4485

YDP BAHASA Sabah En. Jasni Matlani sedang memberi panduan menulis cerpen...

YDP BAHASA Sabah En. Jasni Matlani sedang memberi panduan menulis cerpen…

Cik Siti Aisyah Mat Saad...Setiausaha program...

Cik Siti Aisyah Mat Saad…Setiausaha program…

IMG_4492

En. Wahab ~ wakil Datuk Masidi Manjun merasmikan program tersebut...

En. Wahab ~ wakil Datuk Masidi Manjun merasmikan program tersebut…

IMG_4501

Cikgu Siti Aisyah sedang mendeklamasi puisi dengan penuh bersemangat…

IMG_4503

Cikgu Ramli AR sedang mengajar pelajar bagaimana menggarap puisi yang berkualiti…tak kering gusi peserta mendengar celotehnya…

IMG_4506

Siti Hajar ~ Wakil menerima Sijil penyertaan…

IMG_4508

Pemenang Hadiah Saguhati Ke-6…Tahniah..

IMG_4509

Pemeang Hadiah Saguhati Ke-5…Tahniah

IMG_4510

Pemenang Hadiah Saguhati Ke-4 Tahniah Hamiza Justin…

IMG_4512

Pemenang Tempat Ketiga~Wang Tunai RM50 dan Sijil, Tahniah…

IMG_4514

Wakil Pemenang Tempat Kedua RM80 dan Sijil dari SMK Datu Paduka Mat Salleh…

IMG_4518

Mohd Syafik Mohamed – Johan menerima Wang Tunai RM100 dan Sijil…Tahniah…

IMG_4520

Cenderahati kepada penceramah….terima kasih…

IMG_4521

Cenderahati tanda terima kasih kepada penceramah…

IMG_4524

IMG_4525

Peserta dari SMK Ranau

IMG_4527

Peserta dari SMKA Mohamad Ali Ranau…

IMG_4533

Peserta dari SMK Matupang Jaya..

IMG_4534

Kak Mate yang setia….

IMG_4502 IMG_4515 IMG_4530

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Kolej Komuniti ketujuh di Sabah dibuka <b>di Penampang</b> | InfoMedia

Posted: 02 May 2013 05:31 PM PDT

ne 07.1 Kolej Komuniti ketujuh di Sabah dibuka di Penampang

BERNARD (kiri) menunjukkan bakatnya menghiasi kek cawan pada majlis Perasmian Kolej Komuniti Penampang di Wisma Malakun Kampung Ramayah, Penampang semalam.

PENAMPANG – Kolej Komuniti Penampang dijadual memulakan operasinya pada Julai ini di Wisma Malakun di sini, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, Amir Md. Noor.

Beliau berkata, sebagai permulaan kolej itu akan menawarkan kursus sepenuh masa akauntansi kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga kursus pendek hujung minggu kepada sesiapa yang berminat untuk mengikutinya.

"Kursus jangka pendek ini melibatkan pelbagai bidang kemahiran seperti pembuatan kek, seni hiasan kek, gubahan bunga dan bidang-bidang lain yang difikirkan sesuai atau diperlukan oleh masyarakat setempat," kata beliau kepada pemberita selepas ditemui pada majlis perasmian kolej itu di sini semalam.

comments

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved