ads

Jumaat, 5 April 2013

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search

JALAN PULANG: TERKINI! 6 Anggota Polis Maut <b>Di Semporna</b>, 6 <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2013 06:53 AM PST

Ini berita yang baru diterima dan disahkan.

Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut meningkat kepada enam orang.

Ketua Polis Negara, Ismail Omar berkata, enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.

Ini bermakna, jumlah anggota keselamatan yang maut setakat ini ialah lapan orang, masing-masing dua di Lahad Datu dan enam di Semporna.

Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata, polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Pada sidang media kira-kira jam 9 malam tadi di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di Lahad Datu, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu dihantar ke Hospital Semporna.

"Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya.

Pada sidang media terdahulu hari ini, Ismail mengumumkan lima anggota polis terkorban dalam insiden itu manakala dua anggota kumpulan itu terbunuh.

Pada sidang media sebelum ini, beliau berkata kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu.

Ismail juga memberitahu sidang media terdahulu itu bahawa anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

Pada sidang media malam ini, Ismail menafikan terdapat insiden anggota polis yang didakwa menjadi tebusan kumpulan bersenjata itu dipenggal kepalanya.

"Itu hanya khabar angin dan saya minta orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin," katanya.

Dipercayai gambar tersebut sebenarnya ialah konflik di selatan Thailand dan bukannya gambar dari mana-mana kawasan yang terjejas di Sabah.

Beliau memaklumkan keadaan di kampung berkenaan kini kembali seperti biasa.

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search

ZAKRI ALI: PKR: Agbimudin Kiram pernah jadi ADO <b>di Kudat</b>

Posted: 21 Mar 2013 05:30 PM PDT

SABAH: Tobat lahom media Umno nak siarkan fakta GEMPAR neh [Baca laa...]

Ketua Militant Raja Muda Azzimuddin Kiram adalah warganegara Malaysia dan juga Ahli UMNO... ada IC dan pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah di Kudat... siasat konspirasi ini dulu... baru terlerai segala masalah...

Sebab tu UMNO takut membawa isu Lahad Datu ini ke meja rundingan kerana takut rahsia konspirasi dan Sandiwara mereka terbongkar..

Maka UMNO adalah Pengkhianat Bangsa dan Negara..

*******************************

PKR: Agbimudin Kiram pernah jadi ADO di Kudat

PETALING JAYA - PKR hari ini mendedahkan Ketua Penceroboh, Azzimuddie Kiram, yang dikenali sebagai Raja Muda Sulu, mempunyai kad pengenalan warganegara Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, maklumat itu diperoleh daripada penduduk tempatan sehinggalah Timbalan Setiausaha Agung PKR, Darell Leiking berjaya menjejaki maklumat berkenaan.

"Kerajaan tidak boleh lagi menyembunyikan perkara ini kerana maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah, disahkan bahawa Datu Agbimudin Kiram (Azzimuddie) tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda (ADO), di Pejabat Daerah Kudat.

"Agbimudin telah dilantik pada 1 Mac 1974 dengan gaji RM610 sebulan," katanya pada sidang media di Ibupejabat PKR pagi tadi.
PKR turut mendakwa melalui pendedahan itu membuktikan penglibatan Azzimudie dalam insiden di Lahad Datu ada kaitan dengan Umno.

Pada lampiran itu menunjukkan Azzimudie dilahirkan pada 24 September 1941.

Ketika ditanya wartawan bagaimana pihaknya yakin yang Azzimudie yang dimaksudkan adalah ketua kumpulan penceroboh berikutan faktor usianya yang lanjut.

Rafizi berkata, pihaknya percaya Azzmudie mengetuai pencerobohan itu berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh abangnya Jamalul Kiram III sebelum ini.~ SH

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search

Perkara pelik <b>di Lahad Datu</b> | The Unspinners

Posted: 16 Mar 2013 01:09 AM PDT

Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan. Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.
"Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer)," lapor laman itu lagi.

Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata.

Menjadi tanda tanya kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17 Januari iaitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11 Februari 2013.

Yang pasti kapal perang tersebut sengaja belayar keluar dari laluan asalnya dan agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang di kawasan Tubbataha Reef.

Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang tersebut.

Tetapi bagaikan dirancang USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti.

Timbalan Pengerusi WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang tersebut.

Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina.
"The question is: Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,"

USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di kawasan terumbu tersebut, ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina.
"There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),"

Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa. Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan di medan perang.

Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang-barang.

Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia. Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak-anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.

Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar di belakang Jamalul Kiram III.

Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih di dalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.
 
FMdotstation

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search

Nasi Lalap Ikan Menu Pilihan <b>Di Keningau</b> | my.Mustaffa

Posted: 27 Mar 2013 03:37 AM PDT

hztours Nasi Lalap Ikan Menu Pilihan Di Keningau

8196f66e969e11e2ab4322000a1fa430 7 Nasi Lalap Ikan Menu Pilihan Di Keningau

PEDAS TAPI SEDAP – Hidangan pertama menjadi santapan di Keningau hari ini.

Sebelum ini saya pernah mencuba Nasi Lalap Paha Ayam. Sambalnya yang pedas membuka selera untuk makan.

Harga hidangan ini adalah RM8.50. Saya sering ke Restoran Rahmat 2 jika berkunjung ke Keningau.

Esok saya akan bergerak ke Tenom pula.

Posted from Samsung S3

pixel Nasi Lalap Ikan Menu Pilihan Di Keningau

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search

Misteri Terowong Jepun <b>Di Kunak</b> Sabah | ::Haluan Kiri::

Posted: 17 Mar 2013 09:16 AM PDT

Adsense Content. recommended 336 X 300

Kunak yang mempunyai kira-kira 62,000 penduduk dan merupakan daerah yang kaya dengan sumber marin seperti udang, ikan, ikan bilis dan ketam sama ada yang bersumber dari laut atau yang diternak dalam sangkar.

Kunak juga adalah antara daerah pengeluar rumpai laut di Sabah dan pengeluar ikan keempat terbesar. Nama Kunak memang agak jarang disebut dan masih ramai orang luar belum mengenali Kunak sebagaimana mereka mengenali Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan walaupun semua daerah berkenaan berada di Pantai Timur Sabah.

Mungkin disebabkan kurangnya promosi dari pihak yang berwajib meskipun di Kunak terdapat banyak lokasi menarik.

 Lokasi Menarik Di Kunak, Sabah :

~ Kolam Lumpur (Mud Pool) di Ladang Binuang,

~ Air Terjun Di Hutan Simpan Madai Baturong

~ Gua Madai di Madai

~ Tasik Impian Di Mostyn

~ Kelab Golf di Mostyn

~ Tinggalan Terowong Jepun di Mostyn

~ Kawasan Tanaman Kelapa Sawit yang Tertua di Pulau Borneo (ditanam pada 1957)

~Telaga Tujuh di Pangi

~ Kolam Air Panas / Hot Spring di Sungang

~ Bahan Artifak di Tingkayu

Lokasi terowong ini terletak kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak di mana terowong tanah sepanjang 8 kilometer dengan 4 cabang yang terletak di Ladang Sime Darby dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang.

Kewujudan terowong Jepun ini dikatakan dibina pada zaman Perang Dunia Kedua dan masih terdapat beberapa tinggalan tentera Jepun di dalam terowong tersebut. Beberapa individu cuba memasuki kawasan tersebut dan ada yang mendakwa pernah menemui beberapa barangan peninggalan zaman perang antaranya gelas, sudu, dan ada juga yang mendakwa pernah menemui "bekas landasan lokomotif" di dalam terowong berkenaan.

Terowong berkenaan dikatakan mampu dilalui oleh lori 10 tayar dan ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1970-an oleh kaum Iban yang ditugas membersihkan kawasan hutan berkenaan. Mereka mengesan terowong berkenaan selepas melihat runtuhan sebahagian terowong bawah tanah itu.

Ada pihak yang mengandaikan bahawa terowong ini tembus hingga ke Laut Sulawesi. Namun, setakat ini tiada yang mampu menjelaskan di manakah penghujung terowong ini. Ada juga peneroka yang cuba memasuki terowong ini namun tidak mampu meneruskan perjalanan kerana kekurangan udara dan keadaan yang terlalu gelap.

Dpercayai setiap tahun ada sahaja keluarga dari Jepun datang untuk melakukan upacara sembahyang mereka di kawasan berkenaan. Terowong itu kemungkinan terbentuk hasil daripada aliran basalt dari letusan gunung berapi yang pernah berlaku puluhan ribu tahun dahulu.

Adsense Content. bottom of article

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search

Jawatan Kosong 2013 <b>di</b> Jabatan Pelajaran <b>Negeri Sabah</b>

Posted: 30 Mar 2013 10:11 AM PDT

Jawatan Kosong 2013 di Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

Jawatan Kosong 2013:Jabatan Pelajaran Negeri Sabah ditubuhkan dengan visi iaitu' Pendidikan Berkualiti Penjana Modal Insan Unggul'. Manakala misi penubuhan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah ialah 'Membangun potensi individu menerusi pendidikan berkualiti untuk melahirkan modal insan unggul.'

Permohonan adalah dipelawa bagi warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Jawatan yang ditawarkan adlah seperti berikut:

1. Pembantu tadbir Gred N17

Cara Memohon:
Permohonan adalah secara terbuka ( Walk-in interview)
Pendaftaran, semakan dokumen dan temuduga akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh:1 dan2 April2013
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
(Pendaftaran 7.30 pagi hingga 10.00 pagi)
Tempat:PPD Kota Kinabalu, PPD Kota Betud, ppD Tawau, ppD Sandakan,
PPD Beaufort, PPD Keningau, ppD Lahad Datu, ppD Kudat, ppD Kota Marudu,
PPD Penampang, PPD Tuaran, ppD Ranau, ppD Semporna, ppD Telupid,
PPD Beluran, PPD Sipitang, ppD papar, ppD Kuala penyu, FpD Tenom,
PPD Nabawan, PPD Tambunan, ppD Kunak, ppD Kina-batangan, ppo Fitas

Pemohon hadir ke pusat temuduga yang telah ditetapkan dengan membawa dokumen-dokumen
asal dan 1 salinan seperti berikut:
Membawa sekeping gambar berukuran passport
Kad pengenalan baru
Sijil Kelahiran; dan
Sijil / Kelulusan Persekolahan

Permohonan yang tidak lengkap seperti berikut akan ditolak: a. Tidak menyertakan dokumen yang diperlukan; b. Tidak lengkap dan terang; c. Tidak memenuhisyarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan; d. Borang tidak ditandatangani

Sila klik sini untuk sumber jawatan kosong 2013 ini.

———————————————————————————————–

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2013

from your own site.

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved