ads

Ahad, 24 Februari 2013

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Lelaki Filipina ditahan <b>di Ranau</b> disiasat mengikut Akta Pasport | my <b>...</b>

Posted: 29 Jan 2013 05:27 AM PST

KOTA KINABALU: Penahanan seorang lelaki warganegara Filipina di daerah Ranau baru-baru ini tidak mempunyai sebarang agenda tuntutan atau tekanan daripada pihak tertentu, tegas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

Menurut beliau, tangkapan terbabit dilakukan setelah suspek terbabit memiliki identiti meragukan dan kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12 (1) (d) Akta Pasport 1966.

Sehubungan itu, beliau menegaskan tangkapan terbabit langsung tidak kena mengena dengan tuntutan daripada mana-mana pihak tertentu memandangkan beliau difahamkan suspek mempunyai kesalahan lampau di negara asal.

"Dakwaan pihak tertentu mengenai polis menahan suspek adalah ekoran ditekan, adalah tidak benar dan dakwaan itu sama sekali boleh menjejaskan kredibiliti kita dalam melaksanakan tugas.

"Setakat ini, saya telah periksa dengan Bukit Aman dan tiada sebarang permintaan rasmi daripada pihak negara Filipina berhubung suspek.

"Suspek hanya ditahan berikutan kita dapati dia mempunyai identiti meragukan dan masih ditahan mengikut Seksyen 12 (1) (d) Akta Pasport 1966," katanya sambil menambah, penahanan suspek adalah berlandaskan undang-undang sedia ada.

Terdahulu, suspek yang berusia 40an berkenaan difahamkan kini diburu pihak negara Filipina ekoran terlibat dengan penipuan skim melibatkan kerugian berbilion mata wang peso.

Bagaimanapun, Hamza berkata pihak polis Sabah terbuka untuk membuka kertas siasatan sekiranya menerima permintaan rasmi daripada mana-mana pihak termasuklah dari negara Filipina.

"Kalau ada permintaan rasmi, kita akan berkerjasama. Sebab kita mahu memastikan keharmonian antara kedua negara terus terjalin," katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Hamza berkata polis masih mengenal pasti motif penculikan melibatkan dua rakyat negara ini dalam tragedi di ladang kelapa sawit Felda Sahabat, Lahad Datu penghujung November tahun lepas.

Menurutnya, kerjasama antara polis dengan pihak berkuasa Filipina masih berterusan dalam memastikan kes itu diselesaikan secepat mungkin.

"Setakat ini kedua-dua mangsa yang telah diculik masih hidup.

"Bagaimanapun, motif penculikan atau permintaan wang tebusan daripada penculik belum lagi diketahui," katanya.

Category: Berita Sabah, Sarawak

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


Peruntukan RM10 Juta Untuk Sekolah-sekolah Sabah - Tv3

Posted: 22 Feb 2013 10:21 PM PST

23/02/2013 14:21:00

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membaikpulih sekolah-sekolah di Sabah dan RM5 juta lagi untuk membina sebuah pusat riadah dan sukan di daerah Pensiangan.

Kerajaan katanya, amat prihatin dengan kebajikan pelajar di luar bandar termasuk di Pensiangan yang mempunyai generasi muda yang ramai.

Peruntukan itu diumumkan pada Majlis Bersama Rakyat Pensiangan di Nabawan, pagi tadi.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


DEWAN FREEMASON <b>DI KOTA KINABALU</b>, SABAH - FREESTYLE <b>...</b>

Posted: 22 Nov 2012 05:08 AM PST


Freemason sudah wujud di Malaysia sejak sebelum merdeka lagi. Cuma tidak didedahkan, alasannya? ntahlah.. saya pun tidak tahu. MayB sebap organisasi ni memang penuh rahsia dan seperti yang semua maklum, cara organisasi ni bergerak sangat halus..so paham la... atau juga organisasi ini memang telah meresap ke dalam pentadbiran dan di lindungi oleh ''seseorang'' yang berpengaruh? siapa tahu kan.
 Salah satu tempat freemason bertapak adalah di Kota Kinabalu, Sabah. Ehh biar betul?? Ya memang betul..   Mungkin ada yang tidak perasan akan kewujudan freemason ni. Lokasi yang strategik iaitu berada di kawasan Bandar Kota Kinabalu berhampiran Karamunsing Shoping Complex. Saya suda mengetahui hal ini suda lama. Saja nak share untuk pengetahuan umum.
Sangat pelik kerana jarang terlihat kelibat orang di kawasan dewan tersebut. Adakah gerakan mereka hanya pada waktu malam? Subuh? Atau hanya akan ada perjumpaan pada tarikh-tarikh tertentu? Ntahlah nanti la kita siasat sama-sama ar. 

Melihat Keadaan dewan yang sunyi, tanpa pengunjung, sentiasa tertutup, umpama tempat tidak berpenghuni, terlindung oleh papan tanda iklan yang besar (mungkin senaja di pasang bagi mengaburi) tidak hairan lah, mungkin ada diantara penduduk Kota Kinabalu yang langsung tidak perasan akan kewujudan organisasi freemason ini.
Teringin juga masuk dalam dewan ni melihat apa yang ada dan apa yang mereka lakukan, tapi mungkin baik tak payah masuk, tanpa iman yang kuat takut kita terpengaruh pula. Ya la, untuk pengetahuan semua, ahli-ahli freemason ni bukan orang cikai-cikai, kebanyakan dari golongan elit, dato-dato, kira orang-orang atasan la. Sedangkan orang-orang atasan pun boleh terpengaruh, menjadi ahli freemason "siapa la juga sia ini, hanya urang biasa, kuli-kuli sahaja"  takut pula plak terpngaruh sama :D itu pun kalau boleh masuk, ingat pasar ikan ka tu suka hati mau masuk-masuk.. lupakan keinginan mu itu nak. Mari sini tulung mama tanam ubi tua.. ok off topic merepek suda…
So tanpa membuang masa jom layan gambar di bawah, biar gambar menceritakan segalanya.. 



  

TAPI APA ITU FREEMASON boss?
Itu la kau boss,, sebut jak free semua ko mau sapu, klu makanan kompom berbaris suda kau itu paling depan-depan..... lagi-lagi kalau BR1M.. kompom sesak lembaga Hasil oleh ko sija sturang. Tapi ini bukan cerita politik punya..ini pasal Dunia,  ini bukan free mcm yang ko sangka tu boss, memang free la juga, tapi kalau ko ambil..memang rugi, free yang merugikan...haha
Ok secara ringkasnya FREEMASON adalah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan  asal usul yang kabur antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Pertubuhan ini kini Wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di England, Scotland dan Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat). Pertubuhan Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan metafizik yang sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu Makhluk Agung (Supreme Being).
Freemasonry ditubuhkan secara rasmi oleh tokoh Yahudi, Adam Wishaupt di Kota London, 1717. Ia kemudian diperkuat oleh Albert Pike , seorang general Amerika (1809-1891). Intisari gerakan Freemason ialah:
1. menghapus semua agama,
2. menghapus sistem keluarga
3. mengkucarkacirkan sistem politik dunia
Hasil drpd gerakan ini telah mencetuskan tiga perang dunia, tiga revolusi (termasuk revolusi Perancis), melahirkan tiga gerakan utama (Zionisme, Komunisme, dan Nazisme)
Rujukan: Bernard E Jones, 1982. Freemason's Guide and Compendium. London & Henley, Harrap Ltd
Prinsip dan aktiviti utama
Freemason seringkali dipanggil sebagai "persatuan rahsia". Bagaimanapun bagi ahli Freemason, persatuan mereka lebih tepat sebagai persatuan yang hanya boleh difahami oleh orang tertentu kerana sesetengah aspeknya adalah sulit. Pada kurun ke-21, persatuan ini menjadi tidak lagi rahsia (lebih terbuka) dan lebih kepada "persatuan yang mempunyai rahsia". Aspek sulit dalam persatuan moden ini adalah pengiktirafan sesama ahli dan sesetengah elemen ritual. Walaupun ia sebuah organisasi yang pelbagai, kerja amal masyarakat dan memelihara persaudaraan sesama ahli masih menjadi perkara pokok.
Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa, kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.
Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di Mesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.
Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an. Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu.
Untuk pertanyaan lanjut KLIK SINI :) taip key-words, apakah freemason..kompom akan menjawab segala persoalan..
Kesimpulannya, saya bukan ahli freemason dan juga bukan pengkaji freemason, hanya mengikuti perkembangan tentang freemason dengan tujuan agar tidak terjebak secara halus mahupun kasar. Akhir sekali dari pesanan penaja, JANGAN TERJEBAK DENGAN ORGANISASI NI!!! BAIK KITA P SOLAT BERJEMAAH DI SURAU RAMAI-RAMAI...ISLAM ITU INDAH... k bai..

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


Kg. Iran Baru <b>Beluran</b> - Kaingaran.Com

Posted: 26 Oct 2012 04:58 AM PDT

"Sejauh mata memandang, sejauh kaki melangkah".

Pada pertengahan tahun 1960-an, dengan tekad untuk mencari kehidupan yang lebih baik beberapa penduduk dari Kg. Kaingaran telah berhijrah ke Pekan Beluran semata-mata untuk mencuba nasib disana. Rombongan ini yang di ketuai oleh En. Angkut bersama-sama dengan ahli keluarganya serta beberapa rakan telah meredah Sg. Sugut dan kemudian merentas bukit bukau selama hampir tiga hari tiga malam untuk ke Pekan Beluran.

Tujuan utama mereka datang ke Pekan ini pada mulanya hanyalah semata-mata untuk mendapatkan pekerjaan demi secebis wang saku buat perbelanjaan khususnya untuk persekolahan dan bagi memenuhi kehendak mereka selain dari mendapatkan khidmat perawatan di premis perubatan kerajaan yang ada di sediakan di pekan ini.

Seramai lebih kurang 10 orang dalam rombongan tersebut telah tiba di Beluran pada ketika itu dan menetap di pondok tamu Beluran yang kini telah pun dirobohkan.

–Nota–>Pada awal tahun 1970-an, beberapa orang penduduk kampung telah berhijrah pula ke Beluran yang diketuai oleh En. Angkut  (1964-1965 dan 1970-1971) bersama beberapa rakan yang lain dan ahli saudaranya. Penghijrahan ini adalah sesuai dengan keperluan untuk mendapatkan rawatan kesihatan, peluang pekerjaan serta pendidikan yang lebih terjamin. Petempatan baru di Beluran ini di kenali sebagai Kg. Iran Baru dan Kg. Piniuludan Beluran.

Use this unique QR (Quick Response) code with your smart device. The code will save the url of this webpage to the device for mobile sharing and storage.

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


INSTITUT KEWANGAN <b>DI NEGERI SABAH</b>

Posted: 18 Feb 2013 06:19 PM PST

  • Price Negotiable?: Yes
  • Street: --
  • City: --
  • State: Sabah
  • Country: Malaysia
  • Zip/Postal Code: 88600
  • Contact Number: 0149517475
  • Listed: February 19, 2013 2:19 am
  • Expires: 54 days, 16 hours

Description

syarat: 1. spm/dip/degee 2. umur 38 tahun ke bawah….

faedah : 1 . pendapatan bulanan lumayan.. 2. bonus 2x berturut2.. 3. percutian percuma (overseas) 4. kemudahan pinjaman kenderaan dan perumahan.. 5. insurans & perubatan percuma.. 6. pencen terbaik.. 7. peluang sambung belajar….


Ad Location


'; function load() { geocoder = new google.maps.Geocoder(); //directionsDisplay = new google.maps.DirectionsRenderer(); var newyork = new google.maps.LatLng(40.69847032728747, -73.9514422416687); var myOptions = { zoom: 14, center: newyork, mapTypeId: google.maps.MapTypeId.ROADMAP, mapTypeControlOptions: { style: google.maps.MapTypeControlStyle.DROPDOWN_MENU } } map = new google.maps.Map(document.getElementById('map'), myOptions); //directionsDisplay.setMap(map); } function codeAddress() { geocoder.geocode( { 'latLng':SavedLatLng }, function(results, status) { if (status == google.maps.GeocoderStatus.OK) { map.setCenter(); var marker = new google.maps.Marker({ map: map, icon: redFlag, shadow: shadow, //title: title, animation: google.maps.Animation.DROP, position: SavedLatLng }); var infowindow = new google.maps.InfoWindow({ maxWidth: 270, content: contentString, disableAutoPan: false }); infowindow.open(map, marker); google.maps.event.addListener(marker, 'click', function() { infowindow.open(map,marker); }); } else { (function($) { $('#map').append('

Sorry, the address could not be found.

'); return false; })(jQuery); } }); } function showAddress(fromAddress, toAddress) { calcRoute(); calcRoute1(); } function calcRoute() { var start = document.getElementById("fromAdd").value; var end = document.getElementById("toAdd").value; var request = { origin: start, destination: end, travelMode: google.maps.DirectionsTravelMode.DRIVING }; directionsService.route(request, function(response, status) { if (status == google.maps.DirectionsStatus.OK) { directionsDisplay.setDirections(response); } }); } //]]>

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Pemuda Yakin <b>Penampang</b> Terus Kekal Utuh Milik <b>...</b> - Pemuda UMNO

Posted: 17 Jan 2013 02:28 AM PST

Kategori Berita Pemuda

Pemuda Yakin Penampang Terus Kekal Utuh Milik BN

KOTA KINABALU, 17 Jan – Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah yakin kerusi Parlimen Penampang akan kekal menjadi milik BN pada pilihan raya umum ke-13 sekalipun digembar-gembur pembangkang sebagai kawasan 'kelabu'.

Ketuanya Datuk Awang Kadin Tang berkata tindakan pembangkang menguar-uarkan Penampang bukan lagi kawasan selamat BN adalah sekadar gimik politik untuk mengelirukan pengundi.

"Apa yang nyata ialah BN semakin kuat di kawasan Parlimen Penampang, khususnya dalam kalangan pengundi muda dan saya yakin dengan kerjasama semua sayap Pemuda komponen BN, kerusi Parlimen Penampang akan terus kekal di tangan BN," katanya selepas perjumpaan dengan Pemuda BN Penampang, di sini malam tadi.

Kerusi Parlimen Penampang kini disandang Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang juga Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok.

Mengulas lanjut, Awang Kadin berkata Pemuda BN Sabah akan memperhebat kempen mendekati pengundi muda 'atas pagar' dalam usaha membantu BN meraih kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Penampang, Hafiz Sua Abdullah member jaminan akan memberi sokongan padu kepada Dompok jika beliau dicalonkan semula di kawasan Parlimen Penampang.

Beliau berkata sejak pilihan raya umum 2008, BN telah membawa banyak pembangunan di kawasan Penampang, dan berharap rakyat Penampang akan terus memberi sokongan padu kepada BN demi masa depan yang lebih cerah.

Berita Bertarikh Pada 10:28 AM

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved