ads

Rabu, 26 Disember 2012

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Jadual Perdana Menteri <b>Di Sandakan</b> Hari Ini Padat | Kamaluddin&#39;s <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2012 12:28 AM PST

SOKONGAN PADU... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai ketika menghadiri majlis bersama rakyat dan pecah tanah Masjid Lupak Meluas di Batu Sapi

SOKONGAN PADU… Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai ketika menghadiri majlis bersama rakyat dan pecah tanah Masjid Lupak Meluas di Batu Sapi

SANDAKAN, 16 Dis  — Jadual lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke sini Ahad padat dengan menghadiri tiga acara pada sebelah pagi dan satu acara pada tengah hari.

Beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijadual menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat Batu Sapi di Kampung Lupak Meluas pada pukul 9 pagi.

Selepas itu Najib akan melakukan pula acara pecah tanah bagi pembinaan masjid baru, yang terbesar di Batu Sapi dengan anggaran kos kira-kira RM5 juta.

Beliau kemudiannya akan merasmikan Kongres Parti Liberal Demokratik di sebuah hotel, diikuti dengan menghadiri majlis makan tengah hari bersama komuniti gereja dan badan bukan kerajaan sebelum berlepas pulang.

Sepanjang lawatan beliau, perdana menteri diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin.

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


14 Rumah Kedai Musnah Dalam Kebakaran <b>Di Tawau</b> | MyNewsHub

Posted: 26 Dec 2012 01:39 AM PST

TAWAU – Empat belas buah rumah kedai sederet musnah dalam kebakaran di Taman Semarak di sini Rabu.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Tawau Norhani Jumdani berkata kesemua rumah kedai itu tidak berpenghuni ketika kejadian berlaku pada pukul 12 tengah hari.

Norhani berkata tiga jentera dengan 20 anggota bergegas ke tempat kejadian namun ketika bomba tiba, beberapa deretan kedai telahpun musnah.

"Pihak bomba mengambil masa lebih sejam untuk mengawal sepenuhnya kebakaran daripada merebak ke kedai lain," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata pihaknya terpaksa menggunakan air kumbahan yang terletak kira-kira 200 meter dari tempat kejadian kerana pili bomba rosak. – BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


lawatan karoling 2012 <b>di</b> taman sg. labuk, <b>beluran</b> - komiti liturgi <b>...</b>

Posted: 12 Dec 2012 06:36 AM PST

OUR LADY OF FATIMA, BELURAN
( Lawatan Karoling Di Rumah Saudara Hendrickus B. Nadus )












12 Disember 2012 -  Kerasulan Belia Katolik, Gereja Our Lady Of Fatima, Beluran telah membuat lawatan karol di Taman Sg. Labuk, Beluran. Salah sebuah rumah yang dikunjungi ialah rumah saudara Hendrickus B. Nadus ( Penyelaras Komiti Liturgi merangkap Penasihat KBK. OLOF ). Kekuatan pelayanan para belia melalui doa dan lagu-lagu karol semasa musim Adven ini menyemarakkan lagi semangat para umat yang dikunjungi untuk terus bersedia menyambut Kelahiran Tuhan Yesus dalam setiap peribadi, keluarga seterusnya komuniti; sehingga perayaan Natal 2012 ini akan menjadi lebih bermakna. Semoga Tuhan Yesus, Raja Kerahiman Ilahi memberkati para belia dan beliawanis OLOF. TAHNIAH.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved