ads

Sabtu, 13 Oktober 2012

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


UMNO Online - Karnival Kerjaya “BN Youth Job Fair” <b>Di Sandakan</b> <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2012 11:14 PM PDT

Kategori Utama

Karnival Kerjaya "BN Youth Job Fair" Di Sandakan Tawar 7,000 Peluang Pekerjaan

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Karnival kerjaya terbesar "BN Youth Job Fair" di negara ini akan kembali dianjurkan di negeri Sabah pada 22 dan 23 September 2012 bertempat di Harbour Mall, Sandakan, Sabah.

Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussain Akhtar Hussain berkata, pada tahun lalu ianya dianjurkan di Kota Kinabalu tetapi pada tahun ini karnival yang sama diterbangkan ke Sandakan, Sabah kerana mengambil kira keperluan dan permintaan rakyat di negeri Sabah khususnya golongan muda di Sandakan.

Jelas beliau Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman akan menyempurnakan majlis perasmian program ini pada hari pertama karnival.

"Negeri Sabah merupakan destinasi kedua BN Youth Job Fair 2012 selepas Stadium Nasional Bukit Jalil pada bulan Mei yang lalu.

"Pada kali ini,  BN Youth Job Fair terdapat sedikit kelainan dengan beberapa penambahbaikkan dalam pengisian penganjuran bagi memenuhi keperluan dan minat golongan muda negara ini. Peluang yang diberikan bermula dari lepasan SPM hingga ke peringkat tertinggi termasuk yang mempunyai pengalaman bekerja", katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi penganjuran, BN Youth Job Fair 2012 mendapat kerjasama yang cukup baik oleh pihak Kementerian, agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat GLC, syarikat multinasional dan syarikat-syarikat korporat.

Antara Kementerian dan syarikat yang akan menyertai karnival di Sandakan ialah Bahagian Francais Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK), MARA, PETRONAS, Brandt International dan banyak lagi yang bakal menawarkan hampir 7,000 peluang pekerjaan kepada masyarakat di Sandakan dan seluruh Sabah.

Nazir berkata untuk warga Sandakan, BN Youth Job Fair 2012 ini menjadi lapangan yang cukup baik kerana penganjur menekankan peluang-peluang pekerjaan yang sebahagian besarnya ditawarkan untuk berkhidmat di kawasan berkenaan sahaja.

"Ini memberi kemudahan yang cukup baik agar tiada berlaku penghijrahan golongan muda untuk bekerjaya. Jika, diimbas dalam penganjuran yang sama pada tahun lalu di negeri Sabah, sebahagian besar pengunjung berjaya mendapat peluang pekerjaan mengikut bidang dan kemahiran serta kelayakan yang mereka ada.

"Kita yakin dan percaya penganjuran di Sandakan ini akan memberi manfaat sepenuhnya kepada seluruh warga Sandakan dan Sabah amnya dalam memperolehi peluang pekerjaan dan peluang-peluang yang ditawarkan sebagai kunci kejayaan membina masa hadapan yang lebih sejahtera dan berjaya.

"BN Youth Job Fair 2012 di Sandakan ini juga memperlihatkan bahawa peluang-peluang pekerjaan di negeri Sabah adalah banyak dan pelbagai. Ini semua terhasil di atas kebijaksanaan kerajaan negeri Sabah mengurus ekonomi serta membawa pelaburan yang berterusan ke negeri ini", ujarnya.

Justeru beliau berharap seluruh warga Sandakan dan Sabah serta golongan pencari kerja yang tinggal berdekatan dapat meluangkan masa hadir untuk merebut peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan melalui BN Youth Job Fair ini yang dianjurkan selama dua hari pada 22 dan 23 September 2012 bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang di Harbour Mall, Sandakan.

"Suka untuk saya mengingatkan kepada pengunjung-pengunjung yang akan datang supaya bukan hanya membawa resume yang lengkap malah apa yang lebih menjadi keutamaan adalah untuk mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal.

"Rebutlah peluang serta kemudahan yang diberikan ini sebaiknya dengan usaha dan kesungguhan bagi meyakinkan majikan-majikan yang hadir kerana temuduga secara terus turut diadakan. Kami mensasarkan, lebih dari 80 peratus peluang pekerjaan yang ditawarkan di Sandakan ini dapat diisi melalui penganjuran karnival ini," tambahnya lagi. -MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 2:14 PM

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


1 MALAYSIA: Gambar Perdana Menteri Janji Di Tepati <b>Di Kudat</b> <b>...</b>

Posted: 13 Oct 2012 10:30 PM PDT

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


MIMPI SENJA: [Video] Ceramah DSAI <b>di Tenom</b> Sabah 12/10/2012

Posted: 12 Oct 2012 07:43 PM PDT

ZAKRI ALI: [Video] Ceramah DSAI <b>di Tenom</b> Sabah 12/10/2012

Posted: 12 Oct 2012 09:30 PM PDT

AL QURAN : Surah Hud Ayat 113 - BERMAKSUD : "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim yang akan menyebabkan kamu dibakar api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun selain daripada ALLAH SWT. Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Z-o-o-m!: Guru didakwa liwat murid <b>di Penampang</b>

Posted: 12 Oct 2012 09:08 AM PDT

SEORANG kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun, murid Tahun Satu di sebuah sekolah, di Penampang, didakwa diliwat  gurunya  bulan lepas.

Ibunya membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing. Dia, bagaimanapun, kecewa sebab tidak mendapat salinan laporan itu.

Menurut wanita tersebut, seorang ibu tunggal, semasa dia memandikan anaknya pada bulan lepas, anaknya mengadu sakit pada bahagian duburnya.

"Apabila saya melihat lebih dekat, saya mendapati ada bengkak di bahagian sekeliling duburnya. Saya bertanya kepadanya apa yang berlaku, dan dia menceritakan apa yang terjadi. Dia mengatakan seorang guru lelaki membawanya ke tandas dan menguncinya.

"Guru itu kemudian memintanya menanggalkan seluarnya, selepas itu dia (guru) menyapu gel ke dalam duburnya (budak). Katanya, dia berasa sakit apabila guru itu memasukkan kemaluannya.

"Anak saya juga mengatakan ini bukan kejadian pertama kerana dia pernah diliwat beberapa kali," kata ibu tersebut.

Wanita itu membuat laporan polis pada malam itu juga kerana dia merasakan perkara itu perlu disegerakan.

Pada hari esoknya, dia membawa anaknya ke hospital untuk diperiksa dan doktor memberitahunya terdapat kesan melecet di dalam duburnya.

Budak lelaki itu dan kakaknya tidak ke sekolah sejak itu kerana takut dijadikan mangsa, menurut ibu mereka.

Ibu budak itu berkata dia akan membawa anaknya ke hospital untuk kaunseling pada minggu hadapan seperti dinasihatkan.

"Walaupun saya ditegah pihak tertentu, saya mesti memberi amaran kepada ibu bapa lain melalui media kerana saya tidak mahu kanak-kanak lain mengalami nasib serupa," katanya.

Polis difahami sedang menyiasat kes itu.

Sumber:

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved