Minggu lepas aku dan keluarga telah pergi Kota Kinabalu di Jalan Sulaman untuk melihat showroom Universiti Utama Condominium yang kini sedang dalam pembinaan. Aku dan isteri dah lama bekerja  tapi masih belum lagi memiliki rumah untuk keluarga. Bertahun-tahun hanya menyewa. La ni dengan sedikit kelebihan kewangan maka kami merancang untuk membeli sebuah rumah. Walaupun kami di Kudat, tapi takda pulak keinginan untuk membeli rumah di Kudat. Sebaliknya hati lebih tertarik untuk mencari di kawasan Kota Kinabalu yang sedang pesat membangun terutama di sepanjang Jalan Sulaman.

Agak lama jugak kami ambil masa untuk membuat keputusan untuk membeli rumah di UUC tu. Maklumlah kewangan perlu stabil untuk 2 tahun yang akan datang kerana rumah dijangka siap pada pertengahan tahun 2014. Tambahan pulak kami telah memilih untuk mengambil unit rumah 3 bilik tingkat 1, non-bumi lot, saiz yang paling luas dan terletak blok kedua dari hadapan dengan harga berjumlah RM 268,888. Boleh juga dapatkan harga yang lebih murah dengan membeli unit bumi lot, tetapi kedudukan bloknya terletak di 3 blok terakhir, yakni berhampiran dengan bukit dan hutan. Pada pemikiran aku jugak dengan kedudukan blok di depan lebih memudahkan kami nak keluar masuk kerana berhampiran dengan pintu keluar masuk dan lain-lain kemudahan.

Lepas aje pergi tengok showroom, terus hati semakin terpikat. Harga rumah tu termasuk dengan perabot rumah kecuali TV dan fridge. So kelihatan lebih lawa dengan designnya yang cukup-cukup dan sesuai dengan perabot. Rumahnya juga dilengkapi dengan Intelligent/Smart Home system. Suis depannya macam touch screen pun ada.

Kat bawah ni gambar yang aku sempat snap:

UUC

UCC

UCC

UCC

UCC

UCC

Rumah ni tak la sebesar mana. Tapi nilai/harga rumah di sabah ni agak mahal. Dalam perkiraan akulah, mungkin lebih antara 30%-40% berbanding harga di semenanjung. Hatta di Kudat tu pun harga rumah teres intermediate 3 bilik bersaiz 880 square feet, berharga RM 210,000. Rasanya kalau di Sungai petani dah boleh dapat rumah Semi-D kot. Siap boleh dapat tanah lapang lagi.