ads

Isnin, 17 September 2012

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


<b>Kudat</b> Folklore mengangkat nama Malaysia <b>di</b> Perancis - 1SABAH <b>...</b>

Posted: 11 Aug 2012 03:51 AM PDT

Sabah pastinya sangat berbangga dengan pencapaian yang telah dicapai oleh kumpulan penari kebudayaan dari Malaysia, Sabah, Kudat iaitu Kudat Folklore @ KUFA kerana telah menjadi pasukan terbaik dalam festival tersebut yang berlangsung di Perancis.
Galeri aktiviti pasukan dari Kudat ini boleh dilihat di laman-laman berikut
3. Website Festival

Antara video aktiviti persembahan pasukan Malaysia (Sabah) dalam festival tersebut.

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Masalah Bekalan Air Bersih Semakin Meruncing <b>di Semporna</b> <b>...</b>

Posted: 17 Sep 2012 10:08 PM PDT

Apabila saya menyebut Semporna, pasti ramai yang terbayang dengan pulau dan tempat peranginannnya yang cantik. Tapi, tahukah anda bahawa Semporna menghadapi kemelut catuan bekalan air bersih? Semacam tidak rasional di pendengaran,apabila masalah bekalan air bersih yang merupakan masalah biasa di Negara Dunia Ketiga turut dirasai di daerah Semporna yang terkenal dengan keindahan pulaunya di mata dunia.Tambahan pula,ianya terletak di sebuah negara yang pesat membangun, Malaysia.

Di kawasan pekan Semporna khususnya Bandar Utama,air akan dibekalkan setiap hari mengikut tempoh tertentu. Di kawasan ini, tiada air sebelum 8 pagi, antara 12 tengah hari sehingga 3 petang dan juga selepas 8 malam. Namun begitu, seringkali berlaku tidak terdapat bekalan air pada waktu yang sepatutnya air dibekalkan. Selain itu, penggunaan pam air juga seolah-olah menjadi kewajipan di setiap premis di pekan ini disebabkan oleh tekanan air yang rendah sewaktu air bersih dibekalkan.

Malahan, di sesetengah kawasan di daerah Semporna seperti Bugaya, catuan air yang lebih teruk dilakukan. Air bersih hanya dibekalkan 3 hari seminggu (Rabu, Sabtu, dan Ahad) dari jam 3 petang sehingga 9 malam sehingga slogan "1 Rumah 1 Perigi" amat sesuai untuk penduduk di kampung ini memandangkan setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya satu perigi bagi menampung masalah kekurangan bekalan air bersih,walau pun mereka terpaksa menggunakan air perigi yang masin.

Kami sedar akan peranan penting dan tanggungjawab sosial yang mampu dimainkan oleh pihak media hari ini yang telah banyak membantu dalam menyelesaikan masalah rakyat dengan membawa masalah mereka ke tengah masyarakat .Dengan itu,selaku warga tempatan di sini,kami mengambil keputusan untuk meminta kerjasama pihak media bagi mendedahkan hal ini kepada umum.Kami berharap agar tindakan ini mampu membuka mata pihak yang berwajib agar segera mengambil langkah proaktif bagi menangani masalah ini yang telah berlarutan sejak sekian lama.

Maka, kami sangat mengharapkan kerjasama pihak media untuk membantu kami dalam menyelesaikan masalah ini kerana keadaan catuan air bersih ini telah merencatkan aktiviti seharian penduduk tempatan serta menyebabkan keadaan rakyat tempatan yang majoritinya golongan berpendapatan rendah semakin terhimpit.Kami turut bersedia untuk memberi sebarang kerjasama yang diperlukan oleh pihak media untuk tujuan ini.Sebarang kerjasama dan jasa baik pihak tuan dalam mengatasi masalah ini pihak kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

By: Arnida Abdullah

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

Aduan yang berkaitan:

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Putera William dan Kate <b>di</b> Lembah Danum <b>Lahad Datu</b> Sabah | Cik <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2012 06:00 PM PDT

Selamat Datang ke Sabah Duke and Duchess of Cambridge :)
Pasangan diraja Britain Putera William dan Kate Middleton mengakhiri lawatan mereka ke negara ini dengan menikmati keindahan kawasan hutan hujan tropika yang terbaik di Malaysia.
Pasangan ini di terbangkan ke kawasan berkenaan dengan helikopter lapan tempat duduk.
Putera William dan Kate meredah hutan hujan tropika bagi merasai sendiri biodiversiti luar biasa di kawasan tersebut.
Putera William dan Kate turut merasai pengalaman berjalan di jambatan atas pokok sepanjang 300meter 
Duke dan Duchess of Cambrige kemudian berlepas dengan pesawat komersial ke Kota Kinabalu.


Malaysia adalah destinasi kedua selepas Singapura dalam lawatan selama empat hari pasangan diraja itu, berakhir 16 september ini bersempena sambutan 60 tahun pemerintahan Ratu Elizabeth II.


10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


sabahkini.net: PREMIS HIBURAN <b>DI KENINGAU</b> TIDAK TERKAWAL

Posted: 15 Sep 2012 01:30 PM PDT


PERTAMBAHAN Pusat  Hiburan, terutama karaoke di daerah Keningau seperti cendawan tumbuh selepas hujan kerana seolah-olah tiada sebarang kawalan daripada pihak berkuasa.
Mungkin juga pihak berkuasa hanya menutup sebelah mata setelah mendapat habuan; apatah lagi hampir kesemuanya beroperasi melebihi waktu yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan dan menjual minuman keras yang popular dengan gelaran 10:3.
Luahan perasaan oleh ibu bapa serta para ketua badan keagaaman di daerah ini amat perlu diberi perhatian serius. Mereka mempersoalkan kenapa tiada sekatan yang dikenakan kepada pengusaha-pengusaha pusat hiburan setelah pembukaan pusat hiburan seolah-olah tidak memerlukan lesen atau permit.
Andaian ini berdasarkan apa yang sedang berlaku sekarang. Premis-premis mencuci kenderaan, bengkel membaiki kenderaan, malah rumah-rumah persendirian  juga tidak kurang banyaknya telah diubah suai untuk dijadikan pusat-pusat hiburan.
Mengikut sumber yang boleh dipercayai, kebanyakan pusat hiburan ini dijaga oleh beberapa orang wanita tempatan yang turut menjadi GRO dan 'Mummy' tanpa perlu mendapat lesen daripada Majlis Daerah Keningau, Pejabat Daerah Keningau, Jabatan Kastam dan PDRM?
Lebih menguatkan andaian atau persepi buruk ialah ramai di kalangan pengunjung pusat hiburan ini adalah penjawat awam seperti pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah, Majlis Daerah, Jabatan Kastam, anggota PDRM serta guru-guru.
Jadi sekiranya  belum mendapat lesen, mengapakah penjawat awam berkenaan termasuk pihak penguatkuasaan tidak segan silu mengunjungi pusat hiburan berkenaan?
Adakah mungkin kerana ada unsur-unsur salahguna kuasa atau rasuah dari segi kebendaan atau pun rasuah seks? Di mana sudah letaknya Integriti penjawat awam?
Sewajarnya, sebelum menjadi bertambah parah, Pejabat Daerah Keningau, Majlis Daerah Keningau, Jabatan Kastam dan PDRM mengambil tindakan drastik dengan menutup dan menyita premis berkenaan yang menjalankan kegiatan tanpa lesen atau belum mendapat lesen beroperasi.
Agak menyedihkan ialah kehadiran ramai guru di premis berkenaan kerana mereka dikesan sebagai golongan paling ramai mengunjungi premis berkenaan sehinggakan telah menjadi bahan guruan yang mengatakan, "kalau dilemparkan batu di kalangan  orang yang asyik meneguk bir atau yang menari mengikut alunan lagu 'Tanak Kampung' maka sudah pasti akan terkena seorang guru."
Mungkin agak menghairankan dan sukar dipercayai jika seorang guru sanggup minum alkohol sehingga jam tiga subuh boleh melaksanakan tanggungjawabnya untuk mendidik anak bangsa pada keesokan harinya dengan sempurna?
Kata orang Keningau, guru berkenaan masih 'Kogutan' bah kerana lazimnya beliau akan meminta cuti sakit. Maka maka tidak hairanlah jika prestasi peperiksaan di kalangan murid-murid di daerah ini tidak menunjukkan sebarang peningkatan yang memberansangkan, malah menunjukkan teladan yang tidak baik kepada murid.
Manakala anggota PDRM yang selama ini diharap menguatkuasakan undang-undang, sebaliknya menyuburkan kegiatan tidak bermoral ini kerana mereka sering menyalahguna kuasa sehingga rakyat umum Keningau meminjam kata-kata Nabil, "Lu fikirlah sendiri".
Tidak berapa lama dulu kita dikejutkan dengan kes-kes yang melibatkan pegawai-pegawai atasan penguatkuasa undang-undang di daerah ini terlibat dalam kes-kes jenayah. Adakah gejala ini antara lainnya disumbangkan oleh masalah tersebut di atas?
Namun realitinya, keadaan sekarang telah terbukti menyumbangkan banyak permasalahan sosial dan kes jenayah di daerah ini. PDRM Keningau mungkin boleh memberi statistik yang tepat mengenai kes jenayah yang berpunca daripada si pelaku itu dipengaruhi oleh minuman alkohol
Kes-kes seperti rogol, pencabulan maruah dan pergaduhan sehingga membawa maut juga menunjukkan peningkatan. Begitu juga keresahan Mahkamah Anak Negeri Keningau dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Keningau yang menangani kes masalah rumah tangga dan keruntuhan akhlak yang berlipat kali ganda bilangannya.
Oleh yang demikian penulis mendapat saranan daripada orang yang amat perhatin mengenai masalah ini seperti berikut:-
-Adakan operasi bersepadu mengejut yang dianggotai oleh beberapa agensi pihak Penguatkuasa.
-Majlis Daerah Keningau (MDK) perlu mewujudkan kuota bilangan pusat-pusat hiburan di daerah ini.
-Pihak Penguatkuasa seperti MDK, Pejabat Daerah, PDRM dan Jabatan Kastam perlu mengambil tindakan tegas untuk menutup dan menyita mana-mana premis hiburan yang belum mendapat lesen atau permit. (No fear or favour)
-Jabatan Pelajaran perlu melakukan pemantauan aktiviti guru-guru selepas masa  mengajar khususnya yang mengunjungi premis-premis hiburan dan seterusnya mengambil tindakan tegas ke atas guru-guru berkenaan.
-Libatkan Mahkamah Anak Negeri /Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah dalam  operasi bersepadu.
-Bagi pembaca yang sependapat dengan saya, sama-samalah kita tunjukkan     teladan yang baik kepada anak-anak kita.
Perkara yang paling penting ialah memperkukuhkan pengetahuan agama masing-masing kepada ahli keluarga kita.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Kulaan Niring: Puaka Niring : Kejadian Awan Pelik <b>Di Kota Kinabalu</b> <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2012 05:05 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Puaka Niring : Kejadian Awan Pelik Di Kota Kinabalu 12 Jun 2012 Jam 7.40 am ... Korban Gempa Bumi Di China Mencecah 89 Orang. 1 hour ago. Unit Media Baru ... Tun Mahathir Ragui "Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia..." ...

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


Prof. Marine Mikat: Definisi Murut Tahol Sepulut <b>Nabawan</b> Sabah

Posted: 05 Sep 2012 04:33 AM PDT

Murut Tahol

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, suku kaum Murut adalah suku kaum pribumi Sabah yang tinggal di daerah Tenom, Keningau, Sipitang, Pensiangan, dan Nabawan. Kegiatan utamanya adalah menanam padi huma, berburu dan memungut rotan, madu lebah dan damar. Mereka tinggal di rumah panjang dan hidup dalam keluarga yang besar.

      Masyarakat Murut merupakan suku bangsa yang tertua sekali di Sabah, dan dipercayai datang dari Annam, Indo-China dan sampai ke Sabah melalui kepulauan Filipina. Cara hidup mereka hampir sama dengan cara hidup bangsa Mois iaitu Orang Asli negeri tersebut. Mereka juga mempunyai banyak persamaan dengan orang Dayak di Sarawak. Kawasan penempatan mereka ialah di daerah Tenom, Sapulut, Rundum, dan Sipitang. Berikut dipaparkan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat Murut di Sabah. Murut Tahol atau lebih di kenali sebagai Murut Tagal tinggal di kawasan pedalaman Daerah Nabawan yang hampir dengan kawasan Kalimantan Indonesia.

Sepulut

Sapulut berada dalam Daerah Nabawan. Sapulut terletak di sepanjang Sungai Sapulut. Sapulut terletak berdekatan dengan Gunung Antulai (1,713 meter). Kawasan yang hampir dengan Sapulut adalah Batu Punggul iaitu sebuah kawasan peranginan. Kaum yang mendominasi Sapulut adalah dari kaum Murut Tahol. Sepanjang Sungai Sapulut terdapat banyak kampung-kampung di bahagian kiri dan kanan. Mereka mendirikan petempatan di sepanjang sungai Sapulut.

Nabawan terletak di Pedalaman Sabah iaitu di bahagian Pantai Timur kepulauan Borneo. Populasi penduduk dianggarkan seramai 23,890 orang pada tahun 2000 dan kebanyakannya daripada etnik Murut. Daerah Nabawan meliputi kawasan 6089 km. Terletak di bahagian Selatan Sabah dan bersempadan dengan Tawau dan Kinabatangan di bahagaian Timur manakala Keningau dan Tenom di bahagian Barat Sabah. 

Menurut Ismaily Bungsu (1995:29-30), Sabah mempunyai ruang seluas 27,500 km persegi, di kelilingi oleh pantai sepanjang 1440 dari Sipitang ke Tawau. Berjiran dengn Filipina di sebelah Utara dan bersempadan dengan Kalimantan Timur Indonesia, Brunei dan Sarawak di sebelah Selatan. Sabah mempunyai 31 etnik kaum dan mempunyai 80 dialek selain Bahasa Melayu.

        Mengikut pendapat Lee Yong Leng (1982:1), Borneo utara iaitu negeri Sabah terletak d bahagian utara Pulau Borneo. Seluruh wilayahnya terletak dalam kawasan tropika, garis lintang 3 42' U di Puncak Sungai Padas ke 7 2'U di Semenajnung Kudat. Pulau ini meruncing ke bahagian Utara. Sehingga tidak ada satu pun tempat di sabah yang jauhnya luas saeratus batu dari laut.

        Negeri Sabah merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara kepulauan Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 73,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut China Selatanterletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan. Sabah adalah satu kawasan berbukit bukau. Kawasannya yang bergunung-ganang disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur. Banyak gua ditemui di hutan-hutannya. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah dengan ketinggian 4,101 meter. Sabah terdiri daripada 6 daerah pentadbiran yang dipanggil "Residensi" iaitu:Kudat, Pantai Barat - Utara dan Selatan, Pedalaman, Sandakan dan Tawau. Bandar-bandar utama di Sabah adalah Kota Kinabalu (ibu negeri), Keningau, Papar, Sipitang, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Semporna dan Lahad Datu.

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


1,000 tangki air untuk penduduk luar bandar <b>di Beluran</b> : The <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2012 02:19 AM PDT

BELURAN : Sebanyak 1,000 buah tangki air diagihkan kepada penduduk luar bandar di daerah ini bagi membantu mereka mendapatkan bekalan air melalui tadahan air hujan atau air bukit.

 

Pemberian tangki air itu disalurkan melalui Pejabat Pembangunan Negeri Sabah dan Pejabat Daerah Beluran dengan penerima kebanyakan mereka adalah peserta miskin di bawah e-Kasih.

 

Datuk Ronald Kiandee

Sebagai permulaan, 46 buah tangki tersebut diserahkan kepada penerima dari Kampung Ulu Sapi yang disempurnakan oleh Anggota Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee di kampung itu semalam.

 

Ketika dihubungi Bernama hari ini, Ronald berkata pemberian tangki itu merupakan antara usaha yang diambil oleh kerajaan bagi membantu penduduk luar bandar yang tiada bekalan air paip.

 

Beliau berkata pihaknya menyedari masalah beberapa kampung yang belum mendapat bekalan air disebabkan kawasan kampung yang terletak jauh di luar bandar dan di kawasan pulau. – BERNAMA

Category: Bahasa Malaysia News

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved