ads

Sabtu, 23 Jun 2012

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


Kedahkini: Sesuatu yang Ajaib <b>di</b> Sabah ada " <b>Kota</b> Tersembunyi "

Posted: 16 Jun 2012 10:20 PM PDT


GAMBAR yang anda saksikan ini bukanlah sulap atau pondok sementara tetapi 'ISTANA' milik seorang warga emas, MONGKILOU BTE AHMAD, yang terletak lima kilometer dari Pekan Kota Marudu, "Kota Kemiskinan Sabah".

Beliau sudah menetap di rumah bambu beratapkan daun nipah ini sejak 10 tahun yang lalu. Mongkilou tidak pernah mendapat sebarang bantuan seperti rumah PPRT/E-Kasih atau yang berpatutan sejajar dengan kedudukannya sebagai Anak Jati Sabah yang dijanjikan rumah oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Kisah Mongkilou ini mengulangi tragedi sedih seorang balu di Kota Marudu, Rosnia @ Annie Marambal, 36, yang mengharapkan 'bulan jatuh ke riba' setelah memohon bantuan melalui program e-kasih.

Rosnia yang hidup bersama tiga anaknya di sebuah pondok usang di Kampung Kandaway, Kota Marudu, adalah bukti jelas berlaku 'gejala politik songsang' apabila mereka yang benar-benar memerlukan terus dipinggirkan, sebaliknya golongan berada mendapat bantuan yang dikhaskan untuk golongan miskin dan papa kedana.

Disebalik kemiskinan rakyak sabah negeri termiskin di Malaysia kita lihat kekayaan yang dimiliki oleh pemimpin besar di Sabah.

Lihat skandal Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal terbongkar apabila memberikan kelulusan tender kepada saudara terdekat dan kroninya yang memalsukan dokumen kontrak; bukan sahaja untuk menyertai korum, malah mendapatkan kontrak bernilai RM56 juta sekalipun syarikat berkenaan tidak mempunyai sumber kewangan kerana mencatatkan rugi bersih RM286,000. Timbalan Ketua Penerangan Pemuda AMK PKR Sabah, Citra Masadi, yang menghubungi Sabahkini.net selepas membuat laporan di Balai Polis Semporna terhadap syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd, Ahli Lembaga Tender KKLW dan Shafie Apdal menyatakan ruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia agak lembab menjalankan siasatan sehingga beliau terpaksa membuat

"Tim pemantauan PKR telah lama menjalankan siasatan dan akhirnya kita dapat banyak perkara yang tidak betul, terutama penglibatan keluarga Shafie dan kroninya sehingga banyak tender KKLW diberikan kepada kontraktor yang tidak berpengalaman dan merencatkan pembangunan di Sabah," ujar Citra lagi yang memaklumkan bahawa kenyataannya dalam Sabahkini.net bertajuk 'Sampai Bila Rakyat Guna Jalan Kerbau?' bukan merujuk kepada jalan utama Jeroco, sebaliknya jalan yang menuju ke jalan Jeroco yang di bawah pengendalian KKLW.

Citra menjelaskan bahawa beliau terpaksa membuat laporan polis bagi menghentikan kegiatan yang tidak sihat Shafie dan menjalankan tugasnya sebagai ahli PKR yang bertanggung jawab menegur kerajaan yang membazirkan wang. BUKTI....Salah satu bukti yang diserahkan kepada PDRM
Dalam laporan polisnya di Balai Polis Semporna tetapi diberi nombor laporan Putrajaya iaitu Presint 7/ 77006253, Citra mendakwa bahawa; "Pada hari ini lebih kurang jam12.30 tengahari, 25 Julai 2011, saya mendapat maklumat daripada tim pemantauan PKR bahawa syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd, nombor syarikat 789094-K telah mendapat dua projek serentak iaitu, Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) masing-masing bernilai RM21 juta dan RM35 juta.

Pemilik asal syarikat ini ialah Hj.Hassan Bin Osman iaitu saudara terdekat/kroni Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Memandangkan beliau (Hj Hassan) telah muflis, maka beliau melantik anaknya, Khairul Aziah Bte Hassan sebagai Pengarah Urusan dan Pemilik Saham syarikat berkenaan. Saya datang ke balai membuat laporan agar PDRM dan SPRM menyiasat dan menangkap Hj Hassan dan semua pengarah syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd kerana dipercayai mengemukakan dokumen palsu seperti penyata bank, caruman KWSP, sijil jurutera dan sebagainya untuk mendapatkan tnder berkenaan. Syarikat ini juga turut dibenarkan menyertai tender terbaru, iaitu Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Tulid, Lanas, Sook di Keningau dengan mengemukakan harga tender RM87.4 juta sekalipun mengemukakan dokumen palsu.

Laporan ini dibuat agar PDRM dan SPRM menyiasat dan menangkap Mentri KKLW Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana bersubahat, menyalahguna kuasa dan mempengaruhi Lembaga Tender KKLW meluluskan kontrak berkenaan kepada saudara terdekat/kroni. Laporan ini juga dibuat agar SPRM menyiasat dan menangkap Ahli Lembaga Tender KKLW yang membenarkan banyak syarikat tidak berkelayakan menyertai dan mendapatkan tender KKLW. Sekian laporan saya."/sabahkini

Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman (lahir 30 Mac 1951), merupakan Ketua Menteri Sabah yang ke-14 dan terkini. Beliau menggantikan Chong Kah Kiat pada 27 Mac 2003. Beliau juga merupakan pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO) di Sabah.

Dikatakan Musa mempunyai nilai kekayaan yang melampau tapi tiada siapa peduli, jika diteliti dengan benar, setakat menjadi Menteri Besar agak susah untuk mendapat kekayaan sedemikian, namun dalam UMNO segalanya mungkin dan tidak mustahil sama sekali.

SHAH ALAM, 15 JUN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut penjelasan dan deklarasi aset sepenuhnya daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang didakwa terlibat dalam kegiatan rasuah berdasarkan pendedahan "Sarawak Report".

Timbalan Setiausaha Agung PKR, Darrell Leiking berkata deklarasi berkenaan termasuklah segala aset dan harta yang disimpan di luar negara di atas nama beliau atau nama ahli keluarga.

Laman web "Sarawak Report" dalam beberapa artikel sejak bulan April mendakwa Musa secara sistematik merompak hasil Sabah sejak 1996 dengan mengaut keuntungan melalui rasuah jualan balak.

Dalam satu artikel bertarikh 10 Jun 2012, "Sarawak Report" mempamerkan dokumen-dokumen yang mendedahkan Musa menyimpan wang melebihi USD 90 juta (RM270) juta di bank-bank di Hong Kong dan Zurich.

"Kami difahamkan bahawa kes tersebut telah disiasat badan anti-rasuah di Hong Kong iaitu Independent Commission Against Corruption (ICAC).

Menurut Darell, IACA mendakwa Musa terlibat di dalam transaksi wang haram atau "money-

laundering" melalui beberapa ajen – termasuklah Michael Chia dan peguam Richard Barnes.
Beliau juga menggunakan akaun-akaun di luar negara untuk cuba menyembunyikan identiti beliau.

Darell berkata demikian di dalam satu kenyataan bersama Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua serta Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, R. Sivarasa.
"Sarawak Report" turut mendakwa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail cuba melengahkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Musa.
"Untuk makluman semua, Tan Sri Abdul Gani Patail juga mempunyai pertalian persaudaraan dengan Datuk Seri Musa Aman.

"Tan Sri Abdul Gani Patail wajib menjawab dakwaan bahawa beliau telah melengahkan siasatan SPRM sama ada secara langsung ataupun tidak, hingga mengakibatkan pihak ICAC tidak dapat mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Musa," kata Darrel.

"Difahamkan siasatan terhadap bank UBS AG, yang didakwa membantu menyalurkan wang haram ("money-laundering") Datuk Seri Musa, akan bermula di Switzerland.
"Mengapa Kerajaan Malaysia kelihatan seperti enggan melaksanakan sebarang tindakan undang-undang berkaitan dakwaan rasuah Datuk Seri Musa Aman? " soal mereka lagi.

10 di tambunan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tambunan - Google Blog Search


sabahkini.net: NAJIB, PM PERTAMA LAWAT <b>TAMBUNAN</b>

Posted: 19 Jun 2012 08:02 PM PDT


TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyifatkan kunjungan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak merupakan detik yang bersejarah di daerah yang terkenal dengan tanaman halia ini.
Katanya, ia menjadi detik yang bersejarah kerana beliau (Dato' Seri Najib) adalah Perdana Menteri yang pertama melawat daerah ini.
"Selain Perdana Menteri yang pertama melawat daerah ini, penubuhan Kolej KDM di daerah ini khususnya dan Pedalaman amnya juga detik yang bersejarah kerana impian masyarakat di kawasan ini untuk mendapatkan Kolej tersebut menjadi realiti," kata Pairin semasa berucap sempena Majlis Bersama Rakyat dan Pecah Tanah Kolej KDM Tambunan yang disempurnakan oleh Perdana Menteri di Pisompuruan Square di sini baru-baru ini.
Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambunan berkata, kunjungan Perdana Menteri di daerah ini tidak sia-sia kerana ia melakar sejarah yang berkekalan apabila wujudnya Kolej KDM yang menjadi impian masyarakat KDM di kawasan ini.
"Apabila Kolej KDM ini beroperasi kelak ia akan memberi kemudahan kepada masyarakat di daerah ini untuk menghantar anak-anak mereka yang melanjutkan pelajaran," katanya.
Pada masa ini katanya, ramai anak-anak masyarakat di kawasan Pedalaman tercicir untuk melanjutkan pelajaran di IPTA/IPTS sama ada di Semenanjung dan di Kota Kinabalu kerana ramai ibu bapa yang tidak mampu menghantar anak mereka atas faktor kos yang tinggi.
Ini katanya, menyebabkan ramai anak-anak masyarakat di kawasan ini tidak berpeluang mendapat kemahiran dan latihan teknikal di IPTA/ IPTS.
Tetapi apabila Kolej tersebut siap kelak ia akan memberi kemudahan kepada anak- anak masyarakat di kawasan ini melanjutkan pelajaran dalam bidang yang ditawar bagi membolehkan mereka setanding dengan masyarakat lain di negara ini.
Sementara itu, seorang pendidik Nordin Lawanding 50, dari Kg. Kumawanan menyambut baik penubuhan Kolej KDM di Daerah.
Katanya, penubuhan Kolej ini sudah tentu memberi peluang kepada anak-anak di daerah ini dan kawasan Pedalaman keseluruhannya melanjutkan pelajaran mereka.
Dalam masa yang Nordin yang juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Tambunan meminta rakyat di kawasan ini agar menyokong pemimpin-pemimpin yang mencadang penubuhan Kolej KDM ini.
Nordin juga mencadangkan agar pihak yang berkenaan wujudkan kelas sementara bagi membolehkan operasi dilaksanakan sementara menunggu pembinaan bangunannya siap.
Ini katanya, supaya rakyat tidak tertunggu-tunggu disamping membolehkan anak- anak di kawasan ini dapat melanjutkan pelajaran dalam masa yang terdekat.
Beliau mencadangkan agar operasi sementara dijalankan bangunan SMK Nambayan Tambunan kerana sekolah berkenaan hanya menjalankan pembelajaran sesi pagi.
"Jika Kolej KDM menjalankan operasi lebih awal ia boleh menumpang bangunan sekolah itu untuk menjalankan pembelajaran atau pengajian pada sebelah petang" katanya.
Seorang penduduk Benjamin Bianus 55, dari Kg. Sungoi turut menyambut baik penubuhan Kolej KDM di daerah ini.
Benjamin seorang petani yang baru tahu penubuhan kolej berkata, walaupun beliau tidak tahu apa itu Kolej KDM tetapi beliau bersetuju ia diwujudkan di daerah ini.
Katanya, seperti sekolah yang menjadi tempat anak-anak belajar begitulah juga dengan kolej itu.
Bagi dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambunan, Anney Justin dari Kg. Tombotuon dan Vianylyn Philip dari Kg. Pantai berkongsi pendapat menyambut baik penubuhan Kolej itu.
"Kami berharap menjadi pelajar yang pertama memasuki Kolej KDM itu nanti," kata kedua-dua pelajar tingka- tan lima SMK Tambunan itu.
Seorang pemimpin masyarakat yang merupakan Ketua Anak Negeri (KAN) Tambunan Shalan Hamidin 49, pula bersyukur dengan penubuhan Kolej KDM itu yang menurutnya telah diimpi-impikan oleh masyarakat Tambunan selama ini.
"Sebagai pemimpin masyarakat di daerah ini, saya berterima kasih kepada Huguon Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan kerana memainkan peranan penting dalam penubuhan Kolej KDM ini," kata Shalan. (NST)

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


LAJIM: 380000 PTI Telah Didaftar <b>Di Negeri Sabah</b>....

Posted: 18 Jun 2012 10:09 PM PDT

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved