ads

Isnin, 11 Jun 2012

10 di tambunan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tambunan - Google Blog Search


sabahkini.net: PAMERAN MINI JOB FAIR <b>DI TAMBUNAN</b> 17 JUN

Posted: 11 Jun 2012 02:08 AM PDT


KOTA KINABALU : Selepas sambutan menggalakkan bagi pameran mini Job Fair di Ranau tahun lepas, Kementerian Sumber Pembangunan dan IT kini akan menganjurkan dua pameran yang sama di tempat lain tahun ini.
Pameran pertama akan diadakan di Tambunan pada 17 Jun di Pisompuruan Square manakala Beaufort akan menganjurkan pameran yang sama pada Oktober. Pameran utama Job Fair itu sendiri akan diadakan di Kota Kinabalu pada 30 Nov-1 Dis.
"Sasaran kami adalah menyediakan kepada mereka peluang untuk menimbang pilihan majikan mereka dan mendapatkan pekerjaan yang diidamkan," kata Datuk Dr Yee Moh Chai, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah dalam satu kenyataan di sini.
Tahun lepas, apabila Kementerian mengadakan pameran pekerjaan pertamanya di Ranau, luar dari Kota Kinabalu, ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Bagi mereka yang berminat menyertai pameran itu atau memerlukan maklumat lanjut mengenainya boleh menghubungi Moira David atau Susan Oh di talian 088-288325. (Bernama).

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Kongres 1000 belia Jiangmen sedunia <b>di Kota Kinabalu</b>

Posted: 04 Jun 2012 11:58 PM PDT

Bandaraya Jiangmen pada waktu senja

 

Kongres Ketiga Belia Jiangmen Sedunia pada Jun 1- 3 telah berjaya diadakan di Sutera Harbour Resort dengan penyertaan seramai 1,050 delegasi belia Jiangmen dari 30 negara dan wilayah yang berhimpun bagi menghadiri kongres berkenaan.

Mereka datang dari China, Hong Kong, Macau, Taiwan, Amerika, Kanada, England, Australia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina dan Malaysia. Kongres seperti ini dapat meningkatan kedatangan pelancong ke Kota Kinabalu, Sabah.

Upacara majlis perasmian kongress berkenaan telah disempurnakan oleh wakil Ketua Menteri Sabah, Dr Yee Moh Chai pada Jun 3 di Grand Ballroom The Pacific Sutera Harbour Resort dan disusuli dengan mesyuarat delegasi kongres, mesyuarat presiden dan seminar-ekonomi sains.

Acara dwi-tahunan itu pertama kali diadakan di Jiangmen, China pada Oktober 2008, dan di Macau, China pada November 2010.

Pada Jun 3, satu Memorandum Persefahaman (MOU) bertajuk 'Mempromosikan Pertukaran Mesra' antara Kota Kinabalu dan Majlis Perbandaran Jiangmen; dan satu lagi MOU 'Mempromosikan Pelancongan Pertukaran' dan kerjasama antara Kementerian Kebudayaan Pelancongan dan Alam Sekitar negeri Sabah serta Majlis Perbandaran Jiangmen telah ditandatangani.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Abidin Madingkir merasmikan pamiran seni Jiangmen di Kota Kinabalu dengan seorang penganjur Susan Wong.

Pengerusi Penganjur kongres berkenaan, Datuk Susan Wong Siew Guen berkata, "Majlis menandatangani MOU melibatkan promosi aktiviti di antara dua kawasan serta mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan kerajaan China."

Satu forum ekonomi telah diadakan pada hari yang sama di Pacific Wing Sutera Harbour Resort yang menampilkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong telah menyampaikan pembentangan beliau mengenai 'Prospek Ekonomi Malaysia'.

Tiga topik mengenai 'Peluang Baru untuk Asean-Jiangmen Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan',  'Amalan Pembangunan Rendah Karbon dan Kerjasama Ekonomi Hijau' Amerika Utara-Asia , dan 'Naik Taraf dan Menyepadukan, Memutar Krisis ke dalam Peluang' telah dibentangkan.

Bersempena dengan Kongres Belia Sedunia berkenaan, satu pameran telah diadakan mengenai pertukaran perdagangan, pelancongan dan kebudayaan di ruang legar Grand Ballroom Magellan Wing Sutera Harbour Resort.

Pameran itu dirasmikan oleh Datuk Bandaraya Abidin Madingkir. Peserta dari Sabah mempamerkan pelbagai produk perdagangan melalui pelancongan, budaya, seni dan kraf, perdagangan dan sektor barangan pengguna.

Lokasi Wilayah Bandaraya Jiangmen.

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Iteration: Sains&Inovasi, KDCA <b>Penampang</b>

Posted: 19 May 2012 05:28 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Sains&Inovasi, KDCA Penampang. Sains & Inovasi - ... Misi ke empat tercapai untuk melawat ke semua pekan utama di negeri Sabah. Misi ini bukan sahaja untuk melawat tetapi bercuti di negeri send... Suzuki Malaysia on ...
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved