ads

Khamis, 26 April 2012

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


Majlis Guru Cemerlang Zon Utara Sabah: Takwim MGC 2012

Posted: 25 Apr 2012 05:33 AM PDT


Cadangan Aktiviti / Program
Pelaksanaan fasa-fasa program dalam Projek Merekrut GC 2011-2013
di Kota Marudu, Kudat dan Pitas
Program-program atau projek berpangkalan di Kudat
Perincian setiap program atau projek akan ditentukan kemudian oleh para GC di Kudat
Bengkel membina modul  (SPM)
Bengkel membina modul LINUS sekolah rendah
Seminar Tora Tora Untuk Guru (SPM)

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


BORNEO DIGEST: 3000 PENGGUNA KERETAPI <b>DI TENOM</b> KECEWA

Posted: 05 Feb 2012 06:18 AM PST


TENOM (Sabah Malaysia): Ketika Jabatan Keretapi Negeri Sabah melancarkan perkhidmatan 'keretapi wap' pada Sabtu, penduduk di enam buah kampong dalam kawasan Pangi yang berjumlah Kira-kira 3000 orang,  mendesak kerajaan  supaya melakukan sesuatu yang lebih positif untuk menangani masalah kerosakan jentera lokomotip, yang menyebabkan perkhidmatan keretapi yang menjadi pengangkutan utama penduduk di situ terganggu sejak lebih sebulan yang lalu.
   Perkampungan penduduk itu terletak di pesisir Sungai Padas dan hanya boleh dihubungi melalui perkhidmatan keretapi.
   Penduduk mendakwa kerugian besar disebabkan hasil tani mereka gagal dipasarkan di Pekan Tenom, selain anak-anak mereka tidak dapat ke sekolah sejak lebih sebulan yang lalu.
   "Sepatutnya sesuatu telah dilakukan untuk meringankan bebanan penduduk," jelas Manggang Ingkim, 66 kepada wartawan – beliau merupakan mantan Pengerusi JKKK Kg. Pangi.
   Ketua kampong di situ Solomon Tandon, 47 turut kesal kerana sehingga kini semua pihak yang bertanggungjawab mengambil sikap membisu.
   "Seolah-olah mereka menafikan terdapat manusia wujud di di kawasan itu," tambah seorang penduduk yang bertugas di salah sebuah jabatan kerajaan di Pekan Tenom.
   Penduduk yang ditemui di situ memberitahu, desakan yang mereka luahkan bukan bersifat menentang kerajaan tetapi mereka mahu masalah mereka diselesaikan dengan segera.
   "Kami mahu kerajaan tahu bahawa kami ada di sini," jelas seorang aktivis masyarakat yang enggan namanya dipetik  dan menambah;
   "Kami mahu Pegawai Daerah dan Wakil Rakyat kawasan itu datang untuk melihat kesengsaraan penduduk di situ,".
    Perkhidmatan keretapi yang menjadi pengangkutan utama penduduk di enam buah kampong di kawasan itu tergendala sejak lebih sebulan yang lalu, ekoran daripada kerosakan injin lokomotif kenderaan itu.
    Kampung-kampung yang terlibat ialah – Rayoh, Batu 75, Batu 78,  Kalandos, Pangi Proper dan Matolop.
   Sekolah SK Pangi turut terjejas disebabkan murid-murid yang datang daripada enam buah kampong tersebut, tidak dapat hadir ke sekolah.
    Sebelum ini penduduk menggunakan troli buatan sendiri sebagai pengangkutan alternatif, namun kerajaan mengharamkan penggunaan kenderaan itu kerana dikatakan berisiko tinggi.
   Penduduk bagaimanapun mendedahkan penduduk terpaksa menggunakan troli tersebut sebagai pengangkutan penduduk, selain digunakan untuk mengeluarkan hasil tani mereka seperti getah, kopi  dan padi yang dianggarkan 1000 tan pada setiap bulan.
    Mereka juga menagih janji seorang timbalan menteri yang pada tahun 2011, telah berjanji untuk membina sebuah pemancar telekomunikasi di kawasan itu, bagi menyelesaikan jurang digital yang sedang dihadapi oleh penduduk di situ, namun janji tersebut masih belum ditunaikan.
   "Kami benar-benar sedih dengan keadaan ini," jelas KK Solomon dan berkata, "kemerdekaan bagi penduduk di situ seolah-olah tidak membawa sebarang makna".

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Angin Kencang, Ribut Petir Dan Hujan Lebat <b>Di Keningau</b> <b>...</b>

Posted: 22 Apr 2012 05:12 AM PDT

KENINGAU: Angin kencang yang diikuti ribut petir dan hujan lebat pada lewat petang Jumaat, telah menyebabkan berlaku beberapa insiden atap rumah diterbangkan, kemalangan jalan raya dan terputus bekalan elektrik.

Kejadian yang berlaku jam 4.30 petang itu menyebabkan atap sebuah rumah milik Charles Ensin di Kampung Limbawan, di sini telah roboh di bahagian depan akibat diterbangkan angin kencang.

"Dua kereta yang diletakkan di bawah rumah itu turut mengalami kerosakan kecil akibat dihempap atap yang roboh itu," kata abang Charles, Razali Johnton Ensin, yang tinggal berhadapan rumah itu ketika menghubungi Utusan Borneo di sini.

Menurut beliau, hanya terdapat kerosakan kecil sahaja pada kedua-dua kenderaan itu dan tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian itu.

Johnton berkata antara mereka yang melawat tempat kejadian ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat Liawan, Rosdi Padiman serta beberapa pemimpin Umno Bahagian Keningau.

Beliau menyifatkan kejadian angin kencang disertai ribut petir dan hujan lebat itu amat menakutkan kepada penduduk di kampung itu yang masih teringat tragedi taufan Greg yang berlaku pada 1996.

Katanya, dalam keadaan ketakutan, penduduk bersiap berpindah sekiranya banjir besar berlaku di Sungai Pampang. Bagaimanapun, tiada banjir berlaku walaupun hujan begitu lebat.

Sementera itu, polis mengesahkan berlaku satu kemalangan jalan raya apabila sebuah kereta Toyota Hilux Double Cab terbabas sendiri di Kampung Bariawa Ulu, Jalan Keningau-Kiamnis, berikutan angin kencang dan hujan lebat itu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Zahari Mohamed, berkata kenderaan itu terbabas sendiri di sebelah kiri jalan, lalu terbalik.

Katanya, pemandu kenderaan itu, seorang lelaki berusia 45 tahun, dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Keningau dan tidak mengalami kecederaan.

"Punca kemalangan adalah disebabkan brek tidak berfungsi," katanya.

Dalam pada itu, bekalan elektrik termasuk perhubungan telefon turut tergendala di seluruh daerah ini selama beberapa jam dan hanya pulih seperti biasa jam 7.00 malam kelmarin.

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/04/22/angin-kencang-ribut-petir-dan-hujan-lebat-di-keningau/#ixzz1slpw5JAT

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


IdrisTalu: Masjid Negeri Sabah <b>di Kota Kinabalu</b>.

Posted: 05 Apr 2012 07:54 PM PDT

إدريس اسماعیل تالو ‎
Idris Ismail Talu


Masjid Negeri Sabah dibina di kawasan seluas 14.5 ekar. Terletak di kawasan strategik bulatan Sembulan antara Jalan Mat Salleh dan Jalan Sembulan. Rekabentuk Masjid ini dicipta oleh Arkitek Jurubena Betiga. Kubah besar yang terletak di bahagian kiblat masjid diilhamkan dari masjid lama dan termasyhur di dunia seperti masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Masjid Biru di Istanbul dan Masjid Jamek di New Delhi dan Lahore.

Menaranya setinggi 215 kaki diilhamkan daripada Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah. Masjid ini dirasmikan pembukaannya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim pada 28 Jun 1977.

Sumber: Seksyen Dokumentasi, Arkib Negara Malaysia.


 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved