ads

Selasa, 18 September 2012

10 di sandakan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


sabahkini.net: NAJIB TERUJA SAMBUTAN <b>DI SANDAKAN</b>

Posted: 05 Sep 2012 02:44 AM PDT


SANDAKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, berkata beliau sangat teruja dengan sambutan luar biasa yang di- berikan masyarakat majmuk ketika kunjungannya ke daerah Sandakan pada Ahad lepas.
Presiden Umno yang datang bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansur sempena dua acara iaitu perasmian Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Libaran, Sandakan, Kinabatangan, Beluran dan Batu Sapi secara serentak dan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri yang telah berlangsung meriah di Dewan Serbaguna Sri Libaran.
Menurut pemimpin nombor satu negara itu, sambutan yang sungguh memberangsangkan ini membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin mendapat tempat di hati rakyat walau apa jua dakyah berbentuk hasutan cuba dilemparkan kumpulan pembangkang.
Malahan, katanya, keyakinan rakyat terhadap BN khususnya di negeri ini adalah atas faktor keikhlasan dan kesungguhan pemimpinnya diketuai oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman yang menunjukkan mutu perkhidmatan terbaik demi kepentingan semua kaum.
Dalam ucapannya pada majlis tersebut, Najib mengingatkan ahli-ahli kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau Umno supaya memberikan sokongan yang lebih baik dan padu kepada parti selama ini memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negara.
Beliau berkata, perjuangan parti terbukti berkesan apabila ia mengambil kira kepentingan semua pihak daripada menyentuh soal kesukuan kerana apa yang lebih penting matlamat asalnya adalah untuk menyatupadukan masyarakat majmuk di negara ini.
Katanya, Umno tidak mengira sesiapa asalkan mereka adalah ahli parti maka tiada masalah bagi kepimpinan parti memilih sebagai seorang pemimpin.
Tambahnya, prinsip perjuangan parti itu sebenarnya berasas kepada matlamat dan penubuhan Umno yang lahir atas dasar dan nilai-nilai perjuangan yang suci.
"Kita perlu tahu hakikat ini kerana Umno bukanlah parti yang lahir di tepi jalan atau ditubuhkan ketika dalam rusuhan sebaliknya Umno diwujudkan berpaksikan keikhlasan pemimpinnya yang berjuang atas niat suci selain mahu memerdekakan negara dari belenggu penjajahan suatu ketika dahulu," jelasnya.
Sehubungan dengan itu, beliau mahu setiap ahli Umno menghayati perjuangan parti serta tidak mempersoalkan kesukuan kerana ia hanya membawa masalah khususnya kepada orang Melayu dan Umno.
Menurut beliau, Umno sebagai sebuah parti keramat sehingga ke hari ini berjaya menyatupadukan semua bangsa Malaysia kerana perjuangannya yang benar-benar ikhlas sekali gus tidak pernah menafikan sesiapa pun.
Dalam Umno, Najib berkata bahawa parti sentiasa menitikberatkan ahli-ahlinya dapat bersatu padu dan bekerjasama dalam apa jua perkara demi kelangsungan kekuatan parti yang menjadi tonggak kepada kerajaan BN.
Katanya, sikap perjuangan yang dilihat mampu menjejaskan perpaduan sesama sendiri hendaklah diketepikan sebaliknya bersatu atas satu perjuangan demi membela nasib bangsa, agama dan negara.
Beliau menegaskan parti tidak akan memberi peluang kepada mana-mana pemimpin yang hanya tahu mementingkan diri sendiri sehingga lupa tanggungjawab terhadap parti.
"Parti tidak mahu pemimpin yang hanya tahu memikirkan soal kepentingan diri, kalau ada boleh tinggalkan Umno," tegasnya.
Presiden Umno mengajak ahli-ahli Umno di negeri ini bersatu padu di bawah lambang panji keramat Umno untuk memastikan parti terus bertambah kukuh terutamanya di peringkat akar umbi.
Selain daripada itu, beliau berkata, nilai perjuangan yang ikhlas perlu ada dalam diri setiap ahli kerana dalam sejarah perjuangan, keikhlasan menentukan halatuju dan kejayaan sesebuah parti.
Ini katanya, sehingga ke hari ini Umno berjaya dalam segenap aspek kerana ia bukan sahaja mengambil kira soal keikhlasan dalam perjuangan tetapi juga menitikberatkan perpaduan di kalangan rakan-rakan komponen BN.
"Kita kena ikhlas berjuang dan kejayaan parti ini adalah atas faktor nilai-nilai perjuangan yang suci semenjak Umno lahir kira-kira 66 tahun yang lalu sehingga kita berjaya mewujudkan suasana hidup harmoni sampai hari ini," jelasnya.
Perdana Menteri seterusnya meminta rakyat memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada demi kesinambangun pembangunan yang telah dan sedang dilaksanakan.
Katanya, negeri ini akan bertambah maju setapak seiring dengan kemajuan negeri-negeri lain sekiranya rakyat terus memberikan mandat kepada kerajaan BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.
Hadir sama ialah isteri kepada Ketua Menteri, Datin Seri Hajah Faridah Tussin; Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Yahya Hussin; Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur, Tan Sri Pairin Kitingan; Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Masidi Manjun; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Peter Pang En Yin; Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran serta Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal-Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Azizah Mohd Dun.
Yang lain Ketua Umno Sandakan, Tan Sri Hj Ampong Puyon; Ketua Umno Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin; Ketua Umno Beluran, Datuk James Ratib dan Ketua Umno Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya. (NST)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved