ads

Khamis, 14 Jun 2012

10 di tambunan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tambunan - Google Blog Search


sabahkini.net: PAMERAN MINI JOB FAIR <b>DI TAMBUNAN</b> 17 JUN

Posted: 11 Jun 2012 02:08 AM PDT


KOTA KINABALU : Selepas sambutan menggalakkan bagi pameran mini Job Fair di Ranau tahun lepas, Kementerian Sumber Pembangunan dan IT kini akan menganjurkan dua pameran yang sama di tempat lain tahun ini.
Pameran pertama akan diadakan di Tambunan pada 17 Jun di Pisompuruan Square manakala Beaufort akan menganjurkan pameran yang sama pada Oktober. Pameran utama Job Fair itu sendiri akan diadakan di Kota Kinabalu pada 30 Nov-1 Dis.
"Sasaran kami adalah menyediakan kepada mereka peluang untuk menimbang pilihan majikan mereka dan mendapatkan pekerjaan yang diidamkan," kata Datuk Dr Yee Moh Chai, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah dalam satu kenyataan di sini.
Tahun lepas, apabila Kementerian mengadakan pameran pekerjaan pertamanya di Ranau, luar dari Kota Kinabalu, ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Bagi mereka yang berminat menyertai pameran itu atau memerlukan maklumat lanjut mengenainya boleh menghubungi Moira David atau Susan Oh di talian 088-288325. (Bernama).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved