ads

Selasa, 2 Ogos 2011

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


sabahkini.net: APA &#39;UNDERTAKER&#39; BUAT <b>DI SANDAKAN</b>?

Posted: 27 Jul 2011 06:57 PM PDT


Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

TRIO Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lebih popular daripada Trio 'Datuk T' kerana Suruhanjaya DiRaja mendapati Teo Beng Hock membunuh diri setelah disoalsiasat secara agresif sehingga SPRM menggantung tugas Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim; namun membenarkan dua lagi pegawai SPRM, Mohamad Anuar Ismail dan Ashraf Mohd Yunus menjalankan tugas biasa tetapi dihalang menyoal siasat saksi.

Tetapi apa Mohamad Anuar Ismail yang mendapat jolokan 'The Undertaker' buat di Mahkamah Tinggi Sandakan pada 25 Julai 2011 kerana Sabahkini.net berjaya mengesan kelibat beliau yang datang ke Sandakan melalui Penerbangan Malaysia MH2706 pada 24 Julai 2011 bersama dua rakan setugas beliau untuk menghadiri perbicaraan 'The Untouchable Michael Chia'?

Mohd Anuar menaiki penerbangan kelas ekonomi dan duduk di bangku 21F, manakala rakan sekerjanya Yuhafis Mohd Salleh (21E) dan Mohd Sahrilfa Arbain duduk di bangku 21C penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Sandakan.

Kehadiran Mohd Anuar menarik minat Sabahkini.net kerana kes Micheal Chia Tien Foh telah tertangguh beberapa kali dan kali ini pertuduhan ke atas Michael Chia telah dipinda lagi.

Mengikut kertas pertuduhan asal, Michael Chia telah dituduh dengan niat, pada Jun 2004 bertempat di daerah Sandakan, Sabah, telah menipu seorang, Chong Siak Nyen daripada Syarikat Peluamas Sdn.Bhd dengan meyakinkan beliau mempercayai bahawa tiga perkara perlu disediakan sebelum mendapat surat kelulusan berhubung operasi pembalakan di Coupe BW12/02: Mengeluarkan dan Membeli Balak Komersil daripada Hutan Simpan Kabalakan, Sabah, iaitu;

1) Menyerahkan kembali pembelian 100,000 meter padu balak yang telah dimaterai pada 25 Mei 2004 kepada Rakyat Berjaya Sdn.Bhd/Innoprise Corporation Sdn.Bhd, syarikat subsidiari Yayasan Sabah sebagai 'write off';

2) Membayar RM3 Juta untuk Tabung Politik UMNO Sabah, dan;

3) Membayar komisyen RM25 bagi satu meter padu sebagai caj asas bagi semua balak yang dikeluarkan oleh Syarikat Peluamas Sdn.Bhd daripada Hutan Simpan Gunung Rara (Benta Wawasan).

DAN bahawasanya kamu secara tidak jujur telah menipu Chong Siak Nyen dengan menyerahkan Surat Kuasa bertarikh 22 Jun 2004 yang telah diberikan untuk membeli 100,000 meter padu balak kepada syarikat yang dimiliki UMNO Sabah, membayar RM1 juta kepada Tabung Politik UMNO Sabah dan komisyen RM2.2 juta kepada Lo Man Heng seperti berikut;

01) 22 September 2004 RM100,000

02) 10 Disember 2004 RM 20,000

03) 10 Disember 2004 RM 10,000

04) 14 Disember 2004 RM 400,000

05) 11 Mac 2005 RM 100,000

06) 16 Mac 2005 RM 80,000

07) 22 Mac 2005 RM 100,000

08) 23 Mac 2005 RM 100,000

09) 18 April 2005 RM 40,000

10) 13 Mei 2005 RM 80,000

11) 14 Mei 2005 RM 60,000

12) 01 Julai 2005 RM 20,000

13) 13 Julai 2005 RM 50,000

14) 21 Julai 2005 RM 150,000

15) 29 Julai 2005 RM 100,000

16) 09 Ogos 2005 RM 150,00

17) 15 September 2005 RM 450,000

18) 15 November 2005 RM 150,000

19) 16 November 2005 RM 25,000

20) 24 November 2005 RM 15,000

Tetapi pada 25 Julai 2011, Kertas Pertuduhan telah dipinda seperti berikut;

That you, with common intention, in June 2004 at the District of Sandakan, in the State of Sabah, did attempt to cheat Dato' Agus bin Hassan from Syarikat Peluamas Sdn Bhd by deceiving him into believing that there were three conditions that had to be fulfilled in order to obtain the letter concerning the log operation of Coupe BW12/02:Extraction and Purchasing of Commercial Timber at Hutan Simpan Kalabakan, Sabah, namely :

i. To surrender back the purchase of 100,000m3 of logs signed on 25 May 2004 to Rakyat Berjaya Sdn Bhd/Innoprise Corporation Sdn Bhd, a subsidiary company of the Yayasan Sabah as a write off;

ii. To pay RM3 million for purpose of political fund for the Parti UMNO Sabah, and

iii. To pay commission of RM25.00 per m3 basis to be charged on the logs excavated by Syarikat Peluamas Sdn Bhd at Gunung Rara Forest Reserve (Benta Wawasan Coupe)

and you thereby attempted to dishonestly induce Dato' Agus bin Hassan through Chong Siak Nyen to deliver a Power of Attorney dated 22 June 2004 that has given the purchasing of 100,000m3 of logs, allegedly to a company owed by the Parti UMNO Sabah and pay RM2.5 million allegedly for Parti UMNO Sabah's political fund, and thereby you have committed an offence punishable under section 420 Penal Code read together with section 34 and 511 of the Penal Code.

Persoalannya kenapa SPRM menggantikan nama Chong Siak Nyen kepada Dato' Agus Bin Hassan dan meminda pertuduhan sehingga umum melihat ada 'Tangan Ajaib' sedang mengatur perbicaraan ini menjadi 'Mahkamah Kangaroo' demi menyelamatkan Michael Chia dan UMNO!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Ziarah amal Yadim <b>di Semporna</b> - Halaman Gambar Menarik, Pelik <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2011 08:12 PM PDT

USIA muda jangan diabaikan begitu sahaja. Sebaliknya, ia perlu digunakan sebaik mungkin untuk menimba ilmu pengetahuan bagi kebahagiaan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Demikian antara nasihat Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir kepada kumpulan pelajar di Semporna, Sabah, baru-baru ini.

Institusi yang menerima kunjungan Yadim adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Sakaran dan Madrasah Inabah di Kampung Semporna.

"Para pelajar harus meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan jangan melupakan jasa dan peluang yang disediakan oleh kerajaan memberi pendidikan kepada mereka," katanya.

Aziz Jamaludin berkata demikian di hadapan 300 guru dan pelajar SMKA Tun Sakaran. Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan Yadim kepada 21 pelajar yang kurang berkemampuan.

Turut hadir ialah Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Tun Sakaran Dandai dan Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Hal Ehwal Islam, Datuk Seri Nasir Sakaran.

Ziarah itu diadakan sempena mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim di Sipadan Mabul Resort, Pulau Mabul, Semporna.

Semasa mengunjungi Madrasah Ibanah, Aziz Jamaludin turut menyampaikan sumbangan RM1,000 daripada Yadim dan juga sumbangan peribadi Datuk Taip Ali sebanyak RM4,000 kepada madrasah itu.

Madrasah yang menempatkan kira-kira 200 pelajar dan guru itu mempunyai kemudahan asas yang lengkap. Ini termasuk dewan, surau, kelas dan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Sementara itu, Sakaran merakamkan penghargaan di atas kesudian Yadim menziarahi kedua-dua sekolah tersebut.

Katanya, kunjungan itu diharap dapat menyuntik semangat kepada para pelajar untuk meningkatkan usaha menimba ilmu pengetahuan.

"Selain itu, kunjungan ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan Yadim, USIA dan penduduk Islam di Semporna dan Sabah amnya," tambah beliau.

Menyedari kepentingan menyampaikan ilmu walaupun satu ayat, diadakan kuliah maghrib di Masjid Daerah Semporna.

Kuliah disampaikan oleh Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga ahli ALPA Yadim, Prof. Dr. Idris Zakaria.

Yadim mempunyai pejabat Zon Sabah yang terletak di Lot E-4-7 & E-4-8, Tingkat 4 Plaza Tanjung Aru, Jalan Mat Salleh, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Kemudahan WiFi <b>di Tenom</b>

Posted: 13 Jul 2011 04:02 PM PDT

TENOM 13 Julai – Kawasan Parlimen Tenom akan menikmati kemudahan jalur lebar di bawah dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat melalui projek Kampung Tanpa Wayar dengan capaian kemudahan Internet tanpa wayar (WiFi).

Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyenaraikan kawasan berkenaan untuk dilaksanakan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

"Capaian WiFi melalui Kampung Tanpa Wayar akan dipasang di lokasi-lokasi strategik tertentu bagi membolehkan capaian Internet dapat dinikmati oleh penduduk luar bandar dan sekali gus bertujuan merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan komputer 1Malaysia kepada pelajar sekolah-sekolah menengah Parlimen Tenom di Dewan Datuk Seri Panglima Antenom di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi; Pengarah SKMM Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Bukhari Yahya; Pegawai Daerah Tenom, Siriman M. F Basir; Pegawai Pelajaran Daerah Tenom, Ajmal Jumah; ketua-ketua jabatan dan para pemimpin masyarakat.

Salang berkata, selain memberi keutamaan kepada kawasan kampung yang terpencil, capaian WiFi juga akan dilaksanakan di kawasan sekolah-sekolah menengah di kawasan ini bagi membolehkan capaian atau akses Internet yang meluas di kalangan pelajar.

Beliau mengakui, jurang digital antara bandar dan luar bandar merupakan antara isu yang sering diperdebatkan oleh wakil-wakil rakyat di Parlimen.

"Antara yang paling lantang ialah ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak termasuk Raime. Inilah bukti keprihatinan kerajaan, sekali gus membuahkan hasil daripada perjuangan dan suara mereka di sidang Dewan Rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Salang memberitahu, kerajaan terus komited terhadap kemudahan capaian telekomunikasi di Sabah, buktinya pada tahun ini sebanyak 212 menara pemancar telekomunikasi akan dibina di seluruh negeri termasuk di Tenom.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, setakat ini terdapat sebanyak 130 lokasi di Sabah yang telah mendapat kemudahan WiFi dan ia sudah pun beroperasi.

Beliau berkata, pada tahun ini sasaran Pelan Jalur Lebar Negara telah mencapai 58 peratus iaitu melebih sasaran 50 peratus yang ditetapkan dan di Sabah ia mencecah 30.3 peratus juga melebihi sasaran.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


sabahkini.net: SUKAR BUDAYAKAN KEBERSIHAN <b>DI LAHAD DATU</b>

Posted: 27 Jul 2011 06:19 PM PDT


PERIKSA….CHONG sedang memeriksa saluran parit yang tersumbat di belakang Restoran Dovist, Fajar Centre, Lahad Datu.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

SIKAP kurang bertanggungjawab menjaga kebersihan dan suka membuang sampah sarap di merata tempat termasuk ke dalam parit mahupun longkang, merupakan satu tabiat buruk 'haiwan' yang tidak baik dan seharusnya dikikis daripada lubuk hati sanubari seseorang insan yang bernama manusia.

Jadilah rakyat Malaysia dan warga Bandar Lahad Datu yang mempunyai tanggungjawab dalam memulihara kecantikan dan keindahan di setiap sudut bandar ini agar mendapat pujian pelancong asing yang gemar berkunjung ke daerah ini, sekalipun dihuni majoritinya oleh pendatang asing tanpa izin (PATI).

Demikian pandangan telus dan jujur seorang kontraktor binaan yang hanya mahu dikenali sebagai Micheal Chong yang sempat ditemui oleh Sabahkini.Net di lorong belakang Restoran Dovist, Fajar Centre, Jalan Segama, Lahad Datu, kelmarin.

Chong yang menjalankan kontrak penyelenggaraan seluruh longkang dan parit daripada pihak Majlis Daerah Lahad Datu menjelaskan bahawa 70 peratus longkang mahupun parit yang ada di bandar Lahad Datu, termasuk di pekan-pekan kecil lainnya tersumbat dan berbau busuk.

Kata Chong lagi, walaupun kerajaan, khususnya Pejabat Daerah dan Majlis Daerah memainkan peranan penting mengadakan kempen kebersihan untuk menyedarkan kepada masyarakat supaya membudayakan kebersihan dalam kehidupan seharian, namun tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada masyarakat setempat.

Lagipun kata Chong, Pusat Bandar Lahad Datu menjadi tumpuan atau medan niaga PATI daripada negara jiran Filipina yang sukar dikawal oleh pihak berkuasa tempatan kerana perniagaan mereka mendapat sambutan daripada masyarakat tempatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Gempa bumi <b>di Ranau</b>, Sabah dan Kepulauan Aleutian di Alaska-satu <b>...</b>

Posted: 23 Jun 2011 10:45 PM PDT

No of View :615

Salam mesra dari Ellen…

Setiap hari Ellen mendapat info dari Jabatan Meteorologi Malaysia..Ellen like FB mereka…hari2 mesti ada gempa bumi di sana sini..dan yang paling terbaru kejadian ni berlaku di Kepulauan Aleutian di Alaska dan semalam berlaku juga satu gempa bumi di kawasan Ranau, Sabah…tu dekat sudah dengan tempat ellen..sangat2 dekat..agaknya kalo kuat sikit..gegaran tu boleh rasa di Kota Kinabalu. huhu..minta di jauhkan…gempa bumi di Alaska tu telah menyebabkan amaran Tsunami dikeluarkan…

Pagi tadi..Ellen ada post kat status FB mengenai hal ni…risau juga kan sebab tempat tu di sebelah saja…adoii..ada seorang akak ni dia g komen status ellen tu ..dia tanya pasal Gunung Kinabalu…dia kata Gunung Kinabalu itu Gunung berapi yang nda aktif tapi maybe akan aktif..adoii takut lagi…ni ellen ada copy sket apa dia tulis untuk dikongsikan…

1)Ko subscribe news tu sama dorang ka apa? Akak ada subscribe sama UNESCO punya eartrhquake & tsunami data, jadi kalau ada di mana2, dorang hantar email. Tapi so far, kalau magnitud atas 5 baru dorang kastau… tapi, magnitud kici pun boleh jadi besar bah kan, permulaan… ish… palis2… tapi, kamu tau status Gg Kinabalu tu? Gg berapi ka apa? Macam pernah terbaca somewhere, lama sudah, Gg Kinabalu tu asalnya gg berapi tapi ndak aktif sudah… tu tiak tau la… kena confirm…
2)ko pernah tinguk documentary pasal kejadian gg berapi ka? siok, very informative… ilmu baru… walaupun dada ndak penuh, tapi lebih faham la kejadiannya. Kalau gegaran tu di laut, tu ada gg berapi baru mau terbentuk bah tu di dasar laut… pressure kuat dia mau kasi pecah permukaan dasar laut tu, bila sudah pecah, meletup la, so gegaran tu di laut. Bila sudah pecah, magma yg mengalir keluar tu cepat sejuk dan beku, sebab dlm air kan… proses dia berulang… kita cuma boleh nampak bila dia sudah besar dan berada atas paras laut. Gg berapi di darat ni sebenarnya gg berapi yg sudah tua… limpahan magma keliling tu bentuk darat la… tapi gg kinabalu ni ndak tau la pulak… kalau gegaran tu berasal dari sana, alala… kalau kira macam di dokumentari tu, terjaga dari lenanya la… takuttttttt….. palis2, i hope not… mungkin jua ada anak gg berapi baru mau terbentuk… tiak tau… macam2 posibilities… kita tunggu laporan geologist kita la… bah update ya kalau ada perkembangan lagi. akak memang minat kejadian alam ni.
Thanks untuk Kak Lateefah..
korang tahu kah pasal gunung Kinabalu tu..gunung berapi kah apa…huhu
Okies..ellen kongsikan juga berita mengenai gempa bumi ni..

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 3.2 pada skala Richter berlaku kira-kira 40 kilometer di tenggara Ranau, Sabah pada 10.39 malam Khamis.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata gegaran mungkin dirasai di kawasan berhampiran pusat gempa.- BERNAMA

WASHINGTON: Amaran tsunami telah dipancarkan ke seluruh pantai barat Amerika dan Alaska selepas satu gempa bumi kuat berskala 7.4 magnitut mengegarkan Kepulauan Aleutian di Alaska, Amerika Syarikat.

Setakat ini belum ada sebarang laporan terperinci mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa.

Bagaimanapun, Pusat Amaran Tsunami Pantai Barat Amerika dan Alaska telah mengeluarkan amaran tsunami dan mengarahkan para penduduk di sekitar pantai bergerak ke kawasan tinggi.

Gempa itu dilaporkan berlaku di Pulau Fox yang terletak 163 kilometer ke timur sebuah pekan perikanan kecil bernama Atka dalam negeri Alaska.

Nota Kaki : Dunia ini semakin Tua..menuju pada kehancuran….huhu…inikah petandanya…Ya Tuhan, Lindungilah kami dari segala malapetaka ini….
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Lontugi.com» Blog Archive » Gempa Bumi menggegarkan <b>Kinabatangan</b> Sabah

Posted: 11 Jul 2011 11:05 PM PDT

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 3.7 pada skala Richter berlaku di Kinabatangan, Sabah pada 10.28 pagi Selasa.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu adalah 16km tenggara Kinabatangan.

Berikutan itu, gegaran mungkin dirasai di sekitar kawasan itu. -BERNAMA

Sumber: mStar

Tagged with: , ,

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


Seminar perubatan berteraskan Islam <b>di Beluran</b> - Komunitikini

Posted: 03 Apr 2011 04:24 PM PDT

Seramai 120 orang peserta telah berpeluang untuk melihat cara-cara perubatan Islam yang meliputi pencegahan sihir, dan santau dalam satu seminar yang dianjurkan disini pada Ahad baru-baru ini.

Seminar Perubatan Islam Berteraskan Al-Quran yang dianjurkan secara bersama diantara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Beluran dan Pertubuhan Peladang Kawasan Beluran, telah dikendalikan oleh pengamal perubatan Islam yang bertauliah dan terkenal di negara ini iaitu Dr. Sharhan Shafie.

Menurut Penolong Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Beluran, Mardi Ariffin, seminar tersebut diadakan selama dua hari bermula pada Ahad dan bertempat di Pejabat Peladang Kawasan Beluran.

Mardi berkata, "Antara pengisian pada hari pertama ialah seminar perubatan Islam selain daripada sesi rawatan kepada pengunjung yang ingin mendapatkan rawatan berteraskan perubatan Islam, pada hari kedua adalah seminar."

Para peserta seminar terdiri daripada Imam, golongan remaja dan orang dewasa yang datangn dari sekitar negeri ini iaitu Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Beluran, katanya lagi sambil menambah bahawa anjuran seminar tersebut juga mendapat kerjasama  Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Persatuan Kebajikan Perubatan Islam Sabah (PERKIPS) dan Mahkamah Anak Negeri Beluran.

Related article

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Jadual Waktu Berbuka dan Imsak bagi <b>Negeri Sabah</b> 1432H/2011 <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2011 05:55 AM PDT

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi kawasan-kawasan di negeri Sabah untuk tahun 1432H/2011. Anda boleh melihat secara terus atau muat turun (download) melalui pautan yang disediakan.

Waktu Berbuka dan Imsak bagi kawasan di negeri Sabah

Berikut adalah senarai kawasan yang berada dalam zon-zon waktu di negeri Sabah:

Sabah

Zon 1 – (Bahagian Sandakan: Timur) Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam

Zon 2 – (Bahagian Sandakan: Barat) Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah

Zon 3 – (Bahagian Tawau: Timur) Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Kunak dan Lahad Datu

Zon 4 – (Bahagian Tawau: Barat) Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan

Zon 5 – (Bahagian Kudat) Pulau Banggi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Bandar Kudat

Zon 6 – Gunung Kinabalu; Ketinggian 4,101 m

Zon 7 – (Bahagian Pantai Barat) Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamparuli, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar

Zon 8 – (Bahagian Pedalaman; Atas) Pensiangan, Mabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau

Zon 9 – (Bahagian Pedalaman; Bawah) Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang

Sila download salinan jadual waktu berbuka dan imsak negeri Sabah melalui paparan Sribd di atas.

Sumber: e-Solat JAKIM DAN BELIA MUDA

Incoming search terms:

Related posts:

  1. Jadual Waktu Berbuka dan Imsak bagi Negeri Kedah 1432H/2011
  2. Jadual Waktu Berbuka dan Imsak bagi Negeri Johor 1432H/2011
  3. Jadual Waktu Berbuka dan Imsak bagi Negeri Kelantan 1432H/2011
  4. Jadual Waktu Berbuka dan Imsak bagi Negeri Pahang 1432H/2011
  5. Jadual Waktu Berbuka dan Imsak bagi Negeri Perak 1432H/2011
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved