ads

Jumaat, 30 September 2011

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Kontraktor Pembinaan, BaikPulih, Tingkat taraf Bangunan <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 25 Sep 2011 02:28 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Anda harus dapat mencari beberapa fakta yang tidak boleh diketepikan mengenai kontraktor pembinaan, pembaikan, menaik taraf bangunan di Sandakan dalam perenggan yang berikut.

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


24 sekolah rendah <b>di Papar</b> terima sumbangan buku - Komunitikini

Posted: 04 Jul 2011 12:57 AM PDT

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Hj. Abd. Rashid Shirlin menyumbangkan Modul 'Bijak Mengarang' berjumlah 210 buah kepada 24 buah sekolah kebangsaan di Parlimen Papar pada Program Pelancaran Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia di padang daerah Papar, Sabtu lepas.

Sekolah-sekolah terbabit ialah SK Gana, SK Padawan, SK Kogopan, SK Limputong, SK Sabandil, SK Mandalipau, SK Mook, SK Tampasak, SK Tanaki, SK Rampazan, SK Kinarut, SK Kawang, SK Pekan Papar, SK Pengalat Besar, SK Pengalat Kecil, SK Pantai Manis, SK Kuala, SK Kelanahan, SK Buang Sayang, SK Surati, SK St. Joseph, SK Kaiduan, SK Benoni dan SK Beringgis.

"Sumbangan ini bertujuan untuk membantu murid memantapkan kemahiran dan memahami teknik-teknik menjawab Bahasa Melayu (BM) Penulisan khususnya pelajar tahun enam," katanya menambah bahawa modul tersebut diagihkan mengikut keperluan dan bilangan yang sesuai oleh Pejabat Daerah Papar melalui bahagian kurikulum unit bahasa.

is a Citizen Journalist trained by Citizen Journalists Malaysia

10 di tambunan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tambunan - Google Blog Search


nurilhakim.blogspot.com: Dalam Imbauan

Posted: 20 Sep 2011 10:35 PM PDT

Beberapa koleksi video program dalam simpanan guna mengimbau masa lalu dan mencipta masa depan.
Mengajar kanak-kanak Kristian di Kg. Undup Bangau, Kudat menyanyi lagu nasyid Jam Tujuh sebelum dihidangkan dengan persembahan silap mata oleh Saudara Arif Ainuddin. Program Jejak Muallaf 2010 di Kudat bersama ISEUMS.
Saudara Fadlan memimpin adik-adik daripada Tambunan dalam modul Cina Buta, Program KEMUDI 2010 di Tambunan.
Sebahagian adik-adik yang terpilih daripada Tambunan dibawa ke Kota Kinabalu bagi membeli baju raya dan lain-lain kelengkapan raya sedang santai di Tanjung Lipat.
Peserta Kem Amal 2010 daripada seluruh Pantai Barat yang membentuk Briged Amal Pantai Barat menyanyikan Lagu Tema Amal di Tambunan.
Pelajar SK Kinasaraban menyanyikan lagu sekolah selepas tamat sesi motivasi bersama Persatuan Siswazah Sabah.
Modul Ukhuwwah bersama adik-adik di Rumah Anak Yatim Tambunan dalam ziarah kali akhir usai program KEMUDI 2010.
Adik-adik di SK Nuriyyah, Sungai Udang, Melaka bermuhasabah dalam sesi motivasi peperiksaan di sana hujung tahun 2010.

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


SUARA BEBAS <b>TUARAN</b>: Belum Tiba Masanya Untuk Had Dua <b>...</b>

Posted: 16 Sep 2011 09:40 PM PDT

SUARA BEBAS TUARAN: Belum Tiba Masanya Untuk Had Dua Penggal-Hajiji?


Selain dari Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Noor juga turut menyuarakan pandangan beliau, ia itu, belum tiba masanya untuk Malaysia mewujudkan satu dasar bagi tujuan menghadkan tempoh memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.
Beliau berkata perkara yang paling penting dan perlu diberi perhatian ketika ini adalah setiap pemimpin yang dipilih harus mempunyai komitmen dan kesungguhan untuk memimpin dan membangunkan negara._______________________________________________________________________________

Analisa Solymone
Nampak nya jelas sekali ahli kabinet UMNO-BN negeri Sabah, maseh lagi berusaha keras untuk mengekalkan kuasa yang mereka pegang dengan selesa selama ini.
Justeru selagi pemimpin-pemimpin Sabah saperti Musa dan Hajiji yang di bagi kuasa penuh untuk menentukan siapa dan siapa yang layak memegang teraju kerajaan, pasti nya peluang untuk muka-muka baru; terutama sekali golongan muda tidak akan tercapai.
Sedangkan PM, selalu menyuarakan hasrat beliau untuk melibatkan kumpulan tersebut untuk bersama beliau ketika berhadapan dengan PRU13 nanti.
  • Sebenarnya, hingga hari ini, sistem memberi kuasa kepada rakyat untuk menentukan PM,KM,MB belum ujud lagi. Kerana sistem sedemikian belum lagi dipraktikkan di Malaysia, apa lagi di Sabah. Rakyat hanya sekadar dibagi kuasa untuk menggundi calon-calon yang dipertandingkan.
  • Sistem ini perlukan Suruhanjaya di Raja khas melakukan tugas membanci suara-suara rakyat bagi menentukan siapa dikalangan calon yang menang dipilih sebagai PM, KM dan MB.
  • Dalam kontak ini, 'statement' Hajiji tidak setuju menghadkan khidmat PN,KM,MB selama dua penggal, ada lah amat sinonim dengan apa yang berlaku di DUN Sulaman. Walau pun khidmat beliau sebagai wakil rakyat melebih empat penggal disamping sering kali menyatakan hasrat beliau untuk 'pencen'. Namun hingga hari ini, Hajiji enggan melepas peluang tersebut kepada pelapis beliau yang mempunyai kelayakan.
  • Menurut sumber, kebanyakan AJK UMNO Tuaran merasakan Hajiji telah terlalu lama memegang jawatan tersebut. Justeru, sudah tiba masa nya untuk beliau memberi peluang kepada muka-muka baru untuk meneruskan khidmat beliau, kata mereka.
Dalam isu yang sama, saya difahamkan bahawa salah satu sebab nya mengapa badan NGO, 'MANDAT' di tubuhkan di Tuaran, ada lah disebabkan kerana karena Hajiji yang tidak lagi mahu mendengar sebarang teguran dari sahabat-sahabat seperjuangan beliau dalam parti UMNO-BN, Tuaran.
Beliau menimbulkan persepsi bahawa belum tiba masa nya untuk melakukan sebarang perubahan di Malaysia dan DUN Sulaman khas nya. Malang nya beliau tidak pula memberi garis panduan bila kah masa yang sesuai untuk perubahan tersebut.
Dengan ini ia nya melambangkan bahawa tiada pemimpin UMNO Tuaran yang lebih layak selain dari Hajiji seorang.
Sumber:Borneo Post

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Bekalan elektrik <b>di Kota Kinabalu</b> bakal dipertingkat | BorneoPost <b>...</b>

Posted: 29 Aug 2011 09:45 AM PDT

by RUZAINI ZULKIFLI, ruzainiUB@gmail.com. Posted on August 30, 2011, Tuesday

PERIKSA... John (dua kiri) memeriksa peralatan ketika membuat lawatan ke pembinaan Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Star City kelmarin.

KOTA KINABALU: Kestabilan bekalan elektrik di sekitar bandaraya dipertingkatkan lagi setelah projek pembinaan Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Star City yang bermula pada 22 Julai lepas.

Menurut Pengurus Besar (Projek Utama) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ir John Gomez berkata lebih RM20 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan projek bekalan elektrik berkenaan.

"Selain itu, projek ini juga akan menjadi suntikan bekalan tenaga di Kota Kinabalu selain punca bekalan elektrik sedia ada daripada PPU Karamunsing.

"Dalam PPU Star City ini, kita menempatkan dua transformer yang masing-masing berkuasa 30 megavolt ampere (MVA).

"Manfaat secara lansung daripada pelaksanaan projek ini adalah menampung pertambahan beban yang pesat membangun di kawasan Asia City dan sekitarnya," katanya.

John menambah, projek itu juga akan memberi impak positif terhadap mutu penghantaran dan pengagihan bekalan elektrik kepada pengguna di sekitar bandaraya dan seterusnya menyumbang kepada penurunan gangguan bekalan elektrik atau Indeks Sistem Purata Tempoh Gangguan (SAIDI) SESB.

Katanya, dalam memperkukuhkan dan mempertingkatkan sistem bekalan elektrik di Sabah ke tahap memuaskan, projek pembangunan prasarana elektrik dibangunkan secara berterusan.

"Ia juga menurut jadual berdasarkan Pelan Pembangunan Induk Bersepadu Kuasa Elektrik. Ini kerana kos pembangunan adalah amat tinggi bagi projek-projek yang pada lazimnya dilaksana di bawah peruntukan Rancangan Malaysia," katanya ketika melakukan lawatan ke PPU Star City di sini kelmarin.

Menurut John, pelaksanaan projek infrastruktur elektrik di bawah Rancangan Malaysia kesembilan (RMke 9) di jangka akan memperbaiki serta mempertingkatkan lagi bekalan elektrik di Sabah dengan menyaksikan penurunan positif bagi Indeks SAIDI di negeri ini.

"Malah ia bakal mengukuhkan sistem penjanaan, penghantaran dan pembahagian secara berterusan. Setakat 27 Ogos lepas, jumlah SAIDI di Sabah adalah 361.81 minit  bagi setiap pengguna," katanya.

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


KAMATO: Catatan Perjalanan <b>di</b> Tawau dan <b>Semporna</b>

Posted: 12 Sep 2011 08:36 PM PDT

Kami mendarat di airport tepat jam 11.25 pagi seperti yang dijadualkan. Seperti yang telah dirancang kereta sewa pandu sendiri telah menunggu di airport Tawau. Selepas menerima kunci kereta kami terus memulakan perjalanan ke bandar Tawau. Lokasi awal kami adalah ke Bibiq conner untuk menikmati sop payau, tapi sayang restoran tersebut tutup. Mungkin masih cuti raya. Seterusnya kami menuju ke Maskor soup house dihadapan Giant Tawau, juga masih tutup. Terlepas hajat kami untuk menikmati sop payau. Seterus kami singgah di restoran nelayan di bandar itu untuk menikmati makan tengahari. Kami check-in di hotel King Park, hotel ini merupakan salah satu dari dua hotel yang mempunyai sijil halal di Tawau. Kami bermalam dua malam di hotel ini. Malam pertama kami menikmati makan malam di restoran sea food sri pinang, manakala malam kedua kami menikmati makan malam di restoran Wakaf Thai Seafood. Memang Tawau syurga bagi penggemar makanan laut. Sebelah siang kami menjalankan lawatan ke tempat-tempat seperti yang dirancang. Semuanya berjalan seperti yang dirancang.
Keadaan bandar Tawau dari King Park Hotel
Bandar Tawau pada waktu malam

Suasana petang di tepi laut di Tawau

Suasana subuh di Tawau

Jam 6.30 pagi matahari dah naik di Tawau

Hari ke tiga kami mulakan perjalanan ke Sempurna. Perjalanan dari Tawau ke Semporna memakan masa 90 minit. Sepanjang perjalanan hanyalah kelihatan ladang-ladang sawit di kiri dan kanan jalan. Terdapat kaum Cocos yang mendiami satu kawasan di pertengahan Tawau Semporna. Asal usul keturunan ini adalah pendatang dari Australia yang di bawa oleh British semasa zaman penjajah. Mereka beragama Islam. Anak gadis kaum ini memang putih-putih dan lawa-lawa.

Sampai di Semporna kami terus ke tempat yang di tuju bagi menyelesaikan tugas yang diamanahkan. Tengahari kami ke Tampi-Tampi. Di sinilah tempat lokasi penggambaran filem dugong lakunan Saipul Apek dan Awie dilakukan. Kami menikmati makan tengahari di Semporna Holiday Resort bersama pegawai-pegawai dari Giatmara. Restoran resort ini merupakan restoran terapung. Ikan yang dimasak merupakan ikan fresh yang disauk dari sangkar di laut di bawah restoran tersebut. Kami memilih ikan putih masak tiga rasa. Ikan putih ni memang sukar didapati di Semenanjung. Kami juga dihidangkan dengan siput masak halia, tomyam seafood, udang butter dan sayur campur. Menikmati makanan laut fresh begini memang sedap.
Perkampungan air di Tampi-tampi, air laut begitu jernih sekali

Di sini la tempat Awie mengurung duyung dalam filem duyung

Sebenarnya bandar Semporna adalah satu bandar yang kecil. Jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan Tawau. Rakan aku ada berpesan, kalau memandu di Semporna perlulah berhati-hati. ramai pemandu di sini tak adalesen memandu. Mereka boleh memberhentikan kereta mengikut suka mereka. Malah dia berpesan kalau terjadi apa-apa kemalangan terus saja ke balai polis.
Ekonomi masyarakat di sini adalah nelayan. Ikan di sini cukup murah. Sebagai contoh kembung hijau yang berharga RM 12 sekilo di Semenanjung, hanya berharga RM 3 sahaja sekilo. Kerapu besar yg berharga RM 25 sekilo di Semenanjung hanya berharga RM 8 sekilo. Memang geram tenguk harga ikan di sini.

Kami memilih untuk bermalam di Dragon Loating Resort, sebuah resort terapung yang dibina di atas air. Duduk di resort ini seolah-olah seperti duduk di kampung air. Dinding setiap bilik dibuat dari kayu nibung, manakala atapnya dibuat dari kulit kayu. Bilik standard hanyalah berharga RM 77 termasuk sarapan pagi, memang berbaloi. Semua bilik dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tv, aircond dan water heater.
Ini la Dragon Floating Resort tempat kami bermalam

Laluan dari bilik ke bilik di Dragon Resort

Suasana Malam di Dragon Resort

Keadaan bilik yang berlantaikan kayu dan berdindingkan kayu nibong

Koridor depan bilik yang aku sewa

Ikan Kerapu berat melebihi 50 kilo akan berlegar-legar di kawasan ini

Hari ke empat kami ke Pulau Mabul. Perjalanan dari Semporna ke Pulau Mabul memakan masa 1 jam menggunakan speed boat. Mabul merupakan pulau yang kecil. Untuk mengelilingi pulau itu dengan berjalan kaki cukup hanya memakan masa satu jam. Pulau ini didiami oleh penduduk dari kaun Sulu dan Bajau. Ekonomi mereka berasaskan nelayan. Melihat dari keadaan rumah-rumah mereka, ramai dari mereka yang hidup dalam kedaifan. Rumah-rumah mereka seperti pondok-pondok, walaupun dikelilingi resort bertaraf lima bintang. Tidak kurang ramai yang saiz rumah mereka hanyalah sepuluh kaki persegi. Walau tinggal dalam rumah sekangkang kera dengan anak yang ramai, mereka kelihatan gembira. Anak-anak mereka kelihatan sihat-sihat belaka.

Aku menggunakan kesempatan yang ada untuk menjalankan aktiviti snookling di perairan Mabul. Ternyata hidupan dasar perairan Mabul tidak begitu menawan seperti yang diharapkan. Hanya beberapa jenis ikan yang kelihatan. Perairannya juga terdapat banyak landak laut yang bahaya jika tersentuh. Aku pernah menyelam di perairan Manukan dan Sapi tahun lepas. Ternyata hidupan dasar pantai Manukan jauh lebih cantik jika dibandingkan dengan Mabul. Pekerja resort tempat kami berlaboh ada memberitahu, kalau hendak melihat hidupan laut perlu pergi jauh dari pantai. Walau macamanapun ada di antara kami yang kali pertama menjalankanaktiviti snookling. Agak bahaya untuk menjalankan aktiviti tersebut di kawasan dalam.

Perjanan balik agak membahayakan, bot sering melambong disebabkan ombak yang agak kuat. Selepas satu jam perjalanan bot berlaboh di satu perhentian untuk kami menyambung perjalanan ke Semporna dengan jalan darat menggunakan kenderaan yang telah disediakan.
Perkampungan air di Pulau Mabul

Rumah-rumah sebegini masih banyak terdapat di Pulau Mabul

Dunia kanak-kanak ini hanyalah laut

Hari terakhir kami di Semporna, kami bertolak awal pagi selepas memenuhkan kotak ikan dengan berbagai jenis ikan di pasar Semporna. Aku sempat juga menyambar ikan jenahak, kerapu, ikan merah, ikan cermin, ikan putih, udang, ketam dan sotong. Ikan paling besar adalah ikan merah iaitu seberat tiga kilo seekor.

Dalam perjalanan balik dari Semporna ke Tawau kami sempat singgah di tengah jalan sempadan Semporna/Tawau untuk membeli buah salak dan tembikai susu. Kami minta penjual memotong tembikai tersebut di situ. Ternyata buah tembikai susu di kawasan tersebut begitu manis sekali. Sebelum sampai ke airport Tawau kami singgah di Bibiq conner. Kali ini nasib kami baik, kami dapat rasa sop payau, lepas hajat kami untuk menikmati daging yang sukar didapati di Semenanjung. Bagi yang belum mengetahui payau adalah sebutan di Sabah bagi rusa. Jam 3 petang kami berlepas ke KL.

Awan menyerupai kalimah Allah <b>di Semporna</b> - Gen2Merah

Posted: 05 Aug 2011 08:01 AM PDT

Labels:

Awan menyerupai kalimah Allah di Semporna

Petang tadi saya tergerak hati untuk membuat panggilan pada seorang kawan lama yang kini sedang mengajar di sebuah pulau di daerah Semporna. Lama juga lah kami berborak-borak dalam talian. Berkongsi cerita dan pengalaman hidup masing-masing sebelum menunggu  masuknya waktu berbuka puasa petang tadi.

Namun dalam banyak topik yang kami kongsikan. saya amat tertarik dengan sebuah cerita yang dikongsikan oleh kawan ini.

"Ko tahu dil, pada hari Isnin bersamaan 1 Ramadhan tu, semasa kami dalam bot dalam perjalan menuju ke sekolah, kami terpandang sebuah pembentukan awan yang indah di langit. Sunggh mengkagumkan..

Hari pertama puasa itu lebih kurang pukul 6 pagi, kami terlihat beberapa awan menyerupai objek kalimah Allah telah terbentuk di langit. Paling teruja bila ada juga awan yang membentuk ayat arab "Lailahaillahalah".

Kesemua kami yang duduk dalam bot itu sempat menyaksikan fenomena kebesaran Allah swt itu.. Ada masa nanti saya kirim mms gambar yang sempat kawan saya ambil pagi tu."


Wallahualam."

 

Keajaiban alam sebenarnya telah mendorong kita lebih merenungi bahawa agama Islam itu memang benar. Maha suci Allah. Allah Maha Besar. Betapa indahnya Ramadhan ini.

KLIK SINI untuk melihat bukti-bukti kebesaran Allah swt dan kebenaran al-Quran.

Kelapa Mawar: INTISARI UCAPAN ANWAR IBRAHIM <b>DI SEMPORNA</b>

Posted: 18 Jul 2011 08:42 PM PDT

Kehadiran Datuk seri Anwar Ibrahim di Semporna pada 17 Julai yang lepas meskipun agak terlewat namun ia tidak menghampakan hampir 1000 orang yang berkumpul di perkarangan rumah En.Tahir, penganjur Ceramah Umum tersebut. sebelum itu di sebelah petang kira-kira pukul 3, sudah kelihatan polis trafik cawangan semporna mengadakan sekatan jalanraya di sekitar jalan menuju ke tempat ceramah umum tersebut. Walaupun beberapa penyokong PR di semporna menyifatkan tindakan itu sebagai sesuatu yang ganjil kerana sebelum ini Presiden PAS Tuan guru Hj Abdul Hadi Awang juga telah mengunjungi Semporna tetapi situasi awam tidak seperti itu. Mereka menyifatkan situasi itu sebagai satu petanda besar rakyat masih mahukan Datuk seri Anwar Ibrahim meskipun pelbagai kes dan skandal melingkari politik peribadi mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Dalam satu banner berlambangkan logo UMNO tertera perkataan "PENGKHIANAT BANGSA TIDAK DIPERLUKAN DI PARLIMEN SEMPORNA".Banner tersebut menjadi polimek panjang dalam dunia cyber apabila ada pihak yang mempublishkannya di FCB.

Seperti yang dijangka kehadiran DSAI bukanlah bertujuan menyelesaikan kemelut parti PKR di Semporna yang telah digantung ekoran daripada beberapa kes dan salahlaku ketika pemilihan cabang parti itu , tetapi kemunculan DSAI kali ini adalah rutin peribadi iaitu Road Show ketua pembangkang itu di seluruh negara dalam rangka memberikan penerangan kepada rakyat. Dan seperti yang diduga dalam ucapan DSAI itu yang tidak sampai 1 jam itu telah membawa beberapa isu besar termasuk mengulas sedikit tentang perhimpunan BERSIH 2.0 yang beliau turut hadiri sehingga dilaporkan oleh media alternatif beliau dan pengawal peribadi mengalami kecederaan termasuk di bahagian muka.

Namun apa yang lebih mengusik warga Semporna yang hadir ketika itu ialah berkaitan dengan isu kekayaan negara yang dibolot oleh segelintir pihak dari kalangan berstatus pemimpin. Malahan DSAI juga turut menyentuh isu berkaitan dengan tanah adat yang begitu signifikan di sabah. Malahan isu pengambilan tanah yang diusahakan oleh peribumi dengan berselindung di sebalik KOPERASI yang dimiliki oleh proksi dan kroni di sabah telah lama menyayat hati penduduk Semporna. Walaupun beberapa langkah diambil termasuk membawa kepengetahuan menteri kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk seri Shafie Apadal dan disusuli dengan pertemuan dengan ADUN BUGAYA Datuk Ramlie Marhaban, namun segala usaha itu gagal diselesaikan.

Apa yang menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat ialah apabila tanah-tanah yang dirampas itu telahpun diusahakan oleh rakyat selama lebih 10 tahun dengan penanaman Kelapa sawit, Namun apabila diambil oleh kerajaan negeri atas sebab tanah rezab, sebaliknya tanaman kelapa sawit itu tidak pula dimusnahkan sebaliknya diperluaskan lagi. Tanaman sedia ada diambil begitu sahaja tanpa sebarang pampasan. Isu inilah yang dikatakan oleh DSAI sebagai 'perompakan".

Walaupun ceramah perdana itu berlangsung kurang dari 1 Jam, namun ramai yang menyifatkannya sebagai 'berbaloi' untuk mendengar pelbagai isu dan perancangan PR apabila memerintah Sabah kelak. Tidak dapat kita pastikan apakah kehadiran DSAI itu akan membangkitkan perubahan pada jiwa warga Semporna atau sebaliknya? Kerana dalam percaturan politik daerah, rakyat perlu memikirkan pada jangka panjang..jangan seperti 'melepaskan ayam, tangan pula berbau taik".

Khamis, 29 September 2011

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


SUARA BEBAS TUARAN: Masaalah Tanah Adat <b>Di Kota Marudu</b> <b>...</b>

Posted: 08 Sep 2011 01:02 AM PDT

SUARA BEBAS TUARAN: Masaalah Tanah Adat Di Kota Marudu Hampir Selesai?


Harapan 50 buah kampung di Tandek dan Matunggong dalam daerah Kota Marudu nampak nya semakin cerah bilamana pemimpin-pemimpin dari kampung tersebut bersetuju menerima cadangan penyelesaian oleh kerajaan untuk mengeluarkan hak adat pribumi (NCR) mereka ke atas tanah di kawaan-kawasan yang diluluskan kepada Begaraya Sdn Bhd dan Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) bagi perladangan hutan.
  • Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang juga anggota Parlimen Kota Marudu, berkata, perkara itu dipersetujui oleh pemimpin masyarakat berkenaan pada mesyuarat yang diadakan dengan mereka kelmarin.
  • Menurut Maximus,penyelesaian ini meliputi memberikan kawasan seluas 20 ekar kepada setiap keluarga dan individu yang berumur lebih 21 tahun di kampung-kampung yang terbabit. Ini membabitkan 15 ekar tanah geran komunal dan lima ekar sebagai sebahagian tanah simpanan kampung. Selanjut nya, penyelesaian itu melibatkan kira-kira 1,000 keluarga.
  • Maximus berkata, diputuskan mereka yang berumur 21 tahun ke atas juga mendapat manfaat daripada penyelesaian itu bagi memastikan kepentingan setiap orang diambil kira termasuk ibu tunggal dan golongan kurang upaya.
  • Katanya, proses mengukur tanah bagi geran komunal itu akan bermula bulan depan dan Jabatan Tanah dan Ukur dijangka menyiapkan sekurang-kurangnya empat geran komunal menjelang akhir tahun. Kawasan terlibat ialah Kampung Sungai Magandai, Kg Samparita dan Kg Dalamason di Tandek, dan Kg Mangin 1/Mangin 2 di Matunggong.
  • Maximus juga menyifatkan penyelesaian itu adalah konsisten dengan prinsip kerajaan "Rakyat Didahulukan" iaitu pemilik tanah NCR didahulukan berbanding agensi kerajaan atau syarikat swasta dalam perkara membabitkan tanah yang menjejaskan kepentingan rakyat.
Dalam pada itu, Maximus menyarankan agar syarikat atau agensi kerajaan tidak sesuka-hati mengambil tanah daripada penduduk kampung yang telah tinggal dan mengusahakan tanah mereka selama beberapa dekad," katanya.
Ongkili turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman kerana bersetuju dengan permintaan pemilik tanah NCR dan Jabatan Tanah dan Ukur untuk menyelaraskan proses penyelesaian itu termasuk mengadakan sesi pendengaran bagi semua pihak yang terlibat.
Sumber: Bernama

Gambar Lori Kemalangan <b>di Kota Marudu</b> | my.Mustaffa

Posted: 11 Aug 2011 06:47 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Salam Jumaat rakan semua. Semalam aku dan rakan sekerja pergi ke Kota Marudu. Memang agak kurang sikit aktiviti out-station bulan puasa ni berbanding.

Penduduk <b>Kota Marudu</b> menikmati kemudahan dua jalan berturap <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2011 09:24 PM PDT

Posted on September 8, 2011, Thursday

KOTA MARUDU: Ribuan penduduk Kota Marudu dan beberapa perkampungan sekitarnya akan menikmati kemudahan dua jalan berturap tar, satu daripadanya dijangka siap dalam tempoh 10 bulan dan satu lagi dalam tempoh dua tahun tahun.

Jalan Tagaroh sejauh 3.7km dijangka siap dalam tempoh 10 bulan manakala Jalan Lubuk Buyut sepanjang 9.2km dijangka siap dalam tempoh dua tahun, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili ketika melancarkan kerja menaik taraf kedua-dua jalan itu di sini kelmarin.

Katanya, kedua-dua projek itu yang bernilai RM43 juta adalah sebahagian daripada program Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur luar bandar.

"Dua projek ini akan memberi manfaat kepada ramai pengguna jalan dan penduduk 10 buah kampung di sekitar Kota Marudu," kata Ongkili.

Sebatang jalan lagi di Kota Marudu yang telah dinaik taraf telah siap dibina manakala dua lagi akan juga dinaik taraf, katanya. — Bernama

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


PEGAWAI &#39;SAMPAH&#39; <b>DI</b> LEMBAGA BANDARAN <b>KUDAT</b>?

Posted: 23 Sep 2011 02:02 PM PDT


Saudara Pengarang,

SLOGAN "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" seharusnya ditukar kepada "Rakyat dikebelakangkan; Pemimpin, Keluarga Serta Kroni Didahulukan" oleh kepimpinan Barisan Nasional, khususnya Umno.

Untuk makluman pembaca, jawatan bagi Pegawai Penguatkuasa Lembaga Bandaran Kudat yang sebelum ini kosong telah diberikan kepada seorang yang hanya memegang Diploma Teknologi Maklumat daripada salah sebuah Kolej Swasta yang berdaftar di Sabah.

Pegawai 'Sampah' yang dimaksudkan adalah Cik Mariani Binti Datuk Masrani Parman (Mantan Adun Pitas). Yang menghairankan kerja tersebut telah diberikan kepada Mariani tanpa melalui proses temuduga ataupun tanpa diiklankan kekosongan jawatan tersebut.

Perlantikan Mariani dibuat selepas pertemuan di antara Datuk Masrani Parman dengan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Hj Nor kerana Lembaga Bandaran Kudat berada di bawah jurisdiksi kementerian yang diterajui Datuk Hajiji.

Dengan gred gaji pegawai sehingga mencecah hampir RM3,000 ke atas bagaimana mungkin seorang yang hanya memegang Diploma Teknologi Maklumat dilantik ke jawatan yang hanya layak diisi oleh pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang ataupun yang setaraf.

Untuk mendapatkan kerja bertaraf pegawai tersebut, sepatutnya banyak prosedur yang mesti dikuti oleh Kerajaan, terutama sekali proses temuduga agar peluang sama rata dapat dikecapi oleh penganggur yang memiliki Ijazah Sarjana muda yang berlambak di pasaran.

Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kerajaan Perumahan Dan Tempatan sepatutnya bertanggung jawab penuh berhubung perkara ini; apatah lagi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sewajarnya menyiasat perlantikan songsang ini bagi meningkatkan kredibiliti, akauntabiliti dan akreditasi Lembaga Bandaran Kudat yang dipenuhi ramai 'Pegawai Sampah' (tidak berkelayakan) melalui lantikan politik.

Sebelum ini, Lembaga Bandaran Kudat (LBK) telah melantik dua orang anak Mantan Pegawai Eksekutif LBK (Ariff Abdullah), seorang daripadanya perempuan, Sufra Binti Ariff, sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa (Jawatan yang ditawarkan dalam Iklan ialah Lelaki); tambahan pula salah seorang pegawai penemuduga ialah ibu tiri Sufra!

Sebagai salah seorang penyokong Umno dan Barisan Nasional serta penganggur yang memiliki Ijazah Sarjana Muda, saya amat berdukacita kerana masalah kronisme dan nepotisme masih menebal di kalangan pemimpin Umno Sabah. Saya terpaksa memikirkan semula sokongan saya terhadap Umno selepas ini.

Pengadu Malang.

AHMAD BIN ISMAIL

Warga Jati Kudat.

Persembahan <b>di</b> Pesta Magahau Matunggong, <b>Kudat</b> - blog*spot

Posted: 11 Sep 2011 09:58 AM PDT

Ini adalah video ketika persembahan Brenda di Pesta Magahau Matunggong, Kudat yang diadakan pada bulan Mei 2011 lalu..tajuk lagu: Ong Guminavo Ko Doho lagu ini adalah dalam bahasa rungus...

Momen Indah bercuti <b>di Kudat</b>, SABAH « Noriyati Nawi

Posted: 01 Apr 2011 02:24 AM PDT

Cuti persekolahan penggal pertama yang baru berlalu aku berpeluang mengikut suami pulang ke kampung halamannya di Kampung Suang Pai, Kudat, Sabah. Turut menyertai aku dan suami ialah ibu tersayangku dan permata hatiku, Alif dan Fatin.

Aku pernah beberapa kali pergi ke Sarawak atas urusan kerja dan melancong bersama anak-anak permata hati ku itu, tetapi belum pernah menjejakkan kaki ke negeri di bawah bayu ini. Lantaran itu aku dan anak-anak sedikit teruja sebaik sahaja kami sampai di KKIA. (Kota Kinabalu International Airport). Jarak dari KK ke Kudat lebih kurang 190km dan dari Kudat ke kampung Suang Pai pula ialah 10km. Memandangkan jarak perjalanan yang agak jauh ini kami mengambil keputusan berehat dahulu di salah sebuah hotel di KK sebelum meneruskan perjalanan ke Kudat. Suamiku telahpun menyewa sebuah kereta sewa selama seminggu kami disana. Kadar kereta sewa adalah sekitar RM180 keatas (Bergantung kepada jenis kereta) Kami menginap di Tang Dinasty Hotel yang terletak di tengah-tengah Bandar KK. Sempat juga kami meninjau-ninjau pemandangan disekitar ibu negeri Sabah itu.  Keesokan paginya, selepas bersarapan pagi kami meneruskan perjalanan kami ke Kudat. Nasib kami kurang baik kerana disepanjang perjalanan hujan turun dengan agak lebat. Di tambah dengan keadaan jalan raya yang tidak rata, berbukit dan berlubang, membuatkan perjalanan kami amat terbatas dan perlahan tetapi cukup mendamaikan. Perjalananan menuju ke Kudat juga melepasi persimpangan laluan ke Tuaran, Tamparuli, Kota Belud, Kota Marudu dan Pantai Bak Bak. Aku, ibu dan anak-anak terus  ceria menikmati pemandangan yang saujana mata memandang di sepanjang jalan. Suami ku tenang sahaja dengan pemanduannya. Sesekali  suasana didalam perut kereta Waja yang kami sewa riuh dengan hilai tawa aliff dan fatin. Lebih kurang jam 3.45 petang barulah kami sampai ke kampung halaman suamiku. Mama, nenek & adik iparku sudah pun menunggu kedatangan kami dan ternanti-nantikan kepulangan suamiku.

Kampung Suang Pai secara geografinya terletak di atas kawasan berbukit. Dari jalan besar menuju ke kampung ini masih lagi diselaputi tanah merah dan berbatu. Kami harus berhati-hati sewaktu menaiki dan menuruni bukit. Di sebelah kanan kaki bukitnya terbentang laut cina selatan yang dilindungi oleh Pulau Banggi manakala di sebelah kirinya dilembah bukit terbentang sawah padi yang sedang kuning keemasan menyambut kami. Puas mengadap laut biru nan luas dan bermain ombak laut yang airnya jernih, kami menghabiskan masa di sawah padi memerhati orang mengetam padi sambil memancing ikan puyu.  Penat memancing , kami membasahkan badan dengan mandi air telaga tepian sumur yang dingin airnya. Tidak sah kalau tidak berlama-lama mandi. Selesai mandi , kami suka duduk-duduk di pondok tepian sawah yang saujana mata memandang.. Semuanya membuatkan masa berlalu bergitu pantas sekali. Tak puas rasanya kami lalui saat2 indah itu.

 Di kampung ini tidak terdapat bekalan air paip bersih. Menurut penduduk disana, keadaan bentuk muka bumi yang berbukit menyebabkan tekanan air tidak sampai ke tempat mereka. Oleh kerana itu pihak kerajaan hanya menyediakan tong-tong air berukuran lebih kurang 3 kaki tinggi berwarna biru untuk memudahkan penduduk kampung membuat tadahan air hujan sebagai alternatif bekalan air mereka. Mujur juga anak-anak aku dapat menerima keadaan ini dan tidak merungut kerana kerana kekurangan kemudahan lainnya.

Kampung Suang Pai didiami oleh majoriti masyarakat kadazan dusun dari suku kaum Rungus. Mereka bercakap dalam bahasa rungus yang sukar benar aku memahaminya. Hanya beberapa patah perkataan sahaja yang aku boleh fahami. Majoriti masyarakat disini juga beragama Kristian. Hanya beberapa buah keluarga sahaja yang menganut ugama Islam. Tetapi itu tidak bermakna kami tidak boleh bergaul dan beramah mesra. Kedatangan orang luar seperti aku, ibu dan anak2ku amat dihargai oleh mereka. Setiap dari mereka tetap memberikan layanan yang baik buat kami sekeluarga.

Hari Ke-3 kami menunaikan hajat ibu mertuaku dan juga nenek untuk mengadakan sedikit kenduri kesyukuran atau masjlis sambut menantu buat aku dan suami. Aku dan suami juga sempat memakai pakaian tradisional kadazan untuk bergambar kenangan bersama sebahagian daripada mereka. Indahnya saat itu…..

Walaupun masa siang di sini terasa panjang, pejam dan celik masih  terasa cepat masa berlalu sehingga tidak sedar sampai masa untuk kami beredar dari Kampung Suang Pai. Kami hanya tinggal di Kampung Suangpai, Kudat selama 5 hari sahaja. Hajat kami untuk menetap lama terpaksa dibatalkan apabila bekalan air dalam tong sudah kehabisan. Dengan berat hati kami terpaksa meninggalkan kampung Suangpai yang terlalu sarat dengan momen indah kami. Nenek menitiskan air mata semasa kami ingin pulang. Aku cuba menahan sendu dihati… Takut suamiku juga akan turut merasa sedih. Memang lumrahnya alam, setiap yang bermula pasti akan berakhir.Syahdunya detik ini….

Kami sepakat untuk ke KK dan menginap di hotel sementara menanti hari dan masa untuk pulang ke Semenanjung. Pada 3 hari terakhir kami menginap di KK Times Square.. Di sini kami menghabiskan masa dengan berjalan-jalan disekitar kota. Melihat gelagat orang ramai, mencuba menu masakan Sabah dan sempat singgah di Pasar Filiphines yang terkenal itu. Malamnya kami meredah pasar malam yang beroperasi hampir setiap malam tanpa mengenal penat dan jemu.

Sebelum berangkat ke KKIA kami juga sempat bersantai di tepian pantai Tanjung Aru. Bergambar dan menghirup udara segar tepi pantai sekali lagi. Cepat sahaja rasanya kami sudah memijak LCCT 3 jam selepas itu.

Sehingga ke detik ini, aku masih terkenangkan percutian itu. Kenangan bersama keluarga suamiku dan penduduk kampung Suang Pai masih terpahat kuat. Aku ingin kembali lagi ….Terimakasih buat Suamiku tercinta kerana menghadiahkan percutian keluarga yang amat indah dan bermakna ini….

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved